33 🌸

374 27 3
                                    

Alexa meneleport kan dirinya ke sekolah. Dirinya lengkap dengan kelengkapan sekolah yang harus dibawa. Pandai sungguh dia merancang sehingga peralatan sekolah juga diteleportnya sekali. Nasib baik dia memang sudah berpakaian sekolah tadi. Kalau tidak haru jadinya.

Langkahnya diatur ke arah kelasnya yang berada di tingkat dua blok B. Tidaklah jauh mana perjalanannya. Sempat lagi dia berkhayal tentang Raz. Ermm, setahu aku dia juga lari tadi. Kemana ya dia?

"Haaaahhh!!"

"Oi mak kau Raz kacak!" Latah Alexa apabila disergah sedemikian rupa oleh seseorang. Hampir jatuh terduduk dia dibuatnya. Tawa beberapa gadis didengarinya. Segera pandangan tajam diberikan kepada mereka.

"Kurang asam mak nenek korang lah. Terkejut aku!" Marah Alexa. Dia segera menghampiri ketiga-tiga sahabatnya itu.

"Hahaha, mengelamun lagi kau. Hah, padan muka." Ejek Ain sambil ketawa.

"Ehe, Raz ye?" Tasha tersengih nakal. Jari telunjuk digoyangkan dihadapan wajahnya.

"Raz ,kawan abang kau tu ek?" Teka Rina sambil tersengih.

"Kau syok kat dia ek?" Usik Ain pula.

Memerah wajah Alexa dibuatnya. Ba*i. Macam manalah boleh tersasul sebut nama dia tadi?

"Muka merah-merah, nak cendol ke?" Terus terhambur tawa ketiga-tiga sahabatnya itu apabila dapat mengusik Alexa.

"Cis, blahlah korang." Alexa terus melarikan diri daripada Ain, Rina dan Tasha. Gila tak lari, malu aku kena usik macam tu. Dari jauh tawa ketiga-tiga sahabatnya itu masih dapat didengari di pendengarannya. Dia mencebik geram.

***************

Langkah diatur sesenyap mungkin. Raz melangkah dengan berhati-hati agar isi rumah itu tidak akan menyedari akan kepulangannya.

Dalam hati dia mengutuk dirinya sendiri kerana melarikan diri pagi tadi. Cis, sampai ke tengah laut dia teleport dirinya. Habis lencun tubuhnya. Asallah bole tersilap tempat.

Dalam ralit dia mengguman sendirian, enam mata sedang memerhatikan nya dari tingkat atas rumah itu. Hampir terhambur ketawa mereka melihat Raz yang lagaknya seperti seorang pencuri itu. Bezanya, Raz sudah tertangkap. Kahkah.

"Ehem."

Deheman seseorang menyebabkan langkah Raz mati. Segera kepalanya didongak ke atas. Sengihan sinis Alex, Aimin dan Kimi menyapa matanya.

Sial, tertangkap pulak!

"Err.." Raz sudah berura-ura ingin melarikan diri.

Tak sempat dia mengatur langkah, kaki nya kaku tidak mahu bergerak.

Raz memandang kakinya yang kaku. Ais menyelaputi kakinya sehingga ke betis.

"Jangan fikir nak lari lagi sekali." Tegur Alex yang kini sudah berdiri di hadapannya bersama dengan Aimin dan Kimi. Mata nya memandang kaki Raz.

Cis, tak guna Alex!

"Hahaha, kenapa kau lari?" Aimin menghamburkan tawanya yang ditahan-tahan sejak tadi.

"Kau ingat Alex ni nak makan kau ke?" Kimi juga turut tertawa geli hati melihat wajah cemberut Raz.

"Err, Alex , aku minta maaf. Aku ..err" Raz menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya menunjukkan riak bersalah.

"Well, kau minat adik aku ke?" Soal Alex terus tanpa berselindung. Kejadian larikan diri tadi terus dilupakan.

Tersentak Raz apabila diajukan soalan maut sebegitu. Masakan dia mahu menjawab tidak? Sedangkan jawapannya adalah ya! Dia meneguk air liurnya perlahan. Nak jujur ke tak nii??

