40 🌸

337 25 2
                                    

Luka-luka dan lebam-lebam di tubuhnya kini telah sembuh sepenuhnya dengan bantuan Bruce. Entahlah apa yang difikirkan lelaki itu. Setelah puas dibelasah pasti dia akan disembuhkan semula. Mungkin berharap dia tak mati lagi agar lelaki itu dapat melampiaskan amarahnya lagi kepada Jacob.

Keluhan kasar dilepaskan. Kalaulah Bruce itu bukan darah dagingnya, sudah lama dia akan mengkhianati lelaki itu. Atas dasar sayang sahaja dia masih bertahan di sisi lelaki itu sehingga kini.

Kadangkala, dia menyalahkan takdir kerana menjadikan kehidupannya seperti itu. Dijadikan seperti hamba walaupun merupakan adik kandung. Betulkah Bruce itu saudaranya? Entah. Dia pun tidak pasti padahal dia sedar dia sendiri membesar bersama-sama Bruce sejak kecil lagi.

Dulu Bruce merupakan seorang abang yang bertanggungjawab dan penyayang. Tidak pernah sesekali dia membiarkan Jacob disakiti. Namun, jikalau manusia sendiri senang terpedaya inikan mereka yang bukan manusia. Senang-senang sahaja semangat kejahatan meresap ke dalam tubuh abangnya sehingga menjadikan abangnya seperti sekarang.

Penuh dengan hasad dengki. Tamak. Tiada lagi kasih sayang darinya. Tiada lagi perlindungan darinya. Adik yang dilindungi sepenuh hati dahulu kini dijadikan seperti haiwan tunggangan nya.

Oleh kerana sebutir permata hidupnya kini berubah 360°. Patutkah permata itu dipersalahkan walaupun permata itu tidak bernyawa?

**************

"Kali ni aku bagi kau kerja senang. Hapuskan dia.." arahan diutarakan kepada Jacob. Langsung wajah Jacob tidak dipandangnya. Dia sibuk memotong daging di dalam pinggannya manakala Jacob dibiarkan berdiri di sebelah kirinya. Menunggu dan sekadar memerhati dia sedang bersantap.

Sepotong daging dimasukkan ke mulutnya menggunakan garfu. Terteguk air liur Jacob dibuatnya. Sudahlah sejak semalam lagi dia tidak menjamah makanan langsung. Berkeriut-riut perutnya minta diisi. Bunyi pun sudah seperti naga mengaum kelaparan.

"Tapi bukan dengan menggunakan Graxsoul." Sambung Bruce lagi.

Kain napkin diambilnya lalu sisa makanan di bibirnya dilap. Segelas Arak bermutu tinggi dituangnya kedalam gelas. Dia meneguk gelas itu dengan rakusnya.

Jacob sekadar diam menanti jawapan. Malas dia mahu mencelah kang tak pasal-pasal lebam lagi tubuhnya.

"Lepaskan slenderman." Ujar Bruce sambil bersandar ke kerusi. Matanya kini menatap wajah Jacob. Disebabkan hanya Jacob yang dipercayainya, orang-orang suruhannya yang lain tidak akan dibenarkan masuk tanpa arahannya. Kini mereka berpandangan antara satu sama lain. Seorang beriak sayu dan seorang lagi beriak bengis.

"Dia tahu apa yang patut dia lakukan nanti." Bruce terus bangkit dari duduknya. Dia menoleh seketika memandang Jacob yang masih memandangnya.

"Jangan ingkar arahan aku." Bruce meludah ke wajah Jacob sebelum dia melangkah meninggalkan Jacob sendirian di meja santapan itu.

Penumbuk dikepal Jacob. Matanya mula bergenang dengan air mata. Saat itu, dia semakin merasakan yang dirinya hanyalah sampah buat abangnya sendiri.

Air mata dikesat kasar sebelum dia pergi meninggalkan tempat itu.








The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now