Alexa menggapai bantal peluk yang selalu dipeluknya seperti kebiasaan hari-hari nya. Namun sebaik bantal itu berada dalam pelukannya, dia berasa pelik.
"Asal bantal peluk aku keras je ni?" Di menepuk-nepuk perlahan bantalnya itu. Disebabkan tidak berpuas hati, dia menepuk dengan lebih kuat.
"Adoi! Sakitlah gilerrrr!!"
"Aik, bantal aku bercakap ke?" Soal Alexa masih tidak mencelikkan matanya.
"Bantal kepala mangkuk kamu. Ni abanglah!" Jerit Alex perlahan di pendengaran Alexa.
Terus segar mata Alexa sebaik sahaja suara Alex didengarinya.
"Aik, apa abang buat dalam bilik adik ni? Skodeng adik ke apa?" Alexa mengecilkan matanya sambil melihat ke arah Alex yang berbaring di sebelahnya.
"Ab.. eh?? Dalam bilik adik? Abang tidur dalam bilik abanglah. Masa bila pulak abang datang bilik adik? Ingat ni cerita bodoh-bodoh tu ke duk berjalan dalam tidur?" Bebel Alex.
"Tapi kan se.." kata-kata Alexa mati apabila seseorang menegur mereka secara tiba-tiba.
"Woi, diam sikit boleh tak? Aku nak tidur ni."
Alexa dan Alex berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing bangkit dari pembaringan mereka.
Jasad Raz yang berbaring di sebelah Alex dipandang mereka sekilas.
Sekeliling mereka diperhatikan. Wajah mereka terus bertukar cuak.
"What the.." Alexa menggosok gosok matanya untuk memastikan yang dia tidak bermimpi. Namun keadaan masih sama dan mereka tetap berada di situ.
"Raz, bangun Raz." Panggil Alex sambil menggoncang-ngoncangkan tubuh Raz.
"Eh, kacaulah." Adu Raz perlahan sambil menepis tangan Alex.
"Alexa nak cium kau!" Ujar Alex sedikit serius.
"Hah?!" Celik terus mata Raz. Wajah Alex dipandangnya sebelum kepalanya ditunjal ke belakang.
"Oooo, dengar je nama adik aku terus sedar Noh. Nak kena penampar betul kau nih." Alex bercekak pinggang sambil tajam memerhatikan Raz yang sedang tersenyum-senyum itu.
Raz terus bangkit dari pembaringannya sambil tangan kanannya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih.
"Haha, tipu rupanya. Ingat betul-betul tadi." Ujarnya sedikit perlahan namun masih jelas di dengari oleh Alex.
"Ceh, berangan! Cuba kau tengok sekeliling kau." Ujar Alex.
Raz terus meliarkan pandangannya ke serata arah.
"Wow, kita kat mana ni? Seingat aku semalam aku kat dalam bilik aku. Eleyh, mimpi je ni." Kata Raz. Kepalanya terangguk-angguk setuju dengan kata-kata nya.
PAP!
"Adoilah! Yang kau pergi tampar aku kenapa? Sakit siak!" Raz menolak bahu Alex perlahan sambil mempamerkan wajah marah.
"Tampar lah sebab nak sedarkan kau dari 'mimpi' kau ni. Ha, amacam. Tak sedar lagi ke dari 'mimpi' kau tu?" Soal Alex sambil menjeling Raz.
"Eh, yalah. Bukan mimpilah."
"Kita kat mana ni abang?" Sampuk Alexa tiba-tiba. Dia yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.
"Eh, Alexa pun ada?" Soal Raz sambil memandang wajah Alexa yang agak risau itu.
"Sebab tulah aku pelik. Kenapa kita bertiga boleh ada kat sini. Abang pun tak tau dik." Dia menggelengkan kepalanya sambil memandang Alexa.
Masing-masing mendiamkan diri mereka sambil mata tidak lepas memerhatikan sekeliling mereka yang kini mungkin berada di alam lain.
