13 🌸

551 39 1
                                    

Tubuh kaku Alex ditatap penuh sayu oleh Raz, Kimi dan Aimin. Sekarang mereka berada di dalam sebuah wad persendirian yang kini menempatkan Alex yang masih tak sedarkan diri. Sudah 3 hari berlalu dari hari dimana Alex jatuh pengsan.

Selepas sahaja Alex pengsan 3 hari yang lalu, mereka bertiga terus bergegas menghantar dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sememangnya perkara itu sangat mengejutkan Raz, Kimi dan Aimin.

Setahu mereka, Alex tidak menghidap apa-apa penyakit.

Doktor juga ada mengatakan bahawa Alex berada dalam keadaan yang baik. malah jantung, otak dan segala organ badannya sangat sihat! Namun jika melihat raut wajah Alex sekarang, mereka merasakan Alex seperti sedang menghadapi penyakit yang kronik sehingga membuatkan Alex terbaring kaku sebegini.

Fenomena ini tersangat pelik. Doktor masih tidak dapat mengesahkan tentang keadaan yang sebenarnya berlaku kepada Alex.

*********

Rina ralit memerhatikan raut wajah Alexa yang sedang terbaring kaku tidak sedarkan diri. Wajah Alexa pucat tidak bermaya. Dia merasa sedih mengenangkan tentang nasib sahabatnya itu yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu sedar.

Kenyataan doktor sebelum ini sehingga sekarang masih terngiang-ngiang di kotak pemikiran nya.

"Hasil dari laporan ini menunjukkan bahawa keadaan Cik Alexa sekarang berada dalam keadaan yang baik. Tiada tanda-tanda yang mengatakan dia menghidap apa-apa penyakit. Tubuhnya sangat sihat. Saya masih tidak dapat sahkan apa yang menyebabkan Cik Alexa tidak sedarkan diri."

Rina yang ralit termenung tidak menyedari akan kehadiran Ain dan Tasha.

"Oii akui cantik sangat!!" Telatah Rina apabila bahu nya tiba-tiba ditepuk dari belakang.

"Dalam latah pun sempat kau angkat bakul sendiri ,ya?" Ujar Ain bersama ketawa yang agak perlahan. Suaranya seusaha mungkin cuba dikawal. Dia tidak mahu menggangu Alexa walaupun kenyataannya Alexa tidak langsung sedar atau mendengar apa-apa pun.

"Hurm.." Rina mengeluh perlahan. Tawa Ain langsung tidak berbekas di hatinya.

"Aku tahu kau sedih. Kami pun sedih juga. Tapi aku tahu Alexa mesti tak nak tengok kita sedih macam ni kan?" Tasha menundukkan wajahnya menghadap lantai.
Dalam diam dia berharap agar Alexa akan sedar.

"Dahlah tu. Cakap tak serupa bikin. " Rina tergelak kecil melihat Tasha yang seakan-akan mahu menangis.

Tasha sekadar menjelingnya terus hilang rasa sedihnya tadi berganti dengan perasaan geram kepada Rina.

"Rina, Tasha. Jomlah keluar. Kau belum makan kan,Rina?" Ajak Ain.

Rina sekadar menganggukkan kepalanya perlahan.

"Mari." Mereka melangkah beriringan keluar dari wad yang menempatkan Alexa. Sengaja mereka memilih wad yang terasing dari orang lain. Kalau melibatkan duit, semua antara mereka bukanlah orang yang susah. Jadi tiada masalah bagi mereka. Untuk sahabat mereka, apa sahaja sanggup mereka lakukan.

Ketika berjalan, masing-masing antara mereka sedang mengelamun. Tidak sedar ada beberapa manusia yang sedang berjalan ke arah mereka. Namun mereka itu juga kelihatan ralit dengan perasaan sendiri. Entahlah apa yang sedang difikirkan.

Tiba-tiba..

"Auchhhh!" Jerit mereka serentak.

Keenam-enam manusia itu terjatuh ke lantai setelah berlanggar sesama mereka. Masing-masing memegang dahi mereka yang sakit.

"Gajah mana pulak yang langgar aku ni?" Ain membuka mata untuk melihat kelibat yang Telah melanggarnya. Mungkin juga yang dilanggarnya.

"Duhaii, keras betul lah. Sakit dahi aku!" Adu Raz sambil melihat gerangan-gerangan yang telah melanggar mereka bertiga. Kelihatan tiga orang gadis cantik sedang duduk berhadapan mereka.

"Woi buta ker?!" Keras suara Rina bertanya. Sudahlah hati nya tengah bersedih tiba-tiba dilanggar pula.

Mereka semua kini telah berdiri menghadap antara satu sama lain. Ada riak marah di wajah mereka namun kesedihan itu masih ada di mata mereka. Tidak sampai beberapa saat, rak wajah mereka semua kelihatan berubah. Masing-masing menunjukkan riak wajah tenang.

"Err.." Ain tersipu-sipu malu apabila melihat wajah-wajah yang berdiri di hadapan mereka sekarang. Handsome gilerr siakk!! Sempat dirinya memuji kekacakan raut wajah lelaki-lelaki itu.

"Kami tak mahulah gaduh-gaduh. Kami minta maaf sebab dah langgar korang," ujar Aimin. Dia sebenarnya malas mahu bergaduh dengan sesiapa. Inikan pula dengan tiga gadis itu.

"Err..haa.. tak apalah." Balas Tasha, segan. Dia berpandangan dengan Rina dan Ain.

"Nak kemana?" Tiba-tiba Kimi menyoal.

"Cafe." Pendek jawapan Tasha. Riak mereka kembali sedih. Nampaknya mereka sudah ingat kembali tentang Alexa.

Raz, Kimi dan Aimin yang perasan akan perubahan wajah gadis-gadis dihadapan mereka itu berpandangan antara satu sama lain.

"Kalau tidak keberatan, marilah kita pergi beramai-ramai. Kebetulan kami juga hendak ke sana." Aimin cuba membetulkan keadaan yang agak kekok. Fikirnya, Tida salah mahu berkenalan.

"Okey." Tanpa menyoal terlebih dahulu, Ain, Rina dan Tasha terus memberikan persetujuan.

Mereka berenam kini melangkah bersama-sama ke Cafe hospital tersebut.


***********************


Aku rasa kan macam Tak logik pulak story aku Ni.

Ye ah, enam2 berlanggar , enam2 jatuh 😂 Tak munasabah. Tapi itulah. Saja nak jadikan cerita Ni gempak sikit even Tak langsung. 😂

BTW aku just nak buat diorg kenal je. Tapi tatau nak tulis macam Mana then dengan gelojohnya Dan serabutnya , terjadilah babak merepek seperti di atas. Yahhh , aku malas dah nak edit bagai. Taapelah, aku taip pun sebab nak isi Masa lapang aku je. 😂

Okeyh,shuh Sambung baca Sana.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now