"Mak ayah, kami pulang dulu ye. Nanti ada masa lapang kami datang lagi" kata Dato' Abdullah lalu menyalami Hajah Embun dan Haji Othman. Dia mengambil bagasi milik isteri dan anaknya untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta."Hai dah nak balik ke tu?" tegur Qaseh Saffiya. Dia menuruni motosikal yang dibawa oleh Zhafran Irfan. Datin Ainun dan Maya yang melihat hanya menjeling.
"Pak long, Qaseh minta maaf ye kalau Qaseh ada buat salah sepanjang pak long tinggal dekat sini" Qaseh Saffiya menyalami tangan Dato' Abdullah.
"Kenapa minta maaf ni? Qaseh tak dak salah apa pun dengan pak long" Dato' Abdullah terharu dengan keikhlasan anak saudaranya meminta maaf daripadanya.
"Dengan pak long kau je ke kau minta maaf? Ni aku mak long kau tak nak minta maaf?" tanya Datin Ainun dengan angkuhnya. Qaseh Saffiya membalas dengan gelengan.
"Qaseh" tegur Haji Othman.
"Pak long hati-hati ye memandu. Kalau rasa mengantuk berhenti sekejap untuk rehat. Kesian pak long kena drive jauh-jauh. Nanti pak long gilirlah dengan mak long untuk drive ni. Bahaya pak long drive sorang-sorang orang lain duk tidur sedap dekat belakang. Ish ish tak patut. Atau pun pak long tunggu kejap ye Qaseh buatkan kopi o panas untuk pak long. Memang pak long takkan mengantuk punyalah sampai ke KL dan yang paling penting mak long tak payah drive dah, selamat jari-jari buncit mak long. Kesian jari-jari dia nanti pak long. Tak pasal-pasal kena pergi spa" panjang lebar Qaseh Saffiya berkata sambil mengutuk ibu saudaranya yang dari mencerlung tajam ke arahnya. Haji Othman dan Hajah Embun tidak mampu berkata apa-apa kerana semua yang keluar dari mulut cucu mereka itu benar belaka. Qaseh Saffiya bergegas ke dapur untuk membuat kopi o panas.
"Nah, pak long" Qaseh Saffiya menghulurkan kopi o panas kepada Dato' Abdullah.
"Terima kasih Qaseh" selesai berpamitan, mereka meminta diri untuk pulang.
"Qaseh, kenapa cakap dengan mak long macam tu?" tegur Haji Othman sebaik sahaja kereta anak menantunya bergerak keluar dari kawasan halaman rumah.
"Selayaknya mak long dilayan macam tu. Kalau tak, sampai bila-bila dia takkan sedar salah dia" ucap Qaseh Saffiya.
"Hai Kak Su" tegur Qaseh Saffiya saat dia berselisihan dengan Sumayyah di luar masjid.
"Eh hai Qaseh, lama akak tak nampak Qaseh" balas Sumayyah.
"Sepatutnya Qaseh yang cakap macam tu. Qaseh ada ja dekat kampung ni haa.. Akak bila balik sini?" tanya Qaseh Saffiya. 'Cantik Kak Su ni' hatinya memuji kecantikan milik Sumayyah.
"Akak baru sampai dua hari lepas, Qaseh" balas Sumayyah lalu tersenyum.
"Akak cuti ke ni? Cuti sampai bila?" tanyanya lagi. Rasanya kali terakhir dia lihat gadis itu beberapa tahun lepas semasa hari raya aidilfitri.
"Haah Qaseh, akak cuti kejap je ni. Minggu depan akak dah start kerja" balasnya.
"Akak kerja kat mana?" tanya Qaseh Saffiya tetapi belum sempat Sumayyah membalas, Saiful muncul di antara mereka.
"Qaseh" tegur Saiful. Sebaik sahaja Sumayyah mendengar suara milik Saiful, dia berpaling membelakangkan jejaka itu.
"Dah nak balik ke bang?" tanya Qaseh Saffiya. Saiful mengangguk. "Okaylah, akak. Nanti kita borak lagi ek. Qaseh minta diri dulu. Assalamualaikum" pinta Qaseh Saffiya. Sumayyah menjawab salam di dalam hatinya.
"Qaseh sembang dengan siapa tadi?" tanya Saiful saat mereka berjalan pulang ke rumah.
"Dengan Kak Su" balas Qaseh Saffiya.
"Kak Su?" tanya Saiful. Su? Sumayyah ke?
"Haah, Sumayyah. Kenapa abang?" tanya Qaseh Saffiya hairan. Kenapa abang ni? Sebut sahaja nama Kak Su dia terus termenung. Qaseh Saffiya mendapat satu idea.
"Hantu!" jerit Qaseh Saffiya lalu melarikan diri.
"Hantu?" Saiful memerhati sekeliling. Kawasan yang dilaluinya kini sunyi sepi. Bulu romanya kini tegak berdiri. 1, 2, 3 Saiful terus membuka langkah besar dan memecut dengan lajunya.
"Qaseh! Tunggulah abang!" jerit Saiful dengan kuatnya. 'Ayam betul minah ni boleh pula dia tinggalkan aku' kutuk Saiful di dalam hatinya.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...