5 🌸

726 50 2
                                    

Di suatu tempat yang lain, kelihatan seseorang lelaki sedang duduk selesa diatas sofa di kediamannya.

Dia termenung memandang siling yang berwarna putih dengan pandangan yang penuh dengan kekejaman.

"Azuarium.." sebut lelaki itu, perlahan.

Tiba-tiba muncul kepulan asap berkepul-kepul tidak jauh dihadapannya. Dia sekadar memandang sepi asap tersebut. Seakan tidak berminat. Selang beberapa saat, muncul seseorang yang berkerudung hitam di sebalik asap tebal itu sebelum dia melutut di hadapan lelaki itu.

"Maaf mengganggu,tuan." Ujar lelaki tersebut sebelum bangun apabila disuruh oleh tuannya itu untuk bangun.

"Ada apa kau kemari ?" Lelaki tadi kelihatan seakan tidak berminat untuk bersemuka dengan pengikutnya itu. Mungkin baginya hanya khabar berita yang tidak penting akan disampaikan oleh pengikut setia nya itu.

"Aku datang menyampaikan berita tentang Azuarium, tuan."

Sejurus mendengar perkataan Azuarium disebut oleh orangnya itu, automatik badannya tegak 90 darjah. Dia memandang lelaki itu dengan perasaan yang tidak sabar seakan-akan perkara tersebut tersangat penting melebihi nyawanya.

"Apa yang kau jumpa melalui hasil siasatan kau?"

Lelaki itu membetulkan duduknya ,tidak sabar untuk mendengar berita yang bakal disampaikan pengikut nya itu. Selama ini hanya berita yang yang tidak berkaitan dengan Azuarium. Disebabkan itulah dia seperti kurang berminat sebentar tadi untuk mendengar berita yang disampaikan pengikutnya itu.

"Aku telah dapat menjejaki permata itu, tuan. Permata tersebut kini ada bersama dengan seorang gadis biasa. Namun.. err..tidak diketahui dimana dia menyembunyikan permata tersebut." Terang lelaki itu. Ada perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Apaa???" Lantang lelaki digelar Tuan itu menjerit. Dia bengang apabila khabar yang disampaikan kepadanya hanya setengah jalan. Perasaan amarah mula menguasai diri.

Perasan akan perubahan sikap tuannya itu, lelaki berkerudung itu mengundur beberapa langkah kebelakang. Dia berasa takut untuk bersuara. Amarah tuannya tidak boleh dibuat main kalau tidak maut lah jawabnya.

"A..aku..d..dah..cu..cuba.. cari..ta..pi..tiada..ja..jawapannya.." ujar lelaki berkerudung gagap. Dia cuba juga untuk membela dirinya.

"Tak guna kau!! Aku tak suka berita yang tidak punyai pangkal hujung nya!" Serentak dengan itu tubuh lelaki berkerudung itu tercampak kuat ke dinding rumahnya. Habis hancur dinding itu akibat hempasan yang agak kuat.

Nampaknya lelaki itu bukanlah calang-calang orang sehingga dengan hanya satu tumbukan sahaja sudah mampu untuk menghancurkan.

Lelaki berkerudung itu berusaha untuk bangkit semula. Dia merasakan sakit di seluruh badannya. Mungkin tulang belakang yang retak kerana hempasan yang agak kuat tadi. Darah menitis keluar dari hujung bibirnya akibat ditumbuk oleh tuannya itu.

"Tu..tuan.." panggil lelaki berkerudung itu cuba untuk menyampaikan sesuatu.

Tiba-tiba, sekali lagi tuannya itu cuba untuk menyerangnya menggunakan kakinya. Dia ingin menendang pengikutnya itu kerana terlalu marah.

"Aku tahu dia dimana! "

Sebelum sempat kakinya mengenai batang tubuh pengikutnya itu, sebaris ayat telah dilontarkan oleh pengikut nya itu sehingga memberhentikan tindakannya.

Dia kembali berdiri seperti biasa. Amarahnya juga kelihatan telah surut.

"Kenapa dari awal lagi kau tidak beritahu kepada aku? Tidak perlu bersusah payah aku marahkan kau begini," ujarnya tanpa sedikit pun rasa bersalah sejurus terus duduk kembali di sofa.

Dia sekadar melihat pengikutnya itu dalam kesakitan. Tiada sedikit pun rasa kasihan terselit di hatinya. Sungguh hatinya telah sepenuhnya hitam!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now