Keadaan yang berada disekeliling mereka kini penuh dengan bunga-bunga yang terdapat dalam berbagai jenis spesis dan warna.
Ya, kini mereka berada di sebuah tempat yang 100% hanya bunga-bungaan dan tiada langsung hidupan disitu!!
"Wow, cuba tengok matahari tu." Alexa menudingkan jarinya ke arah langit.
"Warna hijau siak! Langit pun warna pelangi." Ujar Raz terpegun.
Mereka mula berdiri.
"Dunia apa ini?" Monolog Alex.
"Dunia flora.."
Tersentak mereka apabila satu suara menjawab pertanyaan yang disuarakan Alex.
Pandangan mereka dikalihkan ke belakang tubuh mereka. Kelihatan seorang gadis berdiri tidak jauh dari mereka. Dia memakai gaun labuh hingga ke kaki berwarna putih.
Wajahnya yang familiar memeranjatkan Alex dan Alexa."Ratu Arland?!" Soal Alex dan Alexa serentak.
"Siapa?" Soal Raz pula memandangkan dia tidak tahu menahu tentang kewujudan si ratu.
"Selamat datang ke dunia flora wahai Alex, Alexa dan Raz."
"Rindunya kat ratu!" Kata Alexa lantas dia mendekati ratu Arland untuk memeluknya. Namun hampa apabila tubuhnya tidak dapat menyentuh tubuh ratu Arland. Tubuhnya menembusi jasad ratu Arland seakan-akan tubuh ratu Arland itu sekadar hologram sahaja.
"Ratu? Kenapa?" Alex juga cuba menggapai tubuh ratu Arland namun kejadian sama juga berlaku. Tangannya menembusi tubuh ratu Arland. Tak kurang juga Raz. Dia juga cuba mencuba nasib.
"Asal tak boleh sentuh?" Soalnya hairan. Wajah ratu Arland dipandang mereka meminta penjelasan.
"Pertama sekali biarkan beta perkenalkan diri beta dahulu untuk kamu Raz. Beta, ratu kerajaan Kristal di dunia fantasi, Ratu Arland. Waris kepada pencipta azuarium yang berada di tubuh kamu bertiga."
"Selamat berkenalan." Ujar Raz sambil tersenyum walaupun masih banyak persoalan yang hadir di fikirannya.
"Tubuh beta tidak berada disini sebab itulah kalian tidak dapat menyentuh beta." Terang ratu Arland dengan tenang
Mereka sekadar mengganggukkan kepala mereka tanda faham.
"Patutlah kami ada kat sini, ratu yang panggil rupanya." Ujar Alex. Dia menyilangkan tangannya memeluk tubuh.
"Kenapa kami ada kat sini?" Soal Raz pula.
"Kabus itu yang membawa kamu ke sini." Ujar ratu Arland dalam nada yang tenang. Wajah dihadapannya dipandangnya satu persatu.
"Kabus?" Soal Alex sambil berfikir. Tak lama selepas itu mereka berpandangan antara satu sama lain dengan ekspresi wajah yang sukar ditafsirkan.
"Korang pun mimpi ada kat atas gunung yang penuh salji ke?" Soal Raz sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Alex dan Alexa.
"Malangnya, Yes." Kata Alex. Dia dan Alex menganggukkan kepala mereka serentak.
"Itu bukan mimpi. Tapi realiti. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam rumah semestinya kamu perlu membuka pintu terlebih dahulu,bukan? Begitu juga dengan dunia ini. Kamu perlu melepasi kabus itu terlebih dahulu sebagai pintunya. Disebabkan itulah kamu berada disini. Maafkan beta kerana telah memaksa diri kamu untuk hadir kesini. Beta terpaksa melakukan sebegitu rupa." Terang ratu Arland sambil mengeluh berat.
"Tapi kenapa?" Soal Alexa hairan.
"Sebenarnya..
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.