Alex termenung panjang di meja makan sewaktu sarapan pagi. Kelakuannya itu mengundang seribu persoalan di kotak pemikiran Raz, Kimi dan Aimin.
Memang selalu juga Alex kerap termenung tetapi tidak pernah lagi dia termenung seperti itu di hadapan makanan. Perasaan risau mula bertandang disudut hati mereka.
Dalam mereka masih tertanya-tanya tentang Alex, tiba-tiba Alex bersuara. "Aku rasa aku nak balik."
Aimin yang sedang minum , tersembur keluar semula air itu dari mulutnya.
Raz yang sedang makan, terus tersedak sehingga terbatuk-batuk.
Kimi yang juga sedang makan tercekik ayam yang sedang dikunyahnya.
Alex yang terkejut dengan reaksi sahabat-sahabat nya terus bangkit lalu menepuk-nepuk belakang Kimi yang seakan-akan terseksa itu sehingga dia kembali elok semula.
Segera air dicapai lalu diserahkan kepada Raz yang masih lagi tersedak.
Sehelai kain diambil lalu diberikan kepada Aimin agar dia mengelap sisa air yang disebutnya sebentar tadi.
"Apa korang ni? Buang tabiat ke?" Soal Alex hairan apabila dia kembali duduk di tempat duduknya.
"Kau yang buang tabiat!!" Balas mereka bertiga serentak.
Masing-masing melihat antara satu sama lain.
"Yang kau tiru cakap aku kenapa?" Aimin memandang Raz dan Kimi dengan perasaan yang jelik.
"Eh kau yang tiru cakap aku." Kimi membalas kata-kata Aimin dengan pandangan yang tajam. Dia berura-ura ingin mencekik Aimin namun ditegah oleh Raz.
"Perangai macam budak-budak betullah." Tegur Raz.
"Sekurang-kurangnya tak matang macam kau yang always boring nii. Perempuan tengok pun larii." Kutuk Aimin sambil mencebik.
"Eh aku pulak yang kena?" Raz menudingkan jari telunjuk ke arah dirinya.
"Hey dahlah. Tiga-tiga sama."
Aimin, Raz dan Kimi berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka memandang Alex serentak.
"Pembetulan. Empat-empat ,okey."
"Yela, yela. Malaz aku nak bertekak dengan kanak-kanak riang macam korang ni 😛" Alex terus bangkit menuju ke dapur. Dia yang mulanya sedih sebentar tadi, kini sudah kembali gembira kembali kerana keletah sahabat-sahabat nya itu.
----------------------------
"Alex," panggil Raz sambil mengetuk pintu bilik Alex perlahan.
"Masuk." Kedengaran suara Alex menyuruh masuk. Tanpa sebarang pertanyaan, Raz terus menolak daun pintu lalu masuk ke dalam bilik Alex. Pintu ditutup kembali.
Kelibat Alex yang berada diberanda bilik dihampiri. Dia menyentuh lembut bahu sahabatnya itu.
"Serius ka apa yang kau katakan pagi tadi?" Raz berdiri bersebelahan dengan Alex. Wajahnya juga dihalakan ke hadapan seperti Alex. Entah apa yang dimenungkannya tidak tahulah.
"Aku..aku.."
"Aku , aku apa?" Pintas Raz sebelum sempat Alex menghabiskan ayatnya.
Alex menarik nafas dan menghembus nya perlahan. Dia juga tidak pasti sama ada perlu atau tidak dia pulang semula ke pangkuan adiknya.
"Aku nak jumpa adik aku.."
Raz memandang Alex. Dia tahu betapa sayang dan rindunya Alex terhadap adiknya. Sebenarnya dia juga teringin untuk bertemu dengan adik kepada Alex yang dikatakan terlalu manja.
Boleh dikatakan setiap hari dan setiap masa lapang , Alex akan menceritakan tentang adiknya kepada mereka bertiga. Mereka yang faham akan perasaan Alex sentiasa menjadi pendengar yang setia. Tidak mahulah mereka menghampakan Alex yang sentiasa bersemangat dan gembira sewaktu bercerita tentang adiknya.
"Kalau itu lah yang kau inginkan..aku, Kimi dan Aimin dah sepakatan.." Raz memberhentikan katanya sebelum menyambung, " ..kami akan ikut kau pulang ke kampung halaman kau semula."
Kata-kata Raz membuatkan Alex terperanjat. Sungguh dia tidak menyangka akan tindakan mereka itu.
"Bi..biar betul korang ni?" Dia seakan tidak percaya dengan kata-kata Raz itu.
"Aku nak bantu kau," ujar Raz tidak teragak-agak.
"Maksud kau?" Alex menyoal kembali sedangkan dia tahu apa yang sedang diperkatakan oleh Raz. Raz dipandangnya.
"Kau juga seperti aku. Dan aku juga seperti kau. Tak.. bukan aku sahaja. Tapi kami bertiga. Kami juga seperti kau.. ingin berjuang bersama kau dan adik kau.." ujar Raz sambil tersenyum. Dia membalas pandangan Alex.
"Tapi.."
"Tidak akan kami biarkan kau dan adik kau berdua sahaja berjuang dalam perkara ini. Kau sahabat kami. Kami dah anggap kau macam saudara kami sendiri." Raz pantas mendakap tubuh Alex. Alex membalas pelukan itu.
Entah kenapa, dia berasa lebih selesa bersama Raz. Mungkin Raz yang selalu bersamanya walaupun Aimin dan Kimi juga kerap kali bersama mereka. Dia tersenyum.
"Woahhh! Kunyit detect !"
Alex dan Raz segera melepaskan pelukan mereka. Kimi dan Aimin tiba-tiba muncul di hadapan mereka dengan pandangan yang sukar dimengerti.
"Korang mengunyit kah tadi?" Jari telunjuk dihalakan ke arah Raz dan Alex sambil bibirnya terukir sebuah senyuman sinis.
"Kepala Bana kau lah kunyit." Lantas kepala Aimin dan Kimi diketuk oleh Alex.
"Adoii doii doii," mereka mengusap kepala mereka perlahan.
"Nak gurau sikit pun tak oleh," rungut Kimi. Bibirnya dimuncungkan seperti mulut itik.
"Kami berpelukan sebab tak lama lagi kita akan pulang ke Malaysia. Baik korang pergi packing beg korang sebab esok pagi kita akan bergerak pergi. " Terang Raz selamba.
"Serius?"
"Omg?"
Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum kedua-duanya berpelukan antara satu sama lain sambil melonjak kegembiraan.
"Hip hip hooray!! Akhirnya!! Alexa tunggu puteramuu datang !"
Pap !
"Woi, apa main nama adik aku ni?"
"Stop ketuk aku woi," kata Aimin lantas mengejar Alex yang sudah berlari keluar dari biliknya.
Raz dan Kimi tergelak sakan melihat telatah mereka.
********
Okey, now budak tu dah berniat nak pulang ke tanah air. So, aku tengah fikir macam Mana lah situation yang patut aku buat untuk pertemukan Dua beradik Ni. Runsing jgk aku. Nak mnta pendapat reader? Em Komen pun zero. 😂 Ah, pandai ah aku nnt. Just , teruskan membaca okeyh! Korang kena tengok macam Mana karut aku!
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.