Di suatu tempat yang lain..
Mata Alexa berkelip-kelip berulangkali. Langit berwarna warni menjadi tatapan matanya disaat dia sedar dari pengsannya. Dia mendapati dirinya sedang duduk diatas rumput yang tidak berwarna hijau.
"Aku..aku dekat mana ni?" Alexa menyoal dirinya sendiri sambil memandang sekeliling nya. Dia merasakan yang dia berada di sebuah kawasan lapang yang kelihatan begitu cantik. Semuanya yang berada di situ bersinar cantik namun tidak menyilaukan mata yang melihatnya.
Sekali imbas, hampir kesemua nya berwarna putih. Rumput berwarna putih, tanah berwarna putih.. eh tak tak😂 warna kuning. Ya tanah berwarna kuning keperangan-perangan.
Terdapat sebuah sungai di hadapannya. Dia berdiri untuk menapak menghampiri sungai tersebut.
Sungguh dia terkejut kerana air di situ berwarna emas.
Keadaan di sini tidak sama seperti keadaan dibumi, desis hatinya. Seketika dia terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya.
Segera dia menoleh ke arah belakangnya.
Figura seseorang kelihatan berdiri dihadapannya sekarang. Seseorang yang sangat dirindui nya.
Air mata menitis di pipi. Seketika dia melupakan tentang persekitarannya yang indah itu.
Lantas dia berlari memeluk figura lelaki yang berdiri berhadapan dengannya itu. Pelukannya berbalas. Malah erat.
"Dah lama Exa tunggu..lama sangat .."rintih Alexa perlahan di dalam dakapan lelaki tersebut.
"Penantian Exa dah tamat.. abang ada kat sini.." kata lelaki itu, juga mengalirkan air mata kegembiraan.
Mereka terlalu melayan perasaan sehingga tidak perasan ada mata-mata yang sedang memerhatikan mereka.
*********************
"Kita dekat mana ni abang?" Soal Alexa sambil terus memerhatikan sekelilingnya. Kelihatan tempat itu juga seperti taman. Ada juga kerusi yang disediakan dan kalau korang nak tahu kerusi itu diperbuat daripada kristal berwarna putih!
Sekarang mereka sedang duduk di atas kerusi itu. Yerla takkan duduk atas tanah pulak 😑
"Abang pun tak tahu. Seingat abang tadi, abang ada kat airport, tengah berbual-bual dengan sahabat-sahabat abang, then tiba-tiba dada abang sakit. Pastu abang dah tak ingat apa-apa dah." Terang Alex.
Dia juga seperti Alexa, kagum dengan kecantikkan tempat ini. Entah siapalah yang menciptanya. Terlalu kreatif dan.. err.. membuang duit ? 😅
Iyerlaa takkan namanya berjimat kalau sanggup mencipta kerusi pun daripada berlian😅 kalau tanya kat author pun rasanya dia akan jual 😂
Author : menganjing ek kau 🤓
Alex : 😂
"Eh, apa abang cakap tadi? Abang rasa sakit dekat dada? Eh, adik pun samalah. Tadi adik ada dekat sekolah. Sembang-sembang dengan kawan pastu tiba-tiba dada adik rasa sakit. Then adik tak ingat apa-apa dah. Sedar-sedar dah ada kat sini." Alexa bercerita sambil menatap wajah abang yang dirinduinya itu dengan perasaan keliru.
Sebenarnya banyak sangat perkara yang ingin dibicarakan bersama abangnya. Namun semuanya diletakkan ke tepi dahulu kerana hal yang berlaku kepada mereka sekarang lebih penting.
"Peliknya. Kenapa kita sama-sama rasa sakit ya?" Alex juga seperti Alexa, keliru.
Berada di tempat yang berbeza, then tiba-tiba terhampar di tempat yang sangat indah ini. Sungguh betul-betul membuat mereka runsing.
"Sebab kamu yang terpilih." Tiba-tiba beberapa orang muncul di belakang mereka berdua.
Serentak dengan itu Alex dan Alexa terus berdiri menghadap mereka. Alexa berdiri di belakang Alex manakala Alex cuba melindungi adiknya.
"Siapa korang?" Soal Alex .
Kelihatan ada tiga orang berdiri di hadapan mereka. Seorang gadis dan dua orang lelaki yang berdiri di kiri dan kanan gadis tersebut.
Kedua-dua lelaki itu kelihatan seperti pahlawan kerana mereka memakai banyak besi-besi di bahagian badan mereka. Sebilah pedang tersangkut di pinggang mereka berdua.
Manakala gadis itu pula memakai sehelai gaun yang berwarna biru laut. Dia kelihatan sangat cantik dihiasi dengan mahkota bertatahkan kristal berwarna biru terang di kepala nya.
"Perkenalkan, nama beta, Arland. Ratu kerajaan Kristal ini." Gadis itu memperkenalkan diri.
"Yang sebelah kanan ini, David. Yang sebelah kiri beta ini pula namanya, Dave. Mereka pahlawan-pahlawan kerajaan ini." Gadis itu memperkenalkan kedua-dua lelaki tersebut. Mereka berdua sekadar tersenyum mesra.
Sebaik melihat senyuman mereka itu, Alexa merasakan bahawa yang berhadapan dengan mereka berdua sekarang bukanlah orang jahat yang ingin mengapa-apakan mereka lantas dia terus keluar dari belakang abangnya. Dia turut melemparkan senyuman.
"Aku Alexa. Dan ini abangku, Alex." Alexa memperkenalkan dirinya. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
"Kerajaan Kristal? Kerajaan apa ni? Tak pernah dengar pun," adu Alex sambil tangannya memegang dagunya. Dia kelihatan sedang berfikir. Dia juga mula merasakan mereka bertiga bukanlah musuh.
"Kristal itu yang membawa kamu ke sini . Atau lebih tepat lagi, membawa roh kamu ke sini. " Terang lelaki yang bernama Dave itu.
"Roh?" Alex dan Alexa berpandangan.
"Ya, yang berhadapan dengan kami sekarang adalah roh kamu. Manakala tubuh kamu telah tertinggal di dunia kamu." Tambah gadis itu pula.
"Eh apa ni ? Tak faham lah." Alex menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mukanya kelihatan hairan dengan apa yang dituturkan oleh mereka itu.
"Itu akan kami terangkan kemudian. Mari, ikut beta ke istana beta. Disana akan beta ceritakan semuanya kepada kamu." Ajak gadis itu.
Alexa memandang Alex meminta kepastian. Alex sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata gadis tersebut. Lalu mereka beriringan berjalan mengikuti langkah mereka bertiga.
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.