28 🌸

400 32 0
                                    

"okey, now explain. Apa yang korang buat dekat sini? Nak merompak? Kalau tu niat korang baik korang blah sekarang sebelum aku pangg sedas sorang-sorang. Ha, jangan main-main dengan aku yang kacak ni." Kata Aimin sambil bercekak pinggang. Sempat lagi pujian diberikan untuk diri sendiri. Berbangga lah dengan diri sendiri katanya.

Ain, Rina dan Tasha memandang Aimin dengan muka menyampah. Handsome lah sangat 🤢

"Elok sikit cakap tu. Takkan lah kitorang yang comel belaka ni nak merompak? Pernah ke nampak perompak pendek macam budak ni?" Ujar Ain sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Rina.

"Pendek-pendek pun comel dan cantik," balas Rina dengan senyuman bangga. Sempat lagi dia berangan dia sedang memakai gaun seperti Cinderella, dilayan umpama puteri raja dan berkahwin dengan anak raja!

"Jang.."

"Korang tak datang sekali ke tadi?" Tak sempat Kimi membalas kata-kata Rina, Raz menyampuk. Dia yang baru keluar dari dapur terus duduk berhadapan dengan Rina, Ain dan Tasha manakala Kimi dan Aimin berada di sebelahnya.

"Tak, kitorang datang dulu. Pastu baru diorang berdua ni datang." Jawab Ain bagi pihak mereka semua. Yang lain sekadar mengangguk-anggukkan kepala mereka.

"Ouh. So? Apa hajat korang datang ke sini?" Soal Raz inginkan kepastian. Serasanya Alex tidak mengenali ketiga-tiga gadis itu. Mustahil juga mereka mengenali Alex kerana Alex tidak pernah berkenalan atau mahu berkenalan dengan mereka. Okey, tu teori Raz je. 😛

"Eh, kejap. Korang pun ada dekat hospital juga kan tadi?" Tasha mula terfikir akan perkara itu.

"Aahlah. Aku ada nampak diorang ni kat hospital." Rina mengiyakan kata-kata Tasha.

"Ouh pasal tu. Ha, kenapa?" Soal Aimin kembali.

"Takkan tak tau Kut tentang kejadian yang berlaku tadi?" Soal Ain tanpa menjawab pertanyaan Aimin.

"Korang kawan Alexa ke?" Soal Raz pula apabila dia terfikirkan tentang itu. Kalau nak dikatakan mereka mahu bertemu dengan Alex ,itu agak mustahil kerana Alex tak ada kawan perempuan. Kalau nak dikatakan kawan mereka, baru je kenal itupun sekejap je. Takkan terus diorang tahu rumah Alex pula yang bakal mereka didiami. Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat mungkin mereka berkawan dengan Alexa.

"Ye, kami kawan dia. Kami nak jumpa dia. Dari tadi kami cari dia tapi tak jumpa-jumpa. Korang tahu Alexa kat mana?" Tanya Rina.

"Ada dekat atas." Ujar Alex tiba-tiba.

Semua mata kini memandangnya yang sedang menuruni anak tangga. Langkahnya kelihatan lemah. Lagak seperti orang yang tidak makan setahun.

"Aku abang dia, Alex."Terang Raz bagai mengerti apa yang difikirkan oleh Ain, Rina, Tasha, Aimin dan Kimi. Dia kini berjalan mendekati mereka.

"Kalau nak jumpa dia, pergilah naik atas." Ujar Alex kepada mereka semua. Tapi lebih kepada Ain, Rina dan Tasha.

Ain, Rina dan Tasha sekadar menganggukkan kepala mereka. Mereka sebenarnya masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. Bagaimana tiba-tiba abang Alexa yang selalu diceritakan oleh Alexa, dikatakan berkemungkinan takkan pernah kembali kini ada di depan mata mereka? Dan kenapa Alexa tak beritahu yang abang dia ni handsome gila namatey!

Namun segala persoalan dibiarkan sahaja. Ketiga-tiga mereka terus melangkah menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.
Disebabkan selalu mengunjungi rumah Alexa, mereka telah tahu dimana letaknya bilik Alexa. Jadi Alex tidak perlu lagi menunjukkan arah kepada mereka.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now