68🌸

178 20 0
                                    

Alexa mencelikkan matanya apabila merasakan keadaan dan suhu yang agak sejuk menyelubungi dirinya.

Tersentak dia apabila mendapati dirinya kini tidak lagi berada di atas katil empuknya malahan kini dia berada di atas sebuah gunung yang dipenuhi dengan salji. Keadaan teramat sejuk untuk dia katakan. Dia memeluk tubuh menahan kesejukkan.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?" Bisiknya perlahan dipendengarannya.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang agak berkabus. Salji-salji yang jatuh daripada langit turun menimpa tubuhnya.

Lama kelamaan dia mula leka.

Kesejukan tidak lagi dipedulikannya. Mata hitamnya mula berubah berwarna putih.

Kabus semakin menebal sehingga menghilangkan Alexa daripada pandangan.

Dia hilang dalam kabus yang tebal.

**********

'Bangun'

'Bangun'!

'Bangun, Alex!!!'

Akibat tersentak dengan tengkingan daripada seseorang, Alex terus terjaga dari tidurnya. Dadanya berombak perlahan. Terpejam dia seketika. Tangan kanannya naik memegang dada. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dia menghembuskan nya perlahan.

Sesuatu yang kecil dan sejuk tiba-tiba jatuh menimpa tubuhnya. Perlahan-lahan matanya dicelikkan.

Sekali lagi dia terkejut apabila mendapati dirinya kini keseorangan di sesuatu tempat yang asing. Salji memenuhi penglihatannya.

"A..aku..k..kat..Ma..mana??" Tergagap-gagap dia menyoal kepada dirinya sendiri. Dia yang duduk sedari tadi bingkas bangkit dari alas duduknya yang merupakan tanah yang dipenuhi salji dan salju.

Patutlah punggung dia berasa basah rupa-rupanya dia duduk atas salji!

Alex memerhatikan sekeliling untuk memastikan yang dia tidak bersendirian namun malangnya hampa yang dia dapat. Tiada seorang pun yang berada di situ melainkan dirinya sahaja.

"Apa yang berlaku? Apa aku buat dekat sini? Dan.. macam mana aku boleh ada dekat sini nih?"

Dia memegang kepalanya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Perasaan runsing mula hadir. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan perkara tersebut.

"Arhhh!!!! Celaka!! Siapa yang bawa aku datang sini? Keluar kau sekarang!! Dasar pengecut!!" Alex mula menengking. Suaranya bergema di kawasan itu.

Pandangannya dilempar kan ke serata arah.

Tiba-tiba kawasan itu mula dipenuhi dengan kabus. Kabus yang agak pekat menghampiri Alex.

"What the hell!????" Alex cuba melarikan diri daripada kabus itu.

Namun tindakannya sia-sia. Kabus itu akhirnya berjaya memerangkap dirinya sejurus terus menghilangkan dia daripada pandangan sesiapa pun. Suaranya juga tidak lagi kedengaran.

Ya, kabus itu telah membawanya ke sesuatu tempat.

****************

Pap

"Aduiii!!"

Mata Raz terus tercelik apabila sebiji batu dibaling mengenai kepalanya.

Dia menggosok-gosok kepalanya yang sakit.

"Kurang ajar betullah siapa yang baling ni? Adab mana adab!? Kepala aku juga yang kau nak baling." Bebel Raz perlahan.

"Nasib baik tak berdarah. Tapi, benjol oi! Kerek betul." Tambahnya lagi sambil tangannya masih memegang kepalanya.

Namun suaranya mati sebaik sahaja dia menyedari tentang keadaan sekelilingnya yang dipenuhi salji.

Kepalanya terpusing-pusing memerhatikan sekeliling. Mulutnya melopong seakan tidak percaya. Matanya terkedip-kedip.

"Seriously? Macam mana aku boleh ada kat sini siak?" Dia menyoal perlahan.

Tanah yang bersalji diambilnya segenggam. Bibirnya meleret senyuman sambil memerhatikan salji tersebut.

"Kan bagus kalau boleh baling kat muka alex." Dia mula membayangkan salji yang dipegangnya dilemparkan kemuka Alex. Wajah Alex yang sedang marah menyebabkan dia ketawa terkekeh-kekeh.

Tanpa dia sedari, sebuah kabus tebal mula datang menghampirinya dan akhirnya kabus itu mula menyelubunginya.

Namun dia tidak menyedarinya kerana anak matanya kini telah bertukar ke warna putih sepenuhnya.

Akhirnya dia hilang ditelan kabus sama seperti Alexa dan Alex.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now