BAB 46

6 0 0
                                    



"Berseri-seri pengantin baru kita" usik Qaseh Saffiya lalu mengambil tempat di hadapan Sumayyah. Sumayyah membalas dengan senyuman.

"Mestilah. Kalau nak berseri macam ni, kita pun kena kahwin juga. As soon as possible" balas Zhafran Irfan yang muncul dari belakang dapur.

"Betul betul" sokong Saiful.

"Kalau tak kahwin pun boleh berseri lah" balas Qaseh Saffiya pula. Dia menuang teh o panas ke dalam cawan.

"Macam mana?" tanya Zhafran Irfan lurus.

"Solat tahajud" balas Qaseh Saffiya. Dia sudah mengekek ketawa apabila melihat Zhafran Irfan dan Saiful sudah membuat muka menyampah.

"Hai budak berdua ni tak habis-habis nak gaduh. Kan depan rezeki ni" tegur Hajah Embun. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sekali sekala, nek. Apa salahnya, lepas ni diorang dah tak boleh gaduh dah. Bermanja je lepas ni" balas Zhafira.

"Kau, diam. Kang sekali kau aku cucuk pakai garfu ni" balas Qaseh Saffiya sambil mengangkat garfu di tangannya. Zhafira hanya ketawa.

"Betul tu betul. Abang sokong Fira" kata Zhafran Irfan. Dia membuat isyarat thumbs up kepada adiknya.

"Kau pun nak kena cucuk jugak ke?" kata Qaseh Saffiya lalu menjeling kepada dua beradik itu.

"Kau cintakan aku kan, Qaseh?" Zhafran Irfan membisik ke telinga gadis yang duduk di sebelahnya. Qaseh Saffiya yang mendengar soalan itu terus tersedak.

"Allahu, tersedak pula sayang Zhaf ni. Nah minum air ni sayang" kata Zhafran Irfan sambil menghulurkan air kosong kepada Qaseh Saffiya.

"Amboi, sweetnya" balas Saiful. "Sayang, nak abang sweet macam tu tak?" tanya Saiful sambil melihat isteri yang duduk di sebelahnya.

"Tak payah. Makan je diam-diam" balas Sumayyah. Dia ketawa kecil melihat muka cemberut suaminya itu.



"Assalamualaikum, mak cik oh mak cik" Natasya memberi salam dan memanggil Saidah dari arah luar rumah.

"Waalaikumussalam, jemputlah masuk" Dora menjawab salam dan mempelawa gadis itu masuk. Natasya menjeling tajam ke arah Dora dan menolak Dora ke tepi.

"Mak cik Saidah mana?" tanya Natasya kasar. Dia terus masuk ke rumah dan pergi ke arah dapur. "Mak cik!" panggil Nataysa apabila melihat Saidah yang sedang menggoreng nasi untuk sarapan pagi itu.

"Eh, Tasya. Bila kamu datang? Mak cik tak dengar pun" kata Saidah lalu menutup api dapurnya.

"Baru je sampai ni haa Tasya ada bawakan kuih seri muka. Mak cik kan suka kuih ni" balas Natasya lalu meletakkan kuih seri muka di atas meja.

"Wah, ada kuih seri muka lah. Mesti sedap ni" kata Amier yang baru sahaja keluar dari bilik air. "Eh, kau pun ada dekat sini?" tanya Amier kepada gadis yang tersenyum ke arahnya itu. Natasya hanya membalas dengan anggukan.

"Alang-alang Tasya pun ada dekat sini, marilah sarapan sekali" ajak Hassan. Dia sudah menarik kerusi di hadapan Natasya.

"Pak cik, Tasya nak tanya. Perempuan yang dekat depan tu betul ke bakal isteri Amier?" Natasya bertanya.

"Pak cik pun tak pastilah Tasya" jawab Hassan. Dia tidak tahu menahu soal siapa dengan anaknya itu berkawan mahupun bercinta. Mereka sudah besar panjang, dah boleh buat keputusan sendiri.

"Semalam Amier cakap dekat Tasya tu bakal isteri dia. Betul ke? Habistu macam mana dengan Tasya? Kan mak cik Saidah dah janji nak Tasya yang jadi isteri Amier" kata Natasya lalu mencedok nasi goreng dan memasukkan ke dalam setiap pinggan yang tersedia di atas meja makan itu.

"Yang tu kamu kenalah tanya mak cik kamu. Pak cik memang tak ambil tahu. Pak cik tak kisah dengan siapa Amier nak kahwin" balas Hassan. Dia kasihankan gadis itu. Ternyata hati Natasya masih belum berubah untuk Amier. Hanya Qaseh Saffiya sahaja sudah berubah dan melupakan anaknya itu. Dia sendiri terkejut pada mulanya apabila mengetahui kedua-dua gadis itu sukakan anaknya, Amier. Tetapi, alhamdulillah Qaseh Saffiya sudah berputus asa dalam mengejar cinta seorang lelaki yang tidah tahu menghargai cinta, iaitu anaknya sendiri. Acap kali dia menasihati Amier supaya membuka hatinya untuk Qaseh Saffiya tetapi tidak dipedulikan Amier. Apabila gadis itu sudah mahu berkahwin, anaknya bagaikan kucing hilang anak. Suka termenung. Nasib baik ada Dora, gadis yang entah dari mana asal usulnya yang dibawa balik ke rumahnya dapat menenangkan hati anaknya itu.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now