Darah hitam mengalir membasahi rumput yang berada di bawahnya. Satu tubuh berbadan kurus terdampar kesakitan disitu. Nafasnya seperti hampir mati namun masih mampu bertahan.
"Uhukk uhukk". Orang itu terbatuk darah. Darah nya pekat berwarna hitam. Badannya yang besar sebelum ini telah kembali seperti sediakala. Manakala kekuatannya telah diragut oleh si gadis yang hampir membunuhnya tadi.
"Perempuan tak guna!" Ujar lelaki tersebut agak marah. Dia menderam kuat.walaupun sedang kesakitan dia masih sempat menyumpah seranah si perempuan yang memperlakukan dia sehingga menjadi selemah sekarang.
Dia cuba bangkit. Apa yang difikirkan nya sekarang hanyalah ingin menyembuhkan dirinya kembali namun tak sempat dia melangkah muncul satu susuk tubuh di hadapannya.
"Terimalah takdir engkau ini.." meleret suara gadis itu lalu terus melempar sebiji kristal ke arah Bruce.
Bebola kristal itu meletup lalu melekat ditubuh Bruce sehingga keseluruhan tubuhnya ditutup. Selepas itu satu ledakan senyap berlaku tanpa sesiapa pun yang mengetahui dan menyedarinya.
"Arlandddddddd!!!" suara Bruce bergema sebelum hilang ditelan angin.
Senyuman terukir dibibir ratu Arland. Kini si kegelapan telah dilupus kan buat selamanya. Dia melangkah meninggalkan kawasan tersebut.
****************************
Istana yang dulunya diselaputi warna hitam kini kembali berwarna. Dataran kosong dengan tanah berwarna hitam mula ditumbuhi rumput kehijau hijauan.
Ratu Arland melangkah ke dalam istana milik Bruce tanpa gerun. Kerana setahunya semua warga kegelapan milik Bruce telah lenyap sekiranya dia mati. Dan tekaan dia betul apabila istana yang dikunjunginya kini kosong dan sunyi tanpa sesiapa pun. Tujuannya ke situ hanya satu. Untuk mencari seseorang yang telah lama hilang.
Tiba di satu bilik, dia terdengar satu suara tangisan. Tangisan seorang lelaki. Ratu Arland terus berhenti lalu masuk ke dalam bilik itu.
Satu mata berwarna hijau memandangnya hairan. Butir mutiara masih mengalir membasahi wajahnya.
"Si..siapa..?" Soal orang itu. Dia duduk di sebelah katil sambil memeluk lututnya.
"Hai, adik.."
************************
Apa kata anda?
Maaplah kalau ending dia pelik sikit. Aku pun tak tahu nak buat ending cane.
Okeyh, one more chapter. Stayyy tunedddddddd!
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.