Raz duduk di gazebo di luar rumah agam milik Alex dengan perasaan yang cemas. Cemas sekiranya dia yang dinantikan tidak kunjung tiba. Sudahlah dia telah bertaruh bersama Aimin dan Kimi. Sekiranya Alexa tidak sudi keluar date dengannya, maka dia perlu merendam tubuhnya di dalam tasik berhadapan dengan rumah Alex selama 5 jam pada waktu malam.
Dia mengerling jarum jam di tangannya. Lagi 2 minit sebelum pukul 5.
"Jangan lah tak datang Alexa. Please Alexa. Tolonglah datang." Raz bermonolog sendirian. Tanpa dia sedari, sekujur tubuh telah hampir 2 minit berdiri di belakangnya. Segala bebelannya sebentar tadi segalanya telah didengari oleh si dia.
Disebabkan tidak tahan mendengar bebelan Raz, terus terhambur tawa Alexa. Dia ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya. Tak dia sangka Raz yang sado dan selalu control macho itu serupa mak nenek sahaja bila membebel.
Raz yang terkejut mendengar tawa seseorang dibelakangnya pantas berpusing ke belakang. Wajah Alexa menyapa pandangannya.
Diri Alexa dari atas sehingga ke bawah diperhatinya sekilas. Rambut panjangnya yang disanggul ,Baju kemeja berwarna putih kosong hanya terdapat satu corak bunga mawar berwarna biru di bahagian dada belah kiri baju dimasukkan ke dalam kain, kain kembang yang berwarna biru laut, kasut sport berwarna putih. Eh, kasut sport? Why?
Berkerut wajah Raz memandang kasut yang dipakai oleh Alexa.
"Seriously? Kasut sport?" Soal Raz.
"Why? Salah ke? Aq dh pakai ayu dah ni. Takkan lah nak kena pakai heel pulak? Macam mana nanti kalau ada orang serang kita? Better aku pakai kasut ni. Senang nak menendang." Kata Alexa sambil tersengih.
Raz sekadar menggelengkan kepalanya. Sempat dia menghembuskan nafas lega kerana Alexa tiba diwaktu yang tepat. Syukur dia tidak perlu bersejuk di dalam tasik malam nanti hahaha.
Oh, ya! Raz memakai baju kemeja berwarna putih. Namun tidak dibutangkan kerana disebalik baju kemeja itu pula terdapat t-shirt biasa yang berwarna biru laut. Lengan kemejanya pula di lipat sehingga ke siku. Dia memakai seluar jeans hitam dipadankan dengan kasut sport. Ceh, kata Alexa konon dia pun pakai kasut sport 🤢
***************
Bruce memandang orang suruhan yang berdiri di hadapannya dengan pandangan tajam. Tidak pernah sesekali dia memberikan senyuman kepada mereka. Yalah, dia kan jahat ofcourselah dia perlu memainkan watak yang agak jahat. By the way, orang-orang suruhan nya itu sedikit gugup kerana dipandang oleh ketua mereka itu dengan pandangan yang agak menakutkan itu. Masing-masing menundukkan kepala.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan percikan darah yang terkena wajah mereka. Kepala yang tertunduk terus terangkat. Tawa Bruce yang meledak menghairan kan mereka. Dari mana datangnya darah itu? Takde tempat lain ke nak landing selain daripada muka kitorang yang kacak ni? Yang si Bruce ni dah kenapa? Ketawa macam nak gila.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Eh, kejap!? 1.. 2.. 3.. 4.. 5.. eh? Bukan kitorang datang berenam ke tadi? Takkan lah..darah tadi? Perlahan-lahan mata mereka terarah ke lantai dimana berdirinya sang ke enam. Terteguk air liur mereka apabila mendapati kawan mereka itu telah terputus dua. Kini fahamlah mereka dari mana datangnya darah itu tadi. Terus pandangan dihalakan ke hadapan memerhatikan sang ketua yang masih ketawa tak sedar diri itu.
"Aku nak.. bermain.." ujar Bruce setelah menghabiskan tawanya. Dia mengelap hujung matanya menggunakan jarinya.
"Ma..maksud tuan?"soal salah seorang daripada mereka.
"Aku cakap aku nak bermain!!" Bruce menghentakkan kedua-dua lengannya kuat di singgah sananya. Bergegar kawasan itu akibat hentakan itu. Tempat yang dihentak Bruce itu hancur berkecai menjadi serpihan tanah yang halus.
Disebabkan ketakutan, mereka yang berdiri di hadapannya terus melutut. Kepala ditundukkan memandang lantai. Ada di antara mereka yang hampir terkucil kerana terkejut.
"Ampun, tuan!" Ujar kesemua mereka agak lantang.
Bruce yang melihat mereka dalam ketakutan ketawa semakin lantang.
"Apa maksud Tuan dengan bermain?" Ujar salah seorang dari mereka agak berani. Terus terhenti tawa Bruce. Dia yang bertanya mula meneguk liur. Salah cakap kah dia?
Disebabkan terlalu lama menunggu sang ketua menjawab, si dia yang bertanya mula mengangkat kepala memandang ke depan.
Hampir luruh jantungnya apabila melihat Bruce kini berdiri betul-betul di hadapannya dengan pandangan membunuh.
"Tu..tuan..?" Soalnya agak terketar-ketar.
Bruce memberikan senyuman sinis. "Kau nak tahukan maksud 'bermain'? Sini aku tunjukkan."
Belum sempat dia membalas, jantung nya seperti dicucuk benda tajam. Segera tangannya dibawa memegang benda yang mencucuk jantungnya. Matanya terlopong apabila melihat tangan ketuanya yang menusuk dirinya. Wajahnya dibawa memandang wajah Bruce yang berada betul-betul di hadapan matanya.
"Ke..kena.." belum sempat dia bertanya, kepala nya dipenggal bruce menggunakan pedang miliknya. Darah merah terpancar keluar mengenai wajah Bruce. Bruce tersenyum sinis sebelum pandangannya jatuh ke wajah pengikut-pengikut nya yang lain.
"Dapatkan budak tu atau nasib korang akan jadi seperti dia." Ujar Bruce sebelum menghilangkan diri. Dia sebenarnya sedang berada dalam keadaan marah kerana Slenderman yang dipercayainya telah mati dibunuh Alexa.
Fikirnya slenderman akan membawa Alexa kepadanya namun sangkaannya meleset apabila berita kematian slenderman menyapa telinganya. Mereka yang dihantar nya lemah-lemah!
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.