Suasana yang sunyi menyebabkan matanya terbuka. Fikirannya penuh dengan tanda tanya. Kebiasaannya ketika dia membuka mata, bunyi suara pengawal-pengawal dan dayang-dayangnya membuat kerja nyaring kedengaran di telinganya. Sudah menjadi tabiatnya mendengar gelak ketawa mereka kerana semua itu akan menggembirakan hari-hari yang bakal dilaluinya.
Resah mula bertandang. Satu bunyi pun tidak lagi kedengaran melainkan bunyi burung-burung berkicauan. Pagi ini terasa agak mendap dan murung. Mengapa?
Perlahan-lahan dia bangkit dari baringnya. Pijama disarungkan menutupi tubuhnya yang sekadar memakai pakaian tidur separas paha.
Perlahan-lahan kakinya menghampiri jendela di bilik beradunya. Tingkap ditolaknya perlahan.
Kaku tubuhnya apabila pemandangan disebalik jendela itu menjamah pandangannya. Warna merah menghiasi suasana.
"Dave!!! David!!!"
Panggilnya nyaring namun panggilannya tidak bersambut.
Kelihatan pengawal-pengawal nya berdiri kaku di halaman istananya. Kesemuanya langsung tidak bergerak. Ya, mereka telah berubah menjadi batu! Batu yang berwarna hitam namun masih berupa seperti manusia yang masih bernyawa. Kelihatan darah-darah segar mengalir di badan mereka yang telah bertukar menjadi batu.
Langkah mula diatur laju keluar dari bilik. Di sepanjang laluan untuk ke luar dari istana, dia dapat melihat darah di merata-rata tempat dan patung manusia di setiap arah. Hanya air mata yang mengalir apabila melihat dayang-dayang dan pekerja-pekerja nya menjadi batu.
Tubuh kaku Dave dan David didekatinya. Kedua-dua tapak tangannya dihalakan ke arah mereka.
Matanya dipejamkan beberapa saat sebelum matanya menyala cerah berwarna biru. Cahaya berwarna biru turut keluar dari tapak tangannya lalu meluru ke arah Dave dan David.
Sebaik sahaja mengenai tubuh mereka, tiada apa pun yang berlaku. Tak menyerah kalah, dia melakukan perkara yang sama berulang kali. Air mata semakin lebat mengalir.
"Kemana kesaktian beta?? Tukarkan pengawal-pengawal beta semula kepada sediakala!!" Jeritnya nyaring.
"Menyerah sahajalah wahai ratu Arland kesayanganku."
Tersentak Arland apabila mendengar suara seseorang menyapanya. Terus tubuh dikalih menghadap sang jejaka. Air matanya sekadar dibiarkan mengalir.
"Kau??! Beta sudah agak ini angkara kau!" Kata ratu Arland nyaring memecahkan suasana yang sunyi. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah Bruce. Semakin lebat mutiara-mutiara jernih mengalir di pipinya.
"Well, angkara siapa lagi kalau bukan aku?" Bruce berjalan mendekati ratu Arland sambil ketawa sinis kerana bangga telah hampir berjaya menjatuhkan kerajaan Kristal.
"Inikah kerajaan Kristal yang dikatakan terlalu ampuh itu? Habis kenapa aku mampu untuk menghancurkan kamu semua? Hahaha. Aku tahu sebab apa. Kerana kau.. lemah!" Sekali lagi Bruce ketawa besar. Dia kini berdiri di belakang ratu Arland.
"Dulu, aku tak berjaya untuk menjejakkan kaki ke sini. Namun sekarang aku berjaya! Hahaha! Aku bakal jadikan kerajaan ini seperti kerajaan-kerajaan lain! Binasalah kau Arland!" Bruce mendepakan kedua-dua belah tangannya ke udara sambil ketawa.
Terpejam mata ratu Arland mendengar kata-kata sang syaitan itu.
Ya, gagal. Dia gagal. Gagal untuk melindungi kerajaannya sendiri. Kenapa? Kenapa dia tidak sedar akan kedatangan Bruce? Kenapa tega dia membiarkan rakyat-rakyat nya menjadi batu? Sedangkan dia lena diulit mimpi.
"Mesti kau terfikir kenapa kau langsung tidak menyedari kedatangan aku, kan?"
Terus terbuka mata ratu Arland apabila mendengar kata-kata Bruce. Pandangannya dibawa menghadap Bruce. Berkerut-kerut wajahnya seperti memikirkan sesuatu.
"Pelik? Hahaha. Sebenarnya pengawal kau sendiri yang belot kepada kau. Aku sekadar menyuruhnya untuk meletakkan ubat tidur di dalam minuman kau serta berjanji tidak akan membunuhnya. Namun, aku tak sampai hati untuk membiarkan dia hidup keseorangan. Jadi, aku bunuh dia." Bruce tersenyum keriangan umpama cerita yang dikatakannya itu merupakan khabar gembira untuk Arland.
