16 🌸

505 36 0
                                    

Mata yang mulanya tertutup rapat, perlahan-lahan dibuka. Pandangan siling hospital menyapa pandangan saat matanya terbuka luas. Berkelip-kelip matanya memandang sekeliling.

Rasa sakit di dada tidak lagi dirasakan. Hanya rasa pening sahaja yang masih berasa di kepalanya. Mungkin kah terlalu lama dia tidur? Serasakan baru sehari sahaja dia berada di dimensi lain. Dia meraup wajahnya perlahan.

Perlahan-lahan dia cuba bangkit dari baringnya. Lenguh-lenguh badan mula terasa. Dia menggeliat sekejap bagi meregangkan badannya. Pandangan dihalakan ke sekeliling.

Tiada sesiapa pun yang berada di bilik yang menempatkan nya sekarang. Dia mengeluh perlahan.

Ingatannya terus teringat akan adiknya, Alexa. Seingat nya, sebelum mereka berdua disedut masuk ke dalam sebuah lubang cahaya, Ratu Arland ada mengatakan sesuatu. Dia cuba mengingati kembali.

***********

"Boleh? Harapan kami hanyalah kamu berdua." Arland seakan-akan sedang merayu. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kerajaan Kristal. Janjinya kepada ayahandanya untuk menaikkan kembali kerajaan Kristal harus di tunaikan. Dia juga mahu menuntut bela atas kematian ayahandanya. Sungguh begitu berat beban di bahu nya itu.

"Kalau betullah dia inginkan err.. Azuarium tu, kenapa tak serahkan sahaja? Tidak perlulah berperang sebegini." Alexa mengemukakan cadangannya.

"Tidak boleh. Dia tidak boleh mendapatkan Azuarium itu." Kata Arland tegas.

"Kenapa? Apa yang ada pada Azuarium itu sehingga semua inginkannya?" Alex tidak puas hati selagi soalannya tidak berjawab.

"Raja Leo mencipta Azuarium daripada 7 jenis kristal yang terkuat di dunia magis ini. kristal itu juga sangat sukar untuk dijumpai. Ditambah lagi apabila Raja Leo memasukkan separuh kekuatannya ke dalam Azuarium. 7 orang Guardian terkuat juga merelakan diri sehingga sanggup menjadi sebahagian daripada Azuarium. Disebabkan itulah sesiapa yang memiliki Azuarium itu dapat menguasai dunia bahkan seluruh planet di alam semesta."

Terlopong Alex dan Alexa mendengar cerita tersebut. Tidak disangka sebegitu dahsyat hebatnya mereka yang mencipta Azuarium ini. Tak dinafikan lah ramai yang berebut sehingga sanggup berbunuhan hanya kerana ingin memiliki Azuarium itu.

"Tak perlu soal Sama Ada kami mahu membantu ataupun tidak. Dia telah membunuh ibu bapa kami. Hutang darah perlu dibayar dengan darah! Takkan kami lepaskan dia begitu sahaja!" Alex meluah perasaan marahnya.

"Tapi.. apa yang ibu bapa kami lakukan kepada kami?" Dia memandang Arland dengan seribu tanda tanya. Soalan itu yang sejak tadi dilontarkan masih juga tiada jawapan.

"Terima kasih. Kami sangat berbesar hati. Tentang itu.. akan kamu ketahui suatu hari nanti.." Arland kelihatan lega. Dia tersenyum gembira. Begitu juga dengan dua pahlawan yang berada disisinya sejak dari tadi yang sekadar membisukan diri. Mereka juga tersenyum.

"Azuarium itu milik kamu sepenuhnya.. semoga kita berjumpa lagi."

Serentak dengan kata-kata itu, Alex dan Alexa telah disedut ke dalam satu lubang cahaya sehingga lenyap dari situ sebelum sempat mereka berkata apa-apa.

___________________________

Jasad Alexa yang bergerak-gerak menarik perhatian Ain, Rina dan Tasha. Mereka seakan terkejut dengan perkara itu. Cepat-cepat mereka datang mendekati Alexa yang masih terbaring di atas katil hospital itu.

"Exa?" Panggil Ain perlahan. Air mata mula menitis di pipi gebunya. Sungguh dia gembira sekiranya Alexa sudah sedar.

Kelopak mata Alexa kelihatan berkedip-kedip. Selang beberapa saat kemudian matanya terbuka luas.

"Alexa!!" Serentak dengan jeritan itu, tubuh genit Alexa didakap erat oleh ketiga-tiga sahabat nya itu. Hampir tidak bernafas Alexa dibuatnya.

"Oksigen, oksigen!" Kata Alexa seiring dengan itu tubuhnya dilepaskan.

"Uhuk,uhukk. Apa ni main terjah je." Alexa kelihatan bengang. Dia menggosok-gosok dadanya. Udara segar dihirup. Sekilas dia memerhatikan ketiga-tiga manusia di hadapan nya itu. Mereka kelihatan sugul. Eh, kena marah sikit je dah menangis ke? Tisu betul lah hati.

"Exa, kau tau tak kitorang rindu kau." Kata Rina sambil mengalirkan air mata. Tubuh Alexa sekali lagi dipeluknya. Namun kali ini Alexa tidak menolak malah membalas pelukan nya.

"Kenapa ni, beb? Apa yang berlaku kat aku?" Soal Alexa hairan apabila melihat reaksi sahabat-sahabat nya yang sedang menangis.

"Kau pengsan hari tu. Dah seminggu kau tak sedarkan diri. Doktor cakap keadaan kau kritikal. Kau tahu tak kitorang risau sangat." Tasha mengelap sisa air matanya.

"Aku tak sedarkan diri selama seminggu?" Alexa menyoal kembali. Dia kelihatan terpinga-pinga. Hey, baru sehari kut aku pergi sana? Takkanlah sampai seminggu?

"Ya, seminggu dah. Nasib baik kau dah sedar. Rindunya kitorang pada kau." Sekali lagi mereka berpelukan.

Alexa yang masih bingung turut membalas pelukan mereka.

Dia berasa gembira kerana mereka terlalu mengambil berat terhadap dirinya. Senyuman menghiasi bibirnya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now