Beberapa tahun lepas...Suasana di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Impian pada pagi itu riuh rendah dengan suara para pelajarnya bersempena Hari Sukan Sekolah Kali Ke-15 pada tahun ini.
"Eh, Qaseh kau join kan larian 4x400 meter kejap lagi?" tanya Hana sebaik sahaja melihat kelibat sahabatnya duduk di sebelahnya di bawah khemah rumah sukan mereka, iaitu biru.
"Ha'a, kau? Kita satu team kan?" tanya Qaseh Saffiya semula. Dia berharap masih sepasukan dengan Hana seperti tahun-tahun sebelum ini. Hana yang sememangnya dikenali sebagai pelari pecut mewakili rumah sukan mereka. Hana hanya mengangguk.
"Okay, semua sedia ya" kata Cikgu Rashdan. Dengar sahaja arahan yang dikeluarkan, semua peserta 4x400 bersedia di tempat masing-masing.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan, para peserta memecut dengan lajunya untuk menyerahkan baton kepada ahli pasukan seterusnya. Qaseh Saffiya, merupakan peserta terakhir untuk rumah sukannya sudah bersedia untuk menyambut baton dari Hana. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya apabila pasukan lawan menolaknya dengan sengaja sehingga terjatuh. Akibatnya, baton yang diserahkan Hana kepadanya terjatuh.
"Guys, bantuan please. Qaseh jatuh!" Jerit Hana. Hana hendak menolong mengangkat sahabatnya tidak terdaya dek tubuh badan Qaseh Saffiya yang agak berisi darinya.
"Qaseh okay ke?" tanya Amier yang kebetulan lalu di situ. Dia bantu Qaseh Saffiya untuk berdiri dengan bantuan Hana. Mereka memimpin Qaseh Saffiya berjalan masuk ke bawah khemah.
"Aku nampak dengan mata aku sendiri apa tang Tasha buat dekat kau, nak mati perempuan ni dengan aku" kata Hana dengan geramnya.
"Kau ni, dia tak sengaja kot" Qaseh Saffiya cuba untuk sedapkan hati Hana, lebih tepat lagi hatinya.
"Tak sengaja apa macam tu, aku nampak dia tolak kau" marah Hana lagi sambil mengepal penumbuknya.
"Qaseh sakit lagi ke? Boleh Amier tengok luka tu? Amier boleh tolong letakkan ubat" Amier mencelah. Mukanya jelas kerisauan melihat wajah kesakitan yang ditunjukkan gadis itu. Qaseh Saffiya tersenyum.
"Oi, Qaseh. Kau mengelamun apa?" Amier mengibas tangannya di hadapan muka Qaseh Saffiya. Lamunan gadis itu tersentak, habis berterbangan kenangan zaman sekolah mereka.
"Eh, Amier. Bila kau balik?" tanya Qaseh Saffiya sambil membetulkan rambut dan baju kurungnya itu. Dia kena tampil ayu di hadapan jejaka idamannya itu.
"Semalam" sepatah Amier menjawab.
"Oo.. kenapa tak bagitahu aku? Kalau tak, aku dah pergi rumah kau semalam" ujar Qaseh Saffiya. Dia berjalan mengikuti Amier yang hendak membayar di kaunter.
"Kenapa pulak kena bagitahu kau?" Amier menyeluk saku seluar jeannya untuk mengambil wang dan menyerahkan wang kepada Pak Mat.
"Saja. Kita kan kawan" Qaseh Saffiya terkial-kial hendak membuka dompetnya. "Tunggu aku kejap tau" tambah Qaseh Saffiya sebaik sahaja dia melihat jejaka itu seperti hendak bergerak keluar.
"Berapa ni Pak Mat?" sambil membuka zip dompet dia bertanya.
"RM39.50" jawab Pak Mat.
Selesai membayar, dia berjalan laju ke luar kedai runcit. Matanya memandang kiri dan kanan kedai mencari kelibat Amier, tetapi hampa. Amier sudah pergi. Dia mengeluh. Amier, amier..
"Sorry, Qaseh. Aku rasa dah tiba masanya kau belajar move on dari masa lalu kau" kata Amier yang memerhati gadis itu dari jauh.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...