Langkah diatur selaju mungkin ke arah pintu masuk hospital. Apa yang difikirkan nya sekarang hanyalah tentang keselamatan warga hospital tersebut. Terlalu ramai nyawa yang dipertaruhkan. Dia tidak mahu sesiapa pun yang terkorban dalam perkara ini.
Namun langkahnya terhenti secara tiba-tiba apabila melihat sesuatu yang terlalu banyak keluar daripada lubang hitam yang besar di dada langit itu. Dia cuba menggunakan penglihatannya yang tajam untuk mengamati apakah benda itu. Ketika itu, angin bertiup dengan sangat kencang sehingga menerbangkan rambutnya yang tidak diikat rapi.
Kepalanya mendongak ke langit. Matanya tiba-tiba bertukar ke warna oren. Tanpa sesiapa sedar, dia telah mengaktifkan pelindung bulatan di sekeliling kawasan hospital sehingga ke pintu hospital yang terakhir. Bulatan hitam yang besar itu juga turut berada di dalam pelindung bulatan nya.
"Nampaknya hospital ini akan musnah." Ujar Alexa. Namun bukan itu yang dikesahkannya. Apa yang difikirkan nya sekarang hanyalah keselamatan manusia di situ.
Alexa kembali mengatur langkah berlari bertentangan dengan angin kencang. Sedikit pun dia tidak tertolak dengan tolakan angin itu. Namun langkahnya terhenti tiba-tiba apabila melihat tubuh semua orang kini dikelilingi dengan cahaya. Lama kelamaan tubuh mereka semua hilang serentak dengan cahaya tersebut. Dia tersenyum kecil.
Bushhh!
Debushhh!!
Buhshhhjj!!
Bunyi tanah dihempap sesuatu kedengaran. Bergegar kawasan tersebut dibuatnya. Alexa cuba mengimbangi dirinya. Dia memandang sekeliling. Perasaan takut mula terbit pada dirinya. Asap hitam tebal mengelilingi keadaan.
Asap ni..
Goarrrrrr !
Alexa mengalihkan pandangannya ke arah bunyi yang didengarinya. Bunyi tersebut betul-betul berada di belakangnya. Sesaat dia kaku. Sesuatu yang berdiri di belakang nya kelihatan seperti bernyawa sedang merenungnya dengan mata merahnya.
Air liur ditelannya. Makhluk yang berada di hadapan nya itu kelihatan seperti manusia yang seluruh tubuhnya bersisik berwarna hitam. Tubuhnya juga kelihatan lebih besar daripada manusia. Kepalanya bertanduk tiga, bermata merah dan gigi yang besar dan panjang yang kelihatan sangat tajam. Makhluk itu juga mempunyai kuku yang sangat tajam.
Kelihatan makhluk seperti itu berada di merata-rata tempat. Semuanya mereka datang daripada lubang hitam yang besar di langit itu.
Tidak sampai beberapa saat, makhluk-makhluk itu mula mengganas. Banyak tempat dimusnahkan.
Alexa mula berang apabila melihat kemusnahan didepan matanya sendiri. Matanya bertukar merah menandakan dia sedang marah.
Tidak semena-mena,makhluk dihadapannya mula menyasarkannya. Kuku tajam di angkat tinggi ke udara lalu dihalakan ke arah Alexa. Hayunannya yang agak laju tiba-tiba terhenti. Tangannya yang digunakan untuk menyerang Alexa itu telah terputus dua.
Tanpa sempat makhluk itu berbuat apa-apa, sesuatu yang tajam melibas tubuhnya sehingga terbelah dua. Makhluk itu mati begitu sahaja.
Alexa yang kini sedang memegang sebilah pedang mula menyerang dan membunuh makhluk-makhluk itu seekor demi seekor tanpa belas kasihan.
*************************
"Lari semua! Selamatkan diri!!" Jerit Alex lantang kepada semua orang. Namun semua yang berada di situ sekadar mengendahkan kata-kata nya. Mereka masih memerhatikan lubang besar yang muncul di atas hospital itu. ada juga diantara mereka yang mengambil gambar dan merakam. Mereka seakan tidak langsung menyedari tentang bahaya yang telah mendatang.
"Alex? Asal diorang macam tak kesah je?" Raz bingung dengan segala yang berlaku.
"Aku.." tak sempat menghabiskan kata-katanya, dia terpandang sesuatu yang mula keluar dari pada lubang hitam itu. Sesuatu yang menyerupai makhluk yang pelik. "Mereka dah turun."
Raz, Kimi dan Aimin segera memandang ke arah langit. Mereka seakan terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Kelihatan banyak makhluk yang aneh keluar dari pada lubang itu. Semuanya sekarang seakan sedang meluru ke arah mereka.
"Aku akan teleport kan semua mereka ke tempat selamat." Ujar Raz setelah menyedari bahaya yang kian mendatang. Sejurus dia melutut dengan sebelah lutut di letakkan ke lantai. Tapak tangan kanannya diletakkan ke atas lantai. Matanya tiba-tiba bertukar putih. Cahaya putih keluar dari tubuhnya mengenai semua orang yang dikesannya. Sejurus mereka semua yang dikelilingi cahaya putih itu terus menghilang. Matanya kembali berwarna hitam semula.
"Bagus, Raz." Alex memuji Raz yang nyata mempunyai kekuatan yang istimewa itu. Sekarang hanya tinggal mereka berdua sahaja kerana Kimi dan Aimin juga telah dipindahkan keluar. Ini kerana hanya mereka berdua yang agak istimewa dikalangan mereka berempat.
Bunyi sesuatu jatuh menghempas tanah mula kedengaran di serata tempat. Asap tebal mula kelihatan di merata-rata.
Ditangan kanan Alex kini muncul sebilah pedang biru. Begitu juga dengan Raz. Sebilah pedang berwarna hijau juga muncul di tangan nya.
"Pergi dan... Jangan mati." Ujar Alex kepada Raz sebelum berlari kehadapan mula menumpaskan musuh. Raz tersenyum lantas segera menyertai Alex.
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.