BAB 41

3 0 0
                                    



Saiful dan Hana sedang bergelak ketawa di pangkin hadapan rumah Hajah Embun. Sumayyah yang kebetulan lalu di situ bersama emaknya, Azean melihat mereka berdua dan membuat keputusan untuk singgah.

"Assalamualaikum, seronoknya bergelak ketawa. Dari jauh mak cik boleh dengar" tegur Azean. Teguran itu membuatkan Saiful dan Hana berhenti ketawa.

"Waalaikumussalam mak cik" jawab mereka serentak. "Eh Su pun ada" kata Saiful. Dia tersenyum ke arah Sumayyah.

"Hana?" kata Sumayyah. Hana mengangguk dan laju sahaja bangun dari pangkin untuk memeluk Sumayyah.

"Rindunya Hana dekat Kak Su. Kak Su sihat?" Hana bertanya sambil memerhati gadis yang bertudung labuh itu.

"Alhamdulillah Kak Su sihat je. Hana pula apa khabar? Last kita jumpa beberapa tahun lepas, kan? Cepatnya masa berlalu. Kak Su pun rindu dekat Hana" balas Sumayyah memegang tangan Hana.

"Dekat Kak Su je ke Hana rindu? Dekat mak Hana tak rindu?" tanya Azean lalu memuncungkan mulutnya. Sumayyah dan Hana tergelak.

"Mestilah Hana rindu, nampak makin sihat je mak" Hana membuat mimik muka sambil mengembongkan pipinya.

"Hana nak kata mak gemuk lah ye" balas Azean. Semua yang ada di situ ketawa geli hati.

"Saiful, bila kamu nak masuk minang anak mak cik ni?" Azean bertanya secara tiba-tiba.

"Minang?" tanya Sumayyah. 'Mak ni janganlah buat hal dekat sini'

"Saiful bercinta dengan Kak Su ke mak?" tanya Hana. Dia kehairanan. 'Sejak bila pula diorang ni duk bercintan cintun'

"Mak datang nak tuntut janji je" balas Azean. Keningnya dijongketkan.

"Tapi mak cik, Su ada bagitahu saya yang dia dah bertunang. Macam mana saya nak masuk minang anak mak cik?" balas Saiful pula. Dia memerhati Sumayyah dan Azean silih berganti. Hana lagi bertambah hairan!

"Bila masa Su bertunang?" tanya Azean sambil melihat anaknya.

'Mati aku' getus hati kecil Sumayyah.



"Su, cakap dekat mak. Kenapa Su bagitahu Saiful yang Su dah tunang?" tanya Azean. Dia memerhati anaknya atas dan bawah.

"Err.." Sumayyah sudah gelabah. Dia bermain-main dengan jarinya.

"Cakap dekat mak, Su. Su sebenarnya masih sayangkan Saiful kan? Kenapa Su tipu dia?" tambah Azean lagi.

"Tapi Saiful mungkir janji, mak. Dia kata lepas habis study dia nak masuk minang Su, tapi tak. Dia stay dekat Jakarta bertahun, mak. Bertahun juga Su tunggu dia tapi dia tak muncul-muncul" Sumayyah mengeluh. Menyesal dia percaya dengan janji lelaki itu.

"Su tahu tak kenapa dia tak balik?" tanya Azean.

"Sebab kontrak kan?" tanya Sumayyah pula.

"Tu je ke yang kamu tahu?" tanya Azean lagi.

"Ada lagi ke yang Su tak tahu?" dia bertanya kepada emaknya kembali. 'Bukan sebab kontrak je ke dia tak balik Malaysia? Ada sebab lain ke?'

"Ada" balas Azean sepatah.

"Sebab apa, mak?" tanyanya.

"Su tanyalah dia sendiri" balas Azean. Dia tidak mahu masuk campur hal anaknya. Biarlah diorang sendiri yang selesaikan.

"Mak!" panggil Sumayyah apabila melihat Azean yang sudah berjalan masuk ke dapur. Azean melambai-lambainya. Haha..



"Hai sayang" sapa Zhafran Irfan. Dari tadi dia memerhati tunangnya yang sedang termenung di pangkin.

"Banyaklah kau punya sayang, ni nak?" Qaseh Saffiya menunjukkan penumbuknya. Zhafran Irfan ketawa besar.

"Kau ni comellah Qaseh" puji Zhafran Irfan. Qaseh Saffiya membalas dengan jelingan tajam. "Kau termenung apa tadi?" tanyanya.

"Macam mana nak cakap eh" balas Qaseh Saffiya. "Aku tengah fikir sesuatu ni" tambahnya lagi.

"Tak payahlah cakap Qaseh. Aku dah tahu" balas Zhafran Irfan. "Kau mesti tengah fikirkan lepas kahwin nanti nak anak berapa orang? Aku tak kisah pun, Qaseh. Lagi ramai lagi bagus. Paling sikit dalam 12 orang macam tu, boleh buat team bola sepak" gurau Zhafran Irfan.

"Kau nak aku pecahkan muka kau ke?" ugut Qaseh Saffiya. "Kau ingat aku kilang buat anak kau?" jelingnya.

"Amboi garangnya" balas Zhafran Irfan. Dia ketawa geli hati.

"Dating ke tu?" tegur Zaleha. Dia tersenyum ke arah merpati dua sejoli itu.

"Taklah akak, saja je sembang dekat sini. Akak nak ke mana tu?" balas Qaseh Saffiya sambil menjeling Zhafran Irfan yang berada di sebelahnya.

"Akak datang ni nak bagi ni haa.. puding jagung. Akak ada buat lebih" kata Zaleha. Dia menghulurkan bekas yang berisi puding jagung kepada Qaseh Saffiya.

"Zaleha!" jerit seseorang yang tiba-tiba muncul di antara mereka bertiga.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now