Ikan yang berenang-renang gembira di dalam kolam ikan begitu menenangkan hati Raz. Dia mengerlingkan pandangannya ke serata arah. Taman bunga di belakang rumah agam itu begitu cantik dengan hanya sekali pandang. Begitu cekap si pembuat taman ini. Banyak bunga-bunga yang disukai perempuan berada disini. Semuanya juga terjaga rapi.
Suasana disini yang harum dengan pelbagai jenis bunga juga amat menyenangkan. Menenangkan hati sesiapa sahaja yang datang bertandang. Tempat ini amat sesuai dijadikan tempat merehatkan minda yang resah seperti dirinya sekarang. Disebabkan itulah dia memilih untuk berada disini.
Raz terbayangkan wajah Alexa yang sedang tersenyum. Sangat indah ciptaan Tuhan itu. Dia tersenyum kecil. Namun apabila peristiwa semalam menjengah ke kotak pemikirannya, terus sahaja mati senyumannya.
Hairan juga dia melihatkan reaksi Alexa yang seakan tidak kisah dijodohkan dengan lelaki tua itu. Kalau dia berada di tempat Alexa sudah semestinya dia melarikan diri dari rumah ini. Tak pun bunuh diri. Okey, think negative pulak dah. Mohon dijauhkan!
"Wahai hati, lupakan jela dia. Lagipun dia nak kawin dah nanti." Ujarnya sendiri sayu. Rasa nak menangis pun ada rasanya sebab akan kehilangan Alexa si kekasih hati. Hurmm.. tak jadi kekasih pun lagi 😭
"Siapa yang nak kahwin?" Soal satu suara dari belakangnya. Tersentak Raz dibuatnya. Nasib dia tiada sakit jantung, kalau tidak mau mati katak kat situ. Tak sempat lah nak jadi kekasih Alexa. Sedar dari angan-angan kau Raz!
Pandangan diarahkan ke belakangnya. Wajah putih seorang gadis kini betul-betul dihadapan matanya. Terteguk air liur nya sebentar. Segera dada digosoknya perlahan. Ingatkan pontianak harum sundal malam manalah tadi. Dah la putih perempuan ni! Dia menatap wajah Alexa yang dekat dengannya itu.
"Saya tanya ni, dah pekak ke?" Soal Alexa sekali lagi apabila Raz sekadar membiarkan soalannya. Wajahnya betul-betul berada 3 inci daripada wajah Raz. Wajah Raz yang seakan ralit itu diamatinya sekejap. Budak ni terkejut ke apa? Tahulah bidadari depan mata. Cewah, hahaha.
"Ca..cantik.." ujar Raz perlahan. Matanya masih ralit memerhatikan raut wajah Alexa.
Tiba-tiba dahinya dijentik kuat. Terus dia tersedar dari keasyikannya. Segera dahi digosok-gosok nya perlahan. Gerangan yang mengganggu nya itu dipandang dengan pandangan membunuh.
"Orang cakap dengan dia, boleh pulak berangan. Hah, sedap?" Alexa kini berdiri agak jauh dari Raz. Sebenarnya dia agak terkejut dengan kata-kata Raz tadi, sebabkan itulah dia mengambil jalan mudah dengan menjentik dahi Raz. Biar sedar sikit budak tu. Habis merah mukanya menahan malu. Jantung pulak tak habis-habis berdegup. Kemain laju pulak tu.
"Yang kau jentik dahi aku kenapa?" Soal Raz.
"Awak tanya saya?" Soal Alexa kembali. Wajahnya tidak memandang Raz. Huh, menyakitkan hati betullah mamat ni.
"Eh, takdelah. Aku tanya kat ikan-ikan ni." Balas Raz. Mula dah loya buruk dia.
"Haish kau ni." Alexa mengeluh perlahan. Tubuh dipusingkan menghadap Raz. Dia mendekati Raz lalu duduk di sebelah Raz. Ikan yang berenang dipandangnya lama.
"Taman ni, ayah dan ibu kitorang yang bina. Ayah cakap sebab tak nak ibu bosan. Daripada terperuk dalam rumah lebih baik berkebun, kan? Lepas tu ibu suruh ayah buat kolam ni. Sejak dari tu ikan-ikan ni jadi teman ibu kalau ibu datang ke sini. Tenang kan taman ni?" Soal Alexa tanpa memandang wajah Raz. Raz memandangnya.
"Aah, tenang ja. Kalau kau tengah serabut kau selalu datang sini ke?"
"Selalu. Saya selalu datang sini uruskan dan bersihkan taman ni sejak ibu dan ayah pergi. Taman ni jelah yang jadi tempat kenangan kami sekeluarga. Sebab tu saya jaga elok-elok. Ikan-ikan ni pun comel-comel." Terang Alexa sambil tersenyum namun riaknya seakan sedang menanggung kesedihan.
Raz tahu yang Alexa sedang merindui kedua ibu bapanya.
"Pasal semalam.." keluhan dilepaskan. Raz meraup rambutnya ke belakang. Habis kusut rambutnya dibuatnya. Mungkin sedang tertekan.
"Saya kecik lagi mana boleh kahwin." Ujar Alexa. Matanya kini merenung raut wajah Raz.
"Apa kata awak je kahwin dengan saya?" Soal Alexa tanpa teragak-agak. Wajah terkejut Raz hampir meledakkan ketawanya. Tapi ditahannya. Sengaja dia mahu mengusik jejaka itu.
"Err.. nanti A..Alex bunuh aku lah." Raz mula berpeluh. Dahsyat perempuan ni. Dia baru melamar aku ke? Boleh masuk surat khabar ni!
"Haha hahahahhahaahha!" Terhambur ketawa Alexa apabila mendengar kata-kata polos Raz. Menitis air matanya kerana terlalu geli hati.
Raz memandang nya hairan. Perempuan ni ada masalah mental ke gumana? Tadi sedih, pastu happy now menggila pulak. Sah kena rasuk nih.
"Lawaklah muka awak. Hahahaha." Alexa menyambung tawanya.
"Ouhhhh, jadi kau tipu aku lah ni ek? Tak guna punya Alexa! Sini kau!" Segera dia bangun untuk mengejar Alexa namun Alexa lebih pantas bertindak melarikan diri.
"Hahaha, kejarlah kalau dapat."
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.