Ain memerhatikan raut wajah Alexa yang agak pucat. Terpancar riak kesedihan di wajahnya. Perlahan-lahan air matanya mengalir di kelopak matanya.
Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang.
"Exa pasti tak suka kalau dia tahu kau lemah macam ni.." ujar seorang lagi sahabatnya. Wajah mereka juga jelas sedang menahan tangis.
Air mata diseka Ain perlahan. Mata merahnya memandang gerangan yang menegurnya itu. Wajah Rina dan Tasha mengisi pandangannya.
Dia menundukkan kepalanya memandang lantai mozek di bilik Alexa.
"Aku tak tahan.. aku tak mampu tengok Alexa terbaring tak berdaya macam ni.."ujar Ain sayu. Jemari alexa digenggamnya rapi.
"Ya, aku tahu. Tapi kau kena kuat. Kau, aku dan Rina kena kuat. Kau tengok Kimi dan Aimin. Ada diorang menangis macam kau? Takde, kan?" Kata Tasha sekadar ingin memberikan semangat kepada Ain walaupun kenyataannya dia juga tidak mampu menahan kesedihannya. Namun ditahannya agar dia tidak nampak lemah di tubir mata kawan-kawannya.
Ain mula sedar. Sedar bahawa bukan dia sahaja yang sedang bersedih sekarang. Tidak sepatutnya dia berkelakuan seperti itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
"Yeah, betul tu. Aku kena kuat." Ujar Ain semangat.
"Okey, kalau macam tu jom turun. Kau tak makan lagi kan? Aku ada beli spaghetti Carbonara. Favourite kau tu. Mesti kau suka punya." Kata Rina sekadar ingin menarik perhatian Ain. Bahu Ain dirangkulnya perlahan.
Ain tersenyum sebelum bangkit dari duduknya. "Diorang dah ada dekat bawah ke?"
Rina sekadar menganggguk perlahan.
Ain menoleh memandang wajah Alexa sebelum dia,Rina dan Tasha melangkah keluar dari bilik Alexa. Pintu bilik alexa ditutup tanpa sebarang bunyi.
*****************
Suasana di meja makan sunyi tanpa sebarang suara. Aimin dan Kimi keduanya senyap tidak bercakap. Masing-masing seperti sedang melayan perasaan.
Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga menyentak lamunan mereka. Kelibat Ain, Rina dan Tasha mengisi pandangan mereka.
Kerusi ditarik perlahan sebelum mereka melabuhkan punggung mereka ke kerusi. Senyuman palsu ditayangkan kepada Aimin dan Kimi.
"Makanlah." Ujar Rina sambil tersenyum hambar.
Hanya anggukan dibalas sebelum mereka masing-masing menjamu spaghetti yang terhidang di hadapan mereka. Kelihatan mereka masing-masing seperti langsung tidak berselera untuk makan.
"Macam mana keadaan diorang?" Soal Ain memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.
"Macam tulah.."jawab Aimin acuh tak acuh.
"Dah 2 minggu..diorang terbaring macam tu..apa yang berlaku kepada diorang sebenarnya?" Soal Rina agak sayu. Namun terselit tanda tanya dalam soalannya.
Wajah Aimin dan Kimi yang menunduk dikerling sekilas oleh Ain, Rina dan Tasha. Muncul persoalan di minda mereka bertiga.
"Korang berdua ada sembunyikan sesuatu ke dari kami?" Soal Tasha inginkan kepastian. Spaghetti yang terhidang di hadapan mereka langsung tidak dihiraukan lagi. Tumpuan mereka kini hanya pada Aimin dan Kimi.
"Nanti.. diorang sedarla.."ujar Kimi sepatah-sepatah. Dia masih menunduk. Tangannya menguis-nguis spaghetti yang berada dalam pinggan menggunakan garfu.
"Tapi korang macam sembunyikan sesuatu daripada kami!" Bentak Ain keras. Dia menepuk meja agak kuat sehingga garfu yang berada di tangan Aimin dan Kimi terlepas dari tangan mereka.
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.