78🌸

162 13 0
                                    

"Perkara ni sulit. Susah untuk aku ceritakan. But macam aku cakap, mungkin ni takdir Kita orang. Nak Tak nak Kita orang Kena hadap. Kalau Tak buruk akibatnya," ujar Alexa sedikit perlahan. Nafasnya dihembuskan perlahan. Dia mengerling memandang mereka semua yang berada di sekelilingnya. Kemudian pandangannya jatuh pada Alex.

"Tapi perkara ni berbahaya! Kau orang bertiga boleh terkorban! Kau orang Tak fikir ke?? Apa yang Bakal berlaku selepas tu?" Marah Ain sedikit emosi. Dia yang tadinya duduk elok berdiri menghadap Alexa, Alex Dan Raz.

Rina bangkit lalu Cuba menenangkan Ain. Tangannya Naik memeluk bahu Ain.

Aimin Dan Kimi sekadar menjadi pendengar.

"Aku bukan nak halang kau orang tapi aku Sayang kau Alexa.. aku taknak hilang kau.. kau sahabat aku.. kau tu.."

"Kalau dia datang Dan hancurkan bumi..?" Ujar Alex Tiba-tiba memotong percakapan Ain.

Kata-katanya membuatkan semua yang berada di situ terdiam tidak berkutik. Ya, apa yang Bakal berlaku sekiranya bumi dihancurkan?

"Dalam perkara ni, Kita Tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau Tak, banyak nyawa yang Bakal terkorban. Nak Tak nak Kita orang tetap juga Kena lawan dia." Kata Raz pula. Tangannya bertaut antara satu Sama lain.

"Okey.. then , aku Ada satu soalan." Tasya bangkit. Kini semua Mata memandangnya.

"Macam Mana kau orang nak kalahkan raja kegelapan tu?"

Pertanyaannya membuatkan semua terdiam.


The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now