24 🌸

431 36 0
                                    

Dinding halimunan yang telah memerangkap makhluk-makhluk itu mula kedengaran seperti diketuk, di hentak dan sebagainya. Seakan-akan makhluk-makhluk itu mula menyedari yang diri mereka terperangkap di dalamnya dan hanya mampu berada di kawasan itu sahaja.

Diluar dinding halimunan itu kini terdapat ribuan orang yang sedang datang untuk menyaksikan apa yang telah berlaku. Mereka cuba untuk masuk ke dalam namun dihalang oleh dinding halimunan itu. Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang telah diteleport oleh Raz untuk dialihkan ke luar.

Mereka yang tiba-tiba muncul telah menyebabkan orang ramai yang lain berkerumun dan membantu mereka. Pesakit-pesakit yang berada di situ telah diambil oleh hospital lain untuk dirawat. Polis, tentera dan sebagainya kini telah berada di situ untuk menenangkan orang ramai. Mereka telah mendapat aduan tentang kemunculan lubang hitam yang besar itu.

Sebentar tadi mereka telah dikejutkan apabila sesuatu yang banyak dan kelihatan aneh keluar dari lubang hitam besar di langit itu. Tapi mereka seakan bersyukur kerana makhluk-makhluk itu telah terkurung di dalam sesuatu yang tidak dapat mereka sahkan apa.

Sekarang apa yang dilihat dimata mereka, makhluk-makhluk itu sedang berusaha untuk keluar dari situ. Masing-masing berasa gusar. Takut sekiranya makhluk-makhluk itu mampu keluar.

**********************

Musnahkan portal itu, Alexa.

Alexa tersentak. Serasanya tadi ada suara yang mengarahkannya untuk memusnahkan lubang hitam besar itu.

"Jadi, itu portal. Tapi kau siapa?" Soal Alexa sambil kepalanya melangut memandang portal tersebut. Kelihatan makhluk-makhluk hodoh itu makim banyak keluar daripada portal itu.

Aku adalah kau dan kau adalah aku. Musnahkan cepat portal itu!

Tanpa membuang masa, sebuah portal muncul di bawah Alexa lantas menariknya masuk sehingga tubuhnya lenyap dari situ. Tubuh Alexa kini muncul terapung di bawah portal hitam itu. Tubuhnya dikelilingi pelindung halimunan. Maka makhluk-makhluk yang cuba menyerangnya akan mati apabila bersentuhan dengan pelindung itu.

Dia tidak menghiraukan makhluk-makhluk itu. Matanya ralit memandang portal hitam yang besar itu.

Tangannya didepakan ke kiri dan kanannya. Muncul cahaya putih pada keseluruhan tubuh Alexa. Dia bercahaya terang.

Cahaya yang terang menyilaukan mata semua orang. Mereka semua tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku. Namun tiada sesiapa pun yang punya jawapannya melainkan dia yang berada di atas sana. Ya, sebentar tadi mereka semua dapat menyaksikan kemunculan seorang manusia tepat dibawah lubang hitam yang besar itu. Manusia itu tiba-tiba mengeluarkan cahaya yang menyilaukan itu.

Alex dan Raz yang juga ternampak cahaya yang dikeluarkan Alexa itu terus mendapatkan satu sama lain. Makhluk-makhluk itu tidak lagi dihiraukan.

"Apa yang adik kau nak buat, Alex??" Raz yang telah berada di sebelah Alex memandang Alexa yang sedang bercahaya. Matanya langsung tidak terganggu akan cahaya yang menyilaukan. Begitu juga dengan Alex. Mereka mempunyai mata yang membuatkan mereka dapat melihat benda yang mustahil. Oleh sebab itu cahaya yang dikeluarkan Alexa masih tidak mampu menyilaukan mata mereka.

Pelindung halimunan kini muncul di sekeliling Alex dan Raz. Mereka masih berdiri tegak di tempat mereka.

"Kenapa kau buat pelindung ni?" Raz masih lagi bertanya kerana pertanyaan nya sebentar tadi masih lagi tiada jawapan. Dia sedikit bengang dengan Alex namun dibiarkan sahaja.

"Dia nak letupkan tempat ni." Ujar Alex sambil memandang Raz. "Kau nak mati ke kalau aku tak buat pelindung ni?" Kepala Raz disekehnya perlahan.

"Dui dui, asyik ketuk kepala aku je kau ni. Ingatkan lepas sedar akan berhati mulia rupanya-rupanya.." belum sempat Raz menghabiskan katanya, matanya terpandang lubang hitam besar di langit itu.

Alex juga kini mengalihkan pandangannya ke arah langit. Kelihatan lubang hitam itu mula membeku. Lama-kelamaan lubang hitam besar itu akhirnya membeku keseluruhannya.

Makhluk-makhluk hodoh itu pula semakin agresif apabila melihat portal mereka membeku. Mereka berusaha memecahkan pelindung yang telah mengunci mereka untuk keluar dari situ.

Perlahan-lahan pelindung itu mula retak. Semakin lama semakin besar retakannya sehingga pelindung itu kini terlihat jelas di mata semua orang. Pelindung itu kini bukan lagi halimunan. Semua orang mula berundur. Masing-masing berasa gelisah apabila retakan pelindung itu semakin besar.

Namun kerisauan mereka itu hanya seketika apabila pelindung itu mula menjadi seperti sediakala. Tiada lagi retakan. Nampaknya pelindung itu sangat kuat!

Tiba-tiba cahaya yang terang itu semakin menyilaukan mata semua orang. Tidak sampai beberapa saat kemudian, satu letupan berlaku di dalam pelindung halimunan itu. Asap berkepul-kepul memenuhi pelindung itu.


The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now