Alex termenung di beranda biliknya. Dia menghirup udara malam yang segar. Nasib baik dia telah memakai baju sweeternya kalau tidak mahu mati kesejukkan. Cuaca pada malam itu juga agak sejuk dari kebiasaannya. Mungkin hari nak hujan.
Perkarangan rumah diperhatinya sekilas. Suasana sekitar kelihatan disinari dengan cahaya bulan yang memancar ke bumi. Perbualannya bersama Alexa petang tadi kembali bermain di mindanya. Senyuman gembira terukir di bibirnya.
---------
"Jadi, Dato Ismail tu datuk korang berdua?" Raz menyoal kepada Alexa.
Ketika itu mereka sudah berhenti daripada bergurau senda. Penat bermain kejar mengejar seperti polis mengejar pencuri itu. Akhirnya mereka kembali duduk di tepi kolam taman tersebut.
Alexa sekadar menganggukkan kepalanya tanda betul. Masakan dia berkahwin dengan darah dagingnya sendiri? Alex pun kalau bergurau bukan boleh dipercaya dek akal. Kebanyakkan gurauannya langsung tidak masuk akal!
"Cis, bertuah punya Alex! Berani kau tipu aku!" Raz mula menyumpah seranah di dalam hati. Wajah Alex yang sedang ketawakannya muncul di tubir mata. Cis, time macam ni sempat lagi dia ketawa kan aku! Tangannya mengepal penumbuk.
"Hey, relax relax. Marah betul nampak." Alexa tergelak melihat reaksi Raz. mungkin sudah ditumbuk dan dibelasah si Alex itu kalau dia sekarang berada di hadapan Raz.
"Kalau Aku jumpa dia, siap lah dia. Berani dia tipu aku! Mati-mati aku fikir aku dah takde chance nak Tackle kau. Eh, err.." wajah Alexa yang seakan terkejut mendengar kata-kata nya dipandangnya sekilas. Aduh, mati aku! Macam mana bole terlepas cakap ni. 😢
Alexa memandang Raz seakan tidak percaya. Mulut yang hampir ternganga ditekup menggunakan sebelah tangannya. Series lah dia ni nak Tackle aku? Omg! Cintaku tidak bertepuk sebelah tangan!!
"Err..aku.." belakang tengkuk diusap-usap nya perlahan. Tanda kekok dengan apa yang berlaku. Jangan dia friendzone kan aku dahlah! Seriously, aku rasa macam nak nangis dah ni 😭
"Kalau awak try saya, saya lagilah nak!" Ujar Alexa lantas terus melarikan diri dari situ. Mungkin malu dengan apa yang dikatakannya. Maklumlah perempuan,kan. Terlopong mulut Raz dibuatnya. Kelibat Alexa diperhatinya sehingga hilang dari tubir mata.
"Gediknyaaa." Ujar Raz sambil menggelengkan kepalanya. Kemudian sebuah senyuman terukir dibibirnya. Dia bagi green lightlah, hahahaha.
-------------
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.