73 🌸

174 18 0
                                    

Tubuh Alex berada 4 meter tidak jauh daripada lubang besar yang menelan semua benda itu. Semakin lama sedutannya semakin rancak. Putarannya semakin laju sehingga memeningkan kepala Alex.

Namun tenaganya masih kuat untuk dia mengalah. Dia tekad, dia perlu hidup untuk berjuang bersama-sama Alexa dan Raz dalam perang yang bakal berlaku tak lama lagi.

"Masih terlalu awal untuk aku menyerah!" Ujarnya sebagai kata semangat buat dirinya sendiri.

"Wind!!" Jerit Alex lantas angin kencang muncul dari belakangnya lalu menolak tubuhnya ke hadapan.

Semakin lama tubuhnya semakin ke hadapan. Namun angin yang terhasil daripada lubang besar itu juga semakin lama semakin mengganas. Tubuhnya sekejap-sekejap ke hadapan dan sekejap-sekejap ke belakang semula.

"Alex!" Jeritan seseorang memecahkan deria pendengarannya. Seorang lelaki dilihat datang menghampirinya. Terbuntang biji matanya apabila mengenal pasti gerangan yang datang menegurnya itu.

"Apa kau buat kat sini?! Pergi sebelum lubang tu sedut kau!" Lantang Alex bersuara cuba menghalau Raz keluar daripada kawasan itu. Namun fokusnya masih tidak terlepas daripada lubang besar itu agar dirinya tidak tersedut masuk ke dalam.

Raz tidak membalas sebaliknya dia berhenti tidak jauh dari Alex. Lalu matanya dipejamkan sebelum keluar sesuatu daripada lantai tempat dia berpijak.

Akar mula menjalar keluar dari lantai lalu melilit tubuh Alex ketat namun tidak menyekat pernafasan Alex agar dia terus bernafas. Tubuh Raz juga dililit dengan akar pokok yang besar-besar itu.

"Kau ingat aku nak biarkan kau berseronok sorang-sorang?" Ujar Raz perlahan sambil tersengih sinis. Perlahan-lahan tubuhnya bergerak ke belakang namun tarikan yang dikeluarkan oleh lubang besar itu terlalu kuat. Tubuh mereka tertarik semula ke belakang. Raz cuba bertahan agar dirinya dan Alex tidak termasuk ke dalam lubang gila itu.

"Bertahan Alex! Kita akan selamat!" Kata Raz positif.

Namun wajahnya pucat apabila matanya menangkap sesuatu yang keluar daripada lubang besar itu.

Jarum-jarum halus berwarna hitam mula keluar dengan sangat laju mencari mangsa. Kesemuanya bergerak menuju ke arah Alex yang membelakangi nya.

"Asal?? Ada apa kat belakang aku?!" Soal Alex agak gusar apabila melihat mata Raz seperti terpaku kepada sesuatu di belakangnya. Dia tidak mampu menoleh ke belakang kerana badannya yang dililit oleh akar kayu si Raz itu.

"Terlalu kecil dan mampu tembusi akar aku.. terlalu bahaya!" Ujar Raz agak perlahan kepada dirinya. Renik peluh mula menitis di dahinya. Apa perlu aku lakukan?

**************

Maap aku merepek lagi 😂

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now