BAB 27

3 0 0
                                    



"Ayah, Lah ada benda nak tanya ayah ni" Dato' Abdullah duduk di hadapan ayahnya. "Kebun ayah tu sekarang siapa yang uruskan?" tambahnya.

"Kenapa kamu tiba-tiba tanya pasal kebun tu? Bukannya kamu tak nak ambil tahu ke?" tanya Haji Othman. Ingatannya teringat semasa dia sakit beberapa tahun lepas.

Pada mulanya dia ingin menyerahkan kepada anak sulungnya untuk menguruskan kebun itu kerana Abdullah satu-satunya anak lelaki yang dia ada, tapi dek kerana Abdullah yang tidak mahu, jadi dia serahkan kepada anak bongsunya, Kalsom. Kalsom mengusahakan tanah kebun bersama suaminya, Zulkifli. Kadang-kala anak keduanya, Maznah akan pulang ke kampung membantu adiknya itu. Tetapi disebabkan Maznah dan Mustafa berpindah ke Kuala Lumpur telah mengheret anak gadis mereka, Qaseh Saffiya yang pada ketika itu sedang bekerja di luar negara pulang ke Malaysia untuk membantu emak dan ayahnya.

"Bukannya Lah tak nak ambil tahu, tapi ayah sendiri tahu kan apa yang terjadi masa tu? Lah baru je berkahwin dengan Ainun tu lepas bercerai dengan Maria. Kebetulan Ainun pun baru mengandung beberapa minggu" Dato' Abdullah menjelaskan situasi yang sebenar kepada ayahnya.

"Tapi itu bukan alasan untuk kamu tidak menguruskan tanah kebun tu, isteri kamu tu boleh je kamu tinggalkan dekat rumah ni. Bukan tinggal lama pun, beberapa jam je. Lagipun ni bukan kali pertama kamu berkahwin, Lah" Haji Othman berkata sambil mengasah sabitnya.

"Tapi ayah, tak ada ke bahagian untuk Lah dalam tanah kebun tu?" tanya Dato' Abdullah.

"Kamu balik sini sebab nak tanya soal tanah kebun tu je ke? Bukan sebab kamu dah bertahun tak balik sini?" tanya Haji Othman kembali.

"Lah tengah ada masalah ni ayah, Lah betul-betul perlukan duit" Dato' Abdullah membuka ceritanya. "Bisnes Lah tengah teruk sekarang ni ayah" tambahnya.

"Isteri kamu si Ainun tu tak kerja ke?" tanya Haji Othman. "Bukannya kamu kata isteri kamu tu pun buat bisnes juga ke?"

Dato' Abdullah senyap.

"Kamu pergilah berbincang dengan Kalsom, ayah dah serahkan seratus peratus tanah kebun tu dekat dia" Haji Othman pergi dari situ.



"Punyalah lama masak, yang ni je ke?" tegur Maya. Dia melihat juadah makanan tengahari dengan padangan tidak puas hati. Zhafira yang mendengar hanya menjeling.

"Wah, sedapnya bau" Puan Maznah muncul di dapur bersama Kalsom.

"Kau nak makan ke tak nak?" tanya Qaseh Saffiya kepada Maya.

"Eh, mestilah nak makan. Kan mak ngah?" Maya terus duduk di kerusi.

"Hai, terus duduk?" perli Zhafira.

"Habistu?" tanya Maya. Hairan.

"Kau tak nampak ke pinggan ni semua masih kosong?" tanya Zhafira.

"Nampak" balas Maya.

"Dah tu, letaklah nasi atas tu. Kau ingat nasi tu nak berjalan naik atas pinggan?" Zhafira membalas sambil menjeling.

"Manalah aku tahu. Biasa dekat rumah bibik yang buat semua ni" Maya membalas pula.

"Tak apa lah, biar mak ngah yang letak nasi" Puan Maznah menggelengkan kepalanya.

"Tak payah, mama. Biar je dia yang buat. Ni dekat kampung bukannya KL" ujar Zhafira masih tidak berpuas hati.

"Ish, tak nak lah makan" Maya menghentakkan kakinya.

"Apa bising-bising ni? Sampai ke atas dengar?" Haji Othman menegur. Dia masuk ke dapur bersama anak, menantu dan cucunya.

"Mama, tengok Fira ni. Dia suruh Maya yang letakkan nasi ke atas pinggan" adu Maya kepada Datin Ainun.

"Maya, kau nak makan ke tak nak?" tanya Qaseh Saffiya.

"Nak" Maya mengangguk.

"Kalau nak makan, ambil nasi ni dan masukkan ke atas semua pinggan yang dah tersusun atas meja tu. Ingat, this is kampung not KL" Qaseh Saffiya membalas. Semua mata memandangnya. Zulkifli berdehem.

"Qaseh" tegur Zulfkifli.

"Buat apa yang aku cakapkan tu, Maya. Kalau tak nak, kau tak payah makan. Kalau lapar, masak sendiri atau pergi makan luar" Qaseh Saffiya berkata dengan tegas. Maya menurut perintah. Dia memasukkan nasi ke dalam semua pinggan.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now