"Kau yang mengugutnya! Dia tidak belot kepada aku!!"
Disebabkan terlalu marah, mata ratu Arland mula bercahaya berwarna merah. Angin mula kencang menerbangkan segala benda. Berterbangan rambut ratu Arland ditiup angin.
"Hahaha! Kau takkan mampu mengalahkan aku Arland! Kau lemah! Hahaha." Bruce masih lagi mendepakan tangannya ke udara sambil ketawa sinis. Badannya tiba-tiba dikelilingi oleh asap hitam yang tebal. Sejurus itu dia hilang dibawa asap hitam itu.
"Kemana kau menghilang Bruce! Kau tak boleh lari dari aku! Aku akan pastikan kau mati hari ini! Aku akan tamatkan riwayat kau!" Jerit ratu Arland. Tubuhnya mula terapung di udara. Di kedua-dua belah tapak tangannya muncul bebola berwarna merah berapi.
"Aku akan mendapatkan Azuarium!" Suara Bruce terlontar dari setiap arah namun tubuhnya langsung tidak kelihatan
"Keluar kau Bruce! Jangan kau menjadi pengecut!" Bebola api di tangannya mula dilontarkan ke setiap arah tanpa tujuan. Rasa marah semakin menguasai diri Arland.
"Aku bakal menjadi pemerintah kepada dunia ini selepas Azuarium itu menjadi milik aku!!" Sekali lagi suara Bruce kedengaran disusuli dengan tawanya.
"Kau tidak akan pernah mendapatkan Azuarium itu!"
"Tidak!! Azuarium itu milik aku! Milik aku!!! Selamanya milik aku!! Aku akan dapatkan kedua-duanya sekali gus!!" Semakin kuat suara yang dilontarkan Bruce.
Kata-kata Bruce itu berjaya membuat pergerakan ratu Arland terhenti.
"Kau.."
"Terkejut? Kenapa? Tidak percaya aku telah mengetahui tentang kewujudan satu lagi Azuarium itu??"
Tubuh ratu Arland yang terapung di udara kembali turun ke tanah. Bebola api di tangannya mula menghilang sekaligus lesap. Matanya tidak lagi bercahaya. Dia kembali seperti sediakala.
"Macam mana kau tahu??" Matanya kini memandang setiap arah kerana tidak tahu dimana keberadaan Bruce.
"Kau lupa? Kau sendiri yang memberitahu kepada orang suruhan aku."
Berkerut dahi ratu Arland mendengar kata-kata Bruce.
"Mustahil! Jangan kau menipu aku!"
"Hahahahaha! Tega kah kau melupakan sang burung yang berwarna cantik itu? Arland, Arland. Kau terlalu mempercayai haiwan!"
Ratu Arland seperti terfikirkan sesuatu.
"Burung berwarna cantik..?"
Tiba-tiba dirinya seperti mengingati sesuatu.
"Kau bodoh, Arland! Bodoh! Hahahaha hahaha!"
Jatuh terduduk ratu Arland disitu. Tidak dia sangka rahsia yang disimpan beribu tahun itu akhirnya terbongkar kerana dirinya. Kerana kebodohan dirinya sendiri sehingga menyebabkan kerajaan nya menjadi galang gantinya.
"Kau gagal menyimpan amanah ayahanda. Kau gagal lindungi kerajaan kau. Kau.. kau bodoh!!" Katanya kepada dirinya sendiri. Air mata kembali mengalir di pipinya dengan lebat. Kepalanya tunduk memandang lantai. Teresak-esak dia menangis memikirkan keterlanjuran kata nya kepada burung itu.
Bruce tiba-tiba memunculkan dirinya dihadapan ratu Arland. Dia tunduk memandang Arland yang masih menangisi dirinya. Tersungging senyuman sinis di pipi Bruce. Kemudian dia duduk bertinggung di hadapan arland.
"Walau apapun aku tetap juga perlu berterima kasih kepada kau." Tangan kanannya dilunjurkan kepada ratu Arland.
"Ada kata-kata terakhir?" Soalnya kepada ratu Arland.
Ratu Arland mengangkat kepalanya memandang Bruce. Jarak mereka sekarang hanyalah beberapa inci. Terpamer kebencian melalui pandangan matanya.
"Mereka akan tegakkan kebenaran. Kebaikan akan sentiasa mendahului kejahatan! Kebaikan akan sentiasa menang! Takdir akan mempermainkan kau!" Jerit Arland nyaring sebelum tubuhnya tiba-tiba menjadi kaku seperti patung.
"Namun sekarang kejahatan yang mendahului kebaikan. Takdir menyebelahi aku."
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.