BAB 40

3 0 0
                                    



Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Hajah Embun pun selesai dengan jayanya. Kini, Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan mengikat tali pertunangan. Berbagai perasaan yang terpapar di wajah masing-masing.

'Apa tengok-tengok?' Qaseh Saffiya membuat isyarat mata kepada tunangnya, Zhafran Irfan.

'Biarlah nak tengok tunang sendiri pun tak boleh ke?' Zhafran Irfan turut membalas menggunakan gaya yang sama.

'Cucuk mata kang' ugut Qaseh Saffiya yang membuat isyarat hendak mencucuk mata jejaka itu.

"Amboi-amboi, main mata pula ye korang berdua ni. Nampak gayanya kena percepatkan pernikahan je ni" usik Hajah Embun.

"Zhaf tak kisah pun, nek. Nikah sekarang okay juga ni. Zhaf dah hafal ayat untuk akad nikah" balas Zhafran Irfan tidak sabar. Mereka semua mentertawakannya. Manakala, Qaseh Saffiya menjeling tajam.



"Cantik Su hari ni" tegur Saiful. Dia memerhati raut wajah wanita kesayangannya itu.

"Apa awak cakap ni? Saya nak masuk dalam" Sumayyah cuba untuk mengelak.

"Su, sekejap. Kenapa saya rasa Su macam nak elakkan diri dari saya je?" tanya Saiful. "Kalau pasal tu saya betul-betul minta maaf" Saiful menambah.

"Tak payahlah cakap benda yang dah lepas. Saya tak nak dengar apa-apa dah" kata Sumayyah dan melangkah naik ke atas untuk bertemu Qaseh Saffiya.



"Cantiknya Kak Qaseh" tegur Ali.

"Sebelum ni Kak Qaseh tak cantik ke?" tanya Qaseh Saffiya.

"Cantik, tapi sekarang cantik banyak" puji Ali sambil bermain-main dengan lengan baju Qaseh Saffiya. "Kak Qaseh nak tahu tak? Kalau Kak Qaseh pakai tudung macam ni memang cantik" tambahnya lagi. Kata-kata yang keluar dari mulut anak kecil itu bagaikan belati yang tajam menusuk ke dalam lubuk hatinya. Dia tidak pernah terfikir untuk bertudung. Terakhir kalinya dia bertudung adalah pada zaman persekolahannya. Dia termenung. Air matanya laju sahaja turun ke pipi. Cepat-cepat dia mengesat air mata itu. Tidak mahu sesiapa pun ternampak dia menangis.

"Cantiknya kau Qaseh!" puji satu suara dari arah pintu biliknya. Dia kenal akan suara itu. Dia berpaling..

"Hana!" Qaseh Saffiya menjerit kuat kerana terlalu terkejut. Dia tidak menyangka akan bertemu sahabat baiknya itu. Mereka memeluk erat.

"Rindunya aku dekat kau, Hana!" kata Qaseh Saffiya. Pelukan diperketatkan.

"Aku pun rindu juga dekat kau" balas Hana pula. "Tahniah, Qaseh! Bertunang juga kau akhirnya. Alhamdulillah. Cantik sangat kau hari ni" puji Hana. Dia menatap wajah sahabatnya itu dengan penuh kasih sayang.

"Terima kasih, Hana. Kau macam mana? Dah kahwin? Anak dah berapa orang? Mana suami kau" tanya Qaseh Saffiya.

"Ayamlah kau ni. Aku tak kahwin lagilah" balas Hana.

"Aik? Bukannya kau dengan Ikhwan ke?" tanya Qaseh Saffiya. Kali terakhir mereka berborak di telefon, sahabatnya itu memberitahunya bahawa dia sedang bercintun dengan ketua kelas zaman sekolah menengah mereka itu.

"Dah break lama dah. Aku tak boleh go lah lelaki macam tu. Tak hensem" kutuk Hana. Qaseh Saffiya ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hana.

"Tak hensem? Bila kau break dengan dia?" tanya Qaseh Saffiya.

"Tiga tahun lepas, beb. Malas aku cakap pasal dia. Sekarang ni aku lapar, mak aku mana?" balas Hana.

"Tu mak kau" Qaseh Saffiya memuncungkan mulutnya ke arah pintu bilik. 'Mak' yang dimaksudkan Hana adalah Kalsom. Hana dan Qaseh Saffiya bersahabat baik sehinggakan Kalsom dipanggilnya mak dan Zulkifli dipanggilnya ayah.

"Hai. Lamanya tak nampak Hana" tegur Saiful. Dia menegur Hana yang sedang menjamu selera di dapur.

"Hai, Saiful" balas Hana.

"Saiful? Kenapa tak panggil abang Saiful? Abang kan abang Qaseh?" tanya Saiful. Aku ni tua lagi kot dari dia suka hati dia je panggil aku Saiful.

"Malaslah. Saiful tu abang Qaseh, bukan abang Hana" kata Hana lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Epul, atuk panggil kau" kata Zhafran Irfan yang tiba-tiba muncul di dapur.

"Kau tunang Qaseh?" tanya Hana.

"Haah. Kau siapa? Tak pernah nampak pun" balas Zhafran Irfan.

"Lupa aku nak kenalkan, inilah Hana. Anak angkat keluarga kitorang dan juga sahabat baik tunang kau tu" terang Saiful.

"Aku nak cakap sikit" kata Hana lalu mencedok ayam masak merah ke dalam pinggannya. "Kau jaga Qaseh baik-baik. Kalau kau sakitkan dia, sama macam kau sakitkan aku" tambahnya. Dia menghabiskan makanannya dan membasuh pinggan.

"Seramnya weh" ujar Zhafran Irfan sebaik sahaja Hana meninggalkan dapur.

"Asal? Dia spesies Qaseh ke?" tanya Saiful.

"Haah weh, sebiji. Memang patutlah diorang tu berkawan" balasnya. Saiful hanya ketawa sahaja.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now