Satu portal cahaya muncul di dalam sebuah rumah agam. Muncul kelibat Alex dan Raz. Alexa yang pengsan sedang didukung oleh Alex dengan cara 'bridal style'. Alex melangkah mendaki tangga menuju ke bilik Alexa. Raz sekadar mengikuti langkah Alex.
Sebaik sahaja sampai ke bilik Alexa, segera Alex membaringkan tubuh Alexa ke atas katil. Selimut ditarik menutupi separuh tubuh Alexa.
Sebentar tadi, selepas sahaja Alexa meletupkan portal kegelapan itu dia terus pengsan tidak sedarkan diri. Ketika asap memenuhi pelindung halimunan itu, sepantas kilat Alex dan Raz mendapatkan Alexa lalu segera beredar pergi. Pelindung yang dibina di sekitar hospital itu juga hilang selepas Alexa tidak sedarkan diri.
Alex melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan tubuh Alexa. Ubun-ubun Alexa diusap penuh kasih. Sungguh dia takut sekiranya Alexa mengorbankan dirinya dalam letupan tadi. Namun sangkaannya meleset apabila Alexa ditemui selamat.
Raz menepuk bahu Alex perlahan sebelum dia melangkah keluar dari bilik Alexa. Malas dia mahu mengganggu Alex yang ingin melepaskan rindu kepada adiknya. Bukan dia tidak tahu betapa Alexa disayangi Alex.
Telefon pintar diambil dari kocek seluar. Nama Aimin didail sebelum talian bersambung.
Raz : min?
Aimin : Raz? kau dan Alex selamat, kan? Takde luka apa-apa kan?
Raz : relax lah. Kitorang oke ja. Cuma..
Aimin : cuma apa? Serius kau okey ni? Kau tahu tak tadi hospital tu me..
Raz : hey, don't worry laa. Sekarang ni aku nak kau datang kat alamat yang aku bagi nanti.
Aimin : haish kau ni. Okeylah.
Talian terus diputuskan Raz. Sesuatu ditaip di mesez sebelum dihantar kepada Aimin.
*****************
Ain, Rina dan Tasha berusaha melangkah dan mencelahkan diri di antara orang ramai untuk ke barisan paling hadapan dalam kelompok orang ramai berkumpul itu. Tubuh orang ditolak-tolak tanpa mereka peduli. Yang mereka tahu mereka mahu melihat apa yang terjadi kepada hospital serta makhluk-makhluk aneh itu setelah tempat itu meletup sebentar tadi.
Akhirnya mereka dapat menjejakkan kaki ke barisan paling hadapan bagi mereka yang sekadar ingin 'melihat'. Ramai di antara kelompok itu mula menangkap gambar dan mengambil video. Mungkin ingin dimuat naik ke media sosial.
Ternganga mulut Ain, Rina dan Tasha apabila melihat perkarangan hospital yang sepatutnya mempunyai bangunan mencakar langit setinggi 20 tingkat itu kini telah hilang menjadi debu. Yang ada hanyalah sebuah kawah besar berbentuk bulatan besar. Tempat itu hancur lebur tanpa sebarang tanda-tanda runtuhan. Hanya debu dan kawah besar yang terlihat di mata semua orang. Sungguh letupan sebentar tadi amat menakutkan.
"Aku dapat rasa letupan tadi mampu letupkan satu bumi ni." Ucap Tasha. Dia masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Fikirnya kalau tiada pelindung yang entah siapa yang buat tadi, mungkin bumi pun kini telah hancur dan mereka juga telah mati dan menjadi seperti bangunan hospital itu yang telah berubah menjadi debu.
"Alexa.. aku nak cari Alexa.." Ain kelihatan seperti ingin menangis. Matanya melilau melihat sekelilingnya. Kelibat yang dicari masih juga tidak kelihatan.
Rina dan Tasha yang seakan sedar mengapa mereka bersusah payah menempuhi orang ramai itu untuk ke hadapan mula terkedu. Ya, mereka mencari Alexa. Tadi sewaktu semua orang seperti dicampak ke luar oleh sesuatu, Alexa tiada bersama mereka. Itulah yang mengganggu fikiran mereka.
"Aku rasa mungkin Alexa ada dekat tempat lain sebab tadi masa dekat hospital dia tak berada dengan kita." Ujar Rina waras. Dia meletakkan jarinya di bawah dagu seakan berfikir.
"Dah, mari pergi rumah dia. Aku tak sedap hatilah." Tasha mengurut-ngurut dadanya. Dia mula resah memikirkan keberadaan Alexa.
Lantas mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Alexa yang jaraknya tidaklah berapa jauh dari hospital itu. Masing-masing mendiamkan diri.
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.