"Disebabkan hari ini pertama kali bersemuka, tiada aktiviti akan dijalankan untuk hari ini. " Ujar Alex sambil memandang wajah satu persatu pelajar-pelajar di hadapannya. Dia kini sedang duduk bersebelahan dengan Raz di kerusi guru yang di sediakan di hadapan kelas.
"Bukan kali kedua ke sebelum semalam?" Rina menyiku Pinggang Ain sambil berkata dalam nada berbisik. Mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain di dalam kelas. Manakala Alexa dan Tasha duduk di baris hadapan mereka.
Ain sekadar menjegilkan biji matanya sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut tanda menyuruh Rina menutup mulut.
Rina menjulingkan biji matanya ke atas sebelum kembali fokus ke hadapan kelas.
"Sebelum saya memulakan apa-apa, saya rasa semua sudah mengenali saya dan juga rakan seperjuangan saya ini kan?" Pertanyaannya dijawab dengan anggukan dari pelajar kelas itu. Ada juga yang menyahut 'ya'.
"Baiklah kalau macam tu. Jadi tanpa melengahkan masa, kitorang nak beritahu tentang aktiviti kita yang bakal bermula esok kepada kamu semua." Kata Raz. Bibirnya terukir senyuman mesra. Sempat lagi matanya mencuri-curi pandang akan Alexa yang langsung tidak perasan tentang perbuatannya.
"Sebenarnya, aktiviti apa yang cikgu-cikgu sekalian nak buat?" Soal Mika hairan. Wajahnya berkerut memandang Alex dan Raz.
Alex tersenyum lebar. "Good question, beauty. But First, saya tak suka digelar 'cikgu' tu."
"Why?"
"Kan cikgu tu memang cikgu?"
"Aahlah, kenapa?"
Pelbagai persoalan ditujukan kepada mereka sehingga menyebabkan Alex dan Raz tergelak mesra. Mungkin lucu melihat kerenah anak-anak murid mereka itu.
Terangkat sebelah kening mereka yang bergelar pelajar disitu apabila ketawa kedua-dua 'guru' mereka itu kedengaran.
"Because, we are not your teacher." Jawab Raz. Nadanya terus bertukar tegas.
"Err..but, you're teach we all now?" Soal Haikal. Dia menggaru dahinya yang tidak gatal. Mungkin hairan melihat perangai guru-guru baru itu yang agak pelik itu. Ada ke patut diorang kata diorang bukan cikgu padahal sekarang diorang tengah duduk kat depan kelas dan bakal mengajar kami. So weird?
"Haha.. whatever. Just forget it. By the way, we're not here to teach all of you but to educate you." Terang Alex menyebabkan semua yang berada di situ ternganga mendengar kenyataannya yang dirasakan agak merepek itu.
"Lol. what's the difference between teaching and educating? it is the same. right?" Soal Alexa tidak berpuas hati. Abang aku ni dah sewel Kut agaknya. Pelik, pelik je ayat yang keluar dari mulut dia hari ni. Termakan belacan ke pagi tadi?
"Other teacher are here because they want to teach you to become the person full of knowledge. but both of us are here just to educate you. okay, that's all for this chapter.
Now who wants to know what's going to happen tomorrow?" Kata Raz.Kata-kata nya menyebabkan pelajar-pelajar di hadapannya berpandangan antara satu sama lain. Ada juga yang menjongket bahu tanda tidak tahu. Mungkin mereka pening dengan apa yang disampaikan Raz itu. Yalah, berbelit-belit. Author pun runsing nih!
"Err..what?" Soal Tasha teragak-agak.
"Esok pagi tepat Jam 10 pagi kita akan bertolak ke resort yang jaraknya 50km daripada sekolah. Jadi, sila pack barang anda yang penting sahaja untuk dibawa bersama esok. Sebarang bantahan tidak diteri.." belum sempat Alex menghabiskan katanya, matanya terpandang ke sudut belakang kelas itu.
Wajahnya yang ceria tadi tiba-tiba bertukar tegang. Raz yang perasan turut sama memandang ke belakang. Perubahan wajah mereka berdua menyebabkan pelajar-pelajar mula hairan.
"He is here.."
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.