BAB 34

4 0 0
                                    



"Tasya, kau tak bangun lagi ke?" kejut Senah pada pagi itu. Matahari dah terik di atas kepala tetapi anak gadisnya tidak bangun-bangun. "Tasya!" jerkahnya pula sambil menolak kuat pintu bilik.

"Mak ni bisinglah. Bingit" balas Natasya sambil menutup telinga menggunakan bantal.

"Kau tak pergi sekolah ke? Tak mengajar?" tanya Senah.

"Hah? Sekarang pukul berapa dah mak?" tanya Natasya gelabah.

"10" balas Senah lalu keluar dari bilik anaknya itu.

"Apa? Mak ni biar betul?" jerit Natasya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menelefon pihak sekolah memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu. Dia memberi alasan demam. Selesai menelefon, dia menyambung tidurnya kembali.



Suasana rumah Hajah Embun sangat bising sekali pada pagi itu dek suara nyaring Hajah Embun memanggil cucunya yang sudah masuk ke dalam belukar di belakang rumah dan tidak keluar dari tadi.

"Qaseh, oh Qaseh" panggil Hajah Embun.

"Kenapa ni nenek pagi-pagi dah berbunyi?" tanya Zhafira. Dia mengesat matanya.

"Tu Qaseh tu haa tak keluar-keluar dari tadi. Dah dekat setengah jam dia masuk dalam belukar tu. Risau nenek. Kang ada ular ke apa ke" jelas terpancar kerisauan di wajah Hajah Embun. Zhafira turut serta memanggil sepupunya itu tetapi masih tiada sambutan dari arah dalam belukar.

"Ada apa ni nek? Fira?" tanya Zhafran Irfan yang muncul di situ.

"Kitorang tengah panggil Qaseh ni bang. Nenek cakap dah dekat sejam Qaseh masuk dalam belukar tu tapi tak muncul-muncul juga" jawab Zhafira.

"Dia buat apa dalam belukar tu?" tanya Zhafran Irfan lagi.

"Entahlah, nenek pun tak tahu Zhaf. Dia cuma cakap dekat nenek dia ada terdengar suara budak dekat situ. Nenek dah halang tapi dia main redah je. Bukan tak kenal si Qaseh tu, mana nak dengar nasihat" sempat lagi Hajah Embun membebel.

Zhafran Irfan terus menuju ke dalam belukar.

"Eh, Zhaf kamu nak ke mana pula tu?" tanya Hajah Embun.

"Zhaf nak cari Qaseh" tanpa berpaling dia terus masuk.

"Bismillah, assalamualaikum" Zhafran Irfan memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. "Qaseh oh Qaseh, kau kat mana?" Zhafran Irfan mula memanggil gadis itu. Tetapi tiada sambutan. Dia mencuba lagi dan lagi. Selepas 15 minit memanggil dan mencari, dia terdengar suara Qaseh Saffiya seperti sedang bercakap dengan seseorang.

"Qaseh" panggilnya. Qaseh Saffiya berpusing saat mendengar namanya disebut.

"Kau buat apa ni?" tanya Zhafran Irfan. Kelihatan ada seorang budak lelaki dalam lingkungan lima tahun sedang menangis dan Qaseh Saffiya sedang berusaha memujuknya.

"Shuhh, jangan nangis. Kejap lagi kakak hantar balik rumah ye, sekarang Ali bangun. Kita pergi letak ubat dulu dekat kali dengan tangan Ali ni" ajak Qaseh Saffiya sambil membantu budak yang bernama Ali itu untuk bangun. Dia mengendong Ali dan berjalan keluar bersama Zhafran Irfan.

Kelihatannya ramai ahli keluarga mereka sedang menunggu mereka berdua keluar dari belukar.

"Tolong kejap ambil Ali ni, Qaseh nak ambil minyak angin" Qaseh Saffiya menghulurkan Ali kepada abangnya, Saiful.

"Ali ni anak siapa, Epul?" tanya Zhafran Irfan.

"Anak kak Leha, ni mesti sesat ni. Dah lama diorang tak balik kampung. Jom Ali kita duduk dekat sana dulu ya" kata Saiful. Mereka berjalan bersama ke arah pangkin.

"Sini, Ali. Bagi tangan Ali dekat kak Qaseh" pujuk Qaseh Saffiya. Muka Ali masih kelihatab takut. Dia tidak mengenali mereka semua. Dia seperti mahu menangis.

"Jangan nangis, sayang. Nama kakak Qaseh. Ali boleh panggil kak Qaseh. Kak Qaseh kawan mak Ali. Lepas kak Qaseh sapukan minyak ni, kak Qaseh hantar Ali balik ye sayang" pujuk Qaseh Saffiya. Kalsom menghulurkan air sejuk kepada Qaseh Saffiya untuk diberikan kepada Ali. Anak kecil itu perlu ditenangkan dahulu.

"Kak Qaseh ni kawan mak Ali?" tanya Ali.

"Ya" jawab Qaseh Saffiya.

"Kak Qaseh nak hantar Ali balik?"

"Ya, sayang. Tapi dengn syarat, bagi tangan dengan kaki Ali dekat kak Qaseh dulu"

"Okay" Ali mendekati gadis itu dan memegang tangan Qaseh Saffiya sambil membuat isyarat menyapu minyak angin. Qaseh Saffiya tersenyum.

"Boleh kak Qaseh tahu macam mana Ali boleh masuk dalam semak tu?" Qaseh Saffiya cuba untuk berbual.

"Ali sesat. Ali nak ambil bola lepas tu Ali tak tahu macam mana Ali ada dalam semak tu. Ali takut. Ali panggil ibu, abang, kakak. Semua orang tak dengar" jelas Ali sambil mengadu kesakitan apabila kapas terkena kulitnya yang terluka itu.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now