BAB 28

3 0 0
                                    



"Eii bencinya!" Maya menghentak kuat kakinya.

"Haa hentak lagi hentak, kau nak bagi rumah ni runtuh ke?" tegur Qaseh Saffiya yang kebetulan lalu di sebelah bilik Maya.



"Som, abang nak tanya" Dato' Abdullah mendekati adiknya, Kalsom yang sedang membancuh kopi di dapur.

"Pasal tanah kebun tu ke, bang?" tanya Kalsom. "Ayah dah cerita semua dekat Som" tambahnya.

"Apa pandangan Som?" tanya Dato' Abdullah. Dia perlu mengetahui pandangan adiknya.

"Som tak boleh nak bagi jawapan. Som kena bincang dulu dengan abang Zul" Kalsom memberi jawapan.

"Susah sangat ke nak bagi jawapan, Kalsom?" tanya Datin Ainun yang tiba-tiba muncul di situ. Sedari tadi dia memasang telinga mencuri dengar perbualan dua beradik itu. "Bagi je lah tanah kebun tu dekat abang Som, bukan orang lain pun Som. Abang kandung Som sendiri juga" tambahnya.

"Tapi.." belum sempat Kalsom menghabiskan ayatnya, Datin Ainun mencelah "Atau Som boleh pajak je dulu dekat abang Lah. Bila-bila Som perlukan duit, Som mintalah dekat abang"

"Ni bukan masalah duit, kak Ainun. Som memang tak ada apa-apa hak dekat tanah kebun tu dah" jelas Kalsom.

"Maksud Som?" tanya Dato' Abdullah. Mukanya jelas penuh tanda tanya. "Semalam abang tanya ayah pasal tanah kebun tu. Ayah kata dia letak nama Som" tambahnya lagi.

"Memang ayah letak nama Som, bang" kata Kalsom lagi.

"Habistu?" Datin Ainun mencelah lagi.

"Som dah tukar nama pemilik, sebab tu Som kena bincang dulu hal ni dengan suami Som" tambah Kalsom lagi.

"Nama siapa Som letak?" Dato' Abdullah bertanya.

"Anak-anak Som" jawab Kalsom senada. Dia baru sahaja menukar pemilikan tanah kebun itu kepada anak-anaknya pada dua minggu lepas. Dato' Abdullah dan Datin Ainun saling bertukar pandangan.



"Bang, tadi abang Lah ada tanya Som pasal tanah kebun tu. Dia minta Som tukarkan nama Som ke nama dia, lepas tu dia kata kalau Som tak nak tukar, pajakkan tanah tu dekat dia" Kalsom memulakan perbualan pada malam itu. Dia dan suaminya, Zulkifli sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka.

"Som cakap apa?" Zulkifli yang dari tadi khusyuk menonton berita terus mengalihkan pandangannya kepada isterinya.

"Som cakaplah Som nak bincang dulu dengan abang" jawab Kalsom. Dia tidak berani membuat keputusan sendiri. Semua benda dia akan bertanya dan berbincang terlebih dahulu dengan suaminya.

"So, apa keputusan Som?" tanya Zulkifli. "Abang pun tak boleh buat keputusan ni, Som. Sebab tanah kebun tu seratus peratus atas nama Som. Abang ni menantu ayah Som aje" tambah Zulkifli lagi.

"Som rasa kita kena bincang dengan anak-anak, bang. Lagipun yang uruskan kebun tu sekarang anak-anak kita" jelas Kalsom. Zulkifli hanya mengangguk setuju sahaja. Betul cakap isterinya. Mereka kena minta pandangan anak-anak mereka juga.



"Ma, lama lagi ke kita kena duduk kampung ni?" tanya Maya ketika mamanya, Datin Ainun masuk ke biliknya.

"Kenapa? Bukan Maya ke yang nak sangat datang sini?" balas Datin Ainun.

"Maya cuma sokong papa je malam tu" balas Maya pula sambil tangannya menampar nyamuk yang hinggap di tubuhnya. "Banyaklah nyamuk dekat sini, ma" rungut Maya.

"Sabar ya sayang, sikit je lagi. Lepas settle semua, kita baliklah. Mama pun tak suka balik sini. Dah la banyak nyamuk, bilik tu pun sempit. Dengan panasnya lagi" rungut Datin Ainun pula.

"Betul ni ma?" tanya Maya. Matanya bersinar apabila mendengar perkataan 'balik' yang keluar dari mulut mamanya.

"Ya, sayang" jawab Datin Ainun.

"Mama suruhlah papa cepat sikit pujuk diorang tu, susah sangat ke nak bagi tanah kebun tu dekat papa? Maya nak pergi shopping ni dah lama tak pergi. Lepastu nak pergi bercuti dengan kawan-kawan Maya. Bestnya" Maya sudah berangan sambil menepuk tangannya.

Tanpa mereka sedar, perbualan mereka didengari oleh Dato' Abdullah dan Haji Othman. Dato' Abdullah yang terkejut kerana tidak menyangka ayahnya akan turut mendengar perbualan anak dan isterinya itu.

"Kamu dah terlalu manjakan anak dan isteri kamu, Lah. Sampaikan mereka tidak boleh hidup susah. Cuba kamu bayangkan seandainya kamu tiada suatu hari nanti, macam mana keadaan anak dan isteri kamu?" kata Haji Othman sambil menepuk bahu anaknya dan berlalu pergi dari situ.

Dato' Abdullah hanya mampu termenung teringat bagaimana dia memanjakan anak dan isterinya itu dengan wang ringgit. Mereka tidak pernah hidup sudah walau sesaat. Apa sahaja permintaan mereka, akan dia penuhi. Dia mengeluh.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now