61 🌸

201 22 1
                                    

"Hey, Raz. Boleh saya nak tanya sesuatu?" Soal Alexa sambil tersenyum. Tangan kanannya kini bertaut rapat dalam genggaman tangan Raz.

Setelah selesai sesi meluahkan perasaan sebentar tadi, mereka kembali duduk di kerusi dan meja makan yang disediakan. Bukan apa, katanya mahu menghayati keindahan malam.

"Ofcourse, dear. Nak tanya apa je?" Soal Raz agak lembut. Kini dia merasa lega kerana Alexa juga menyukai dirinya. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Dah lama dah saya pendam sebenarnya. Tengah tunggu masa je nak hamburkan ni."

Kata-kata Alexa menyebabkan mereka berdua ketawa. Lawak ke? 🙄

"Haha..err..sebenarnya kan, saya just nak tahu je.. macam mana awak, abang ,Kimi dan Aimin bole berkawan ya? Bukan apa ..saya just nak tahu je. Yalah kan, Aimin dan Kimi tu saya tahu memang sahabat abang dari sekolah menengah lagi even tak pernah jumpa dengan saya. Tapi awak abang kata.."

"Alex yang jumpa aku.."

"Eh, kejap. Abang dah pernah cerita haritu macam mana dia boleh terjumpa dengan awak. Tapi separuh jelaa.." ujar Alexa. "Dia kata dia terjumpa awak dekat belakang lorong lepastu dia bawak awak balik. Sampai situ je and then dia blah. Dia tu memang saja tak nak cerita dekat saya lebih-lebih. Entah apa masalah dia tak tahulah."

Raz tergelak kecil mendengar leteran Alexa. Pandangannya kini kelihatan sayu.

"Biar aku sambung cerita.."

****************

Flashback

Satu pintu cahaya tiba-tiba muncul di dinding apartment mereka menyebabkan Aimin dan Kimi yang sedang bermain dam haji terkejut. Nasib baik tidak terjerit kang malu tujuh keturunan.

Kelibat Alex muncul di sebalik pintu itu bersama dengan seorang lelaki yang didukungnya dibelakang. Sebaik sahaja Alex melepasi, pintu dimensi itu terus hilang.

Aimin yang seakan memahami Alex terus bangkit dari duduknya lalu memberikan Alex ruang untuk meletakkan lelaki yang didukungnya itu secara baring di sofa panjang.

"Siapa ni?" Soal Aimin seraya mendekati lelaki itu. Nadi dan deyutan jantung lelaki itu diperiksa nya. Habis satu tubuh itu ditelitinya.

"Kau belasah dia ke? Aku dapat rasa tubuh dia dipenuhi luka yang amat teruk. Tapi luka tu dah sembuh. Just tinggal darah." Ujar Aimin. Matanya menatap raut wajah lelaki itu.

Sebenarnya, kalau reader nak tahu, Aimin merupakan seorang doktor pakar jantung. Walaupun masih muda dia telah berjaya sehingga ke tahap itu. Disebabkan keistimewaan dia itulah, dia rapat bersama Alex yang juga istimewa itu. Namun dia takderlah ada kekuatan istimewa macam Alex tu. Dia just pandai .. 😌 lagipun dia telah mempunyai sebuah hospital miliknya sendiri.

"Aku jumpa dia." Ujar Alex lalu terus menceritakan dari A sehingga Z tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Aimin dan Kimi sekadar menganggukkan kepala tanda faham. Bila Alex mengatakan bahawa lelaki itu telah mati, terus kepala Alex dicekup oleh Kimi.

"Kalau dia dah mati, jadi siapa yang tengah bernafas kat depan kita sekarang ni??!" Soal Kimi agak tinggi not nya.

Alex sekadar mendiamkan diri beberapa minit. Dia menundukkan kepalanya. Tiba-tiba setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipinya.

Kimi dan Aimin yang melihat tercengang. Mereka berpandangan seketika. Bukan senang ingin melihat Alex menangis. Dulu, sewaktu ibu bapanya meninggal. Selepas itu sewaktu dia terlalu rindukan adiknya. Dan sekarang.. apa yang menyebabkan dia menangis???

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now