"Jujur aku cakap, aku berniat nak kenenkan adik aku dengan Dato Ismail." Ujar Alex lagi sekaligus membuatkan Raz lebih terkejut. Aimin dan Kimi juga turut terkejut. "Siapa tak kenalkan anak Dato Ismail?"

"Omg, kau nak kenenkan adik kau yang cantik jelita tu dengan pakcik tua kerepot macam tu?" Aimin menyoal tidak puas hati. Masakan orang tua bodoh tu yang di pilih Alex?

"Dato tu ada segala-galanya untuk bahagiakan adik aku." Kata Alex pendek. Dia duduk di atas sofa lalu bersandar sambil memejamkan matanya. Wajahnya kelihatan tenang. Tiada tanda-tanda dia sedang berlakon atau menipu semata-mata.

"Aku tak rasa Alexa akan ter.." tak sempat Raz berkata, Alex memintas.

"Aku abang dia. Dia akan dengar cakap aku. Jadi aku harap kau lupakan jela perasaan kau tu." Ujar Alex tegas masih memejamkan mata.

"Tapi ni hidup dia. Kenapa kau nak paksa dia?" Kimi juga tak berpuas hati. Dia lebih rela jika Raz yang menjadi buah hati Alexa daripada Lelaki tua tak sedar diri itu. Cis, membara hatinya. Mahu sahaja ditumbuk muka Alex yang seakan tidak kesahkan tentang adiknya itu.

"Yang kau dan Aimin sibuk kenapa? Korang pun sukakan adik aku?"

"Lol, kau ingat adik kau tu lawa sangat sampai kitorang nk syok juga kat dia macam si Raz ni? Kitorang dah anggap dia macam adik kami." Ujar Aimin beremosi.

"Sebagai abang, kau kena juga fikirkan tentang kebahagiaan dia. Bukan kenenkan dia macam tu ja. Kau ingat dengan kekayaan or apa-apa jela, dia akan bahagia kalau dia tak cintakan orang tu?" Kimi melampiaskan amarahnya.

Alex merenung Aimin dan Kimi silih berganti. Wajahnya kekal tanpa riak.

"Aku.." kata-kata Raz menyebabkan semua mata kini memandangnya. Dia kelihatan marah.

"Ya, memang aku suka kat adik kau. Bukan setakat suka tp sayang. Aku tak sangka kau akan kahwinkan dia dengan warga emas tua kerepot tak sedar diri macam Dato tu. Baiklah.. kalau kau nak kenenkan juga Alexa dengan lelaki nak mati dah tu.." Raz berhenti sekejap sebelum menyambung, " aku akan bawa lari Alexa."

Sebaik sahaja habis menuturkan ayat itu, terhambur ketawa Alex. Dia ketawa terbahak-bahak. Berguling-guling dia di atas lantai mozek yang berkilat itu.

Aimin, Kimi dan Raz berpandangan sebelum memandang Alex yang seperti orang gila itu dengan pandangan hairan.

"Aku.. haha.. kau.. haha.. siall..!! Aku.. tak tahan nak.. haha .. gelakk!" Alex masih lagi ketawa. Entah apa yang di gelakkan nya. Tangannya tiba-tiba memetik jarinya. Terus bongkah ais yang menyelaputi kaki Raz pecah dan hilang.

Raz menghampiri Aimin dan Kimi.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" Soal Aimin berbisik kepada Raz dan Kimi. Kimi dan Aimin menganggukkan kepala mereka perlahan dengan pandangan mata helang melihat si Alex yang masih ketawa.

Sebuah tali yg panjang tiba-tiba muncul di tangan Raz.

"Wuu, mentang-mentang sekarang ada kuasa bukan main lagi kau ye." Aimin menjeling Raz. Raz sekadar tersengih menampakkan gigi-gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Kau pegang atas, kau pulak pegang Bawah." Arahan diberikan kepada Aimin dan Kimi. Mereka sekadar tersengih seperti kerang busuk.

Langkah mereka diatur berhati-hati mendekati Alex. Dia perlu diajar!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now