Malam mula melabuhkan tirainya. Bunyi cengkerik dan unggas menghiasai suasana yang sunyi. Pekedai-pekedai mula menutup gerai mereka. Namun, ada juga beberapa buah kedai yang masih lagi beroperasi sehingga larut malam.
Di satu lorong yang sunyi hanya disinari dengan cahaya lampu jalan, muncul kelibat seorang gadis. Jalannya terhuyung-hayang. langkahnya seperti orang yang mabuk. Semestinya dia baru pulang dari kelab malam yang berhampiran.
Tanpa gadis itu sedari, langkah nya diperhatikan. Diperhatikan oleh sesuatu dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.
Sepasang mata merah galak memerhatikan tubuh cantik sang dara. Air liur mengalir di bibirnya. Sepasang gigi taring jelas kelihatan. Senyuman sinis terukir. Dia duduk bertenggek di atas bangunan. Betul-betul di atas gadis tersebut.
Tubuhnya dijatuhkan ke bawah sebelum dia mendarat menggunakan kedua-dua belah kakinya yang tidak berkasut di hadapan gadis mabuk itu.
Tersentak gadis itu dibuatnya apabila seseorang muncul di hadapannya. Dia memandang ke langit kemudian menoleh kembali kepada gerangan di hadapannya.
"Jejaka turun dari langit?" Ujar gadis itu. Sungguh dia telah mabuk teruk! Pandangan matanya yang agak kabur mengehadkan matanya untuk mengenal pasti siapa yang berada di hadapannya. Fikirnya mungkin lelaki di hadapannya itu mahu menghantarnya pulang.
Langkah diatur perlahan mendekati lelaki di hadapannya. Terhuyung-hayang dia berjalan.
"U nak hantar I pulang,kan?" Soalnya tanpa segan silu. Lelaki di hadapannya itu sekadar mendiamkan diri. Mungkin segan dengannya. Beberapa tapak sahaja lagi dia akan sampai ke tempat lelaki itu berdiri.
"Aku akan hantar kau dengan 'selamat'." Ujar lelaki itu dengan suara garaunya. Tiba-tiba dia ketawa seperti mengilai.
Tersentak gadis itu dibuatnya. Kelibat dihadapannya diamati. Setelah pandangannya mulai normal, jelas di matanya sesuatu yang menyerupai manusia tetapi mempunyai bulu yang berwarna hitam di keseluruhan tubuhnya. Kuku tangan dan kakinya sangat panjang. Bermata merah galak memerhatikan setiap inci tubuhnya.
"Arhhhhhh!!" Setelah sedar akan bahaya yang bakal mendatang, dia mula membuka langkah untuk melarikan diri.
Namun baru beberapa langkah sahaja dia menapak, tubuhnya disambar sesuatu sehingga dia jatuh tertiarap di atas tanah.
"Jangan lariiiiii!" Ujar sesuatu itu yang kini sedang menindih tubuhnya dari arah belakang.
Serta-merta bulu roma nya naik. Seram dengan suasana dan kehadiran lelaki itu. Tubuhnya mula menggigil ketakutan.
"Le..lepa..lepaskan.. a.. aku.." gadis itu mula menangis ketakutan. Tubuh cuba digerakkan untuk bangkit. Namun tubuh yang menghempapnya itu seakan tidak akan melepaskan nya.
"Darah segar.." ujar lelaki itu sambil mukanya menghidu di leher gadis itu. Air liurnya jatuh mengenai tubuh gadis itu.
Semakin kuat tangisan gadis itu. Rontaannya langsung tidak membebaskan dirinya daripada Lelaki itu.
Disebabkan hari yang sudah larut malam, jalan itu tidak dilalui oleh sesiapa. Ramai penduduk yang telah masuk ke alam mimpi. Maka, gadis itu hanya mampu berserah. Air mata makin laju mengalir.
Lehernya tiba-tiba terasa dicucuk sesuatu dari arah belakang. Kesakitan mula dirasai. Jeritannya berkumandang nyaring namun masih tidak berjaya mengejutkan sesiapa pun untuk menyelamatkan dirinya.
Semakin lama semakin pucat tubuh gadis itu. Badannya mula membiru. Akhirnya suaranya hilang. Jeritan seorang gadis kini tidak lagi kedengaran setelah maut mendatang.
Darah dihisap sehingga kering. Tubuh yang tidak bernyawa itu ditinggalkan nya begitu sahaja. Masakan dia harus membantu mengebumikan mayat gadis yang baru sahaja dijadikan makanannya itu.
Tubuhnya mulai menghilang. Menghilang di sebalik kabus malam yang dingin.
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.