29 🌸

406 35 2
                                    

Angin malam menampar tubuh Bruce perlahan. Cuaca pada malam itu agak sejuk dari kebiasaan. Dia mendongak kepalanya menghadap langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang. Wajahnya kini menunjukkan riak tidak puas hati.

Tangan kanannya diangkat lalu menunjukkan kearah langit. Asap hitam keluar dari tangannya lalu terbang ke langit. Sekelip mata bintang-bintang yang berkelipan hilang begitu sahaja. Ya, dia tidak suka melihat bintang-bintang itu terletak elok di atas langit. Jadi dia memutuskan untuk menjadikan langit gelap seakan-akan mahu hujan.

Bibirnya menguntum senyuman sinis. Keadaan dimana langit malam yang gelap tanpa sebarang cahaya bulan dan bintang begitu amat mengasyikkan. Dia amat menyukai keadaan seperti ini. Mungkin kelihatan gila di mata orang, tetapi itulah Bruce. Raja Kegelapan yang hatinya telah lama hitam tanpa sedikit pun perasaan.

Tiba-tiba bunyi derapan kaki seseorang bergema dibelakangnya. Terus mati senyumannya.

"Tuan..." Panggil pengikutnya yang bernama Jacob itu. Wajahnya tidak kelihatan disebalik kerudung hitam yang dipakainya. Dia menunduk hormat kepada tuannya.

"Bagaimana?" Tidak menunggu lama, pertanyaan terus dilayangkan. Bruce masih tidak menghadap pengikutnya itu. Badannya masih membelakangi Jacob.

"Kesemua Graxsoul yang telah diarahkan untuk membunuh gadis itu..telah mati kesemuanya." Ujar Jacob. Dia masih menunduk sambil kaki kirinya diletakkan ke lantai. kata-katanya itu ditujukan kepada makhluk-makhluk yang telah menyerang bumi itu. Atau dengan lebih tepat lagi, menyerang gadis yang bernama Alexa!

Tiada balasan dari Bruce. Dia kelihatan seperti terfikir-fikir. "Siapa..?" Tanya Bruce setelah selang beberapa minit. Pertanyaannya lebih tertumpu kepada 'siapa yang bunuh makhluk-makhluk aku tu?'

"Err..dia..dan kawan-kawan dia.." jawab Jacob. Dia menanti kata-kata Bruce dengan debaran hebat di hati.

Bruce mengangguk-angguk kan kepalanya perlahan. Dia berpusing menghadap Jacob. Tiada sebarang senyuman terhias di wajah lelaki itu. Mukanya ketat menahan amarah.

Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan sebelum berhenti betul-betul di hadapan Jacob. Kemudian dia mencekik leher Jacob dengan lembut lantas menariknya berdiri menghadapnya.

Jacob memandang takut-takut ke arah Bruce. Aura kegelapan mula dirasai. Jacob meneguk air liurnya perlahan. Lehernya yang seakan-akan ingin dicekik tiba-tiba dilepaskan oleh Bruce. Jacob menarik nafas lega.

"Jenis apa yang kau hantar?" Soal Bruce dingin. Mahu sahaja dia membunuh lelaki di hadapannya itu sekarang. Namun ditahannya.

"B..bi...biruu." kata Jacob tergagap.

Pang!

Berpusing 360 kepala Jacob apabila mendapat tamparan yang maha kuat di pipi kirinya.

Pang!

Sekali lagi berpusing kepalanya apabila pipi sebelah kanannya pula ditampar. Berbirat merah kedua pipinya akibat menerima tamparan itu. Darah merah keluar dari bibirnya. Mungkin kesan tamparan dari Bruce itu.

Dia mengesat darah dibibirnya. Jelas wajahnya mengatakan yang dia dalam kesakitan. Sudahlah tenaga yang dikeluarkan tuan nya itu agak kuat. Disalurkan pula kepada tangan yang telah menamparnya itu. Boleh tercabut kepalanya ditampar sedemikian. Nasib tamparan itu tidak menggunakan sepenuh tenaga.

"Tu.." tak sempat Jacob ingin berkata-kata, tumbukan maha kuat telah mengenai bawah dagunya. Terlambung tubuhnya ke atas kerana tidak dapat menahan serangan itu. Tumbukan demi tumbukan mengenai tubuhnya.

Sekali lagi tubuhnya dijadikan bahan melepaskan amarah tuannya. Namun dia tidak pernah sekalipun mengeluh walhal perasaan takut itu memang ada. Dia seakan redha dengan nasibnya. Habis lunyai tubuhnya di belasah oleh Bruce. Dia tidak dapat lagi berdiri kerana keadaannya yang tersangat teruk. Kelihatan seperti mayat hidup.

Ya, dia tahu. Memang salah dia kerana telah melepaskan Graxsoul tahap sederhana untuk turun ke bumi. Sepatutnya dia melepaskan yang bertanduk merah. Sebenarnya, dia memang sengaja melepaskan yang sederhana kerana dia takut sekiranya ramai orang yang bakal terkorban dengan serangan itu. Walaupun dia merupakan anak buah kepada Bruce tetapi dia tetap mempunyai sisi yang baik di hatinya.

Langsung dia tidak kesal dibelasah sedemikian rupa kerana sebelum ini telah banyak kali dia diperlakukan sebegitu.

Pukullah, tendanglah, tumbuklah sekuat manapun. Dirinya akan sentiasa bersama dan setia dengan lelaki bernama Bruce itu. Satu-satunya darah dagingnya yang masih hidup sehingga sekarang. Ya, dia adalah adik kepada lelaki yang hatinya telah hitam itu.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now