Ikatan tali di motosikal dilepaskan. Qaseh Saffiya dan Zhafira menyusun buah-buahan di pangkin berdekatan dapur rumah Hajah Embun."Balik pun budak berdua ni. Korang pergi kebun ke merewang? Lama betul" tegur Zhafran Irfan sebaik sahaja melihat dua sepupu itu duduk di atas pangkin. Zhafira masuk ke dalam untuk mengambil air.
"Kau tak nak balik rumah kau ke?" Zhafran Irfan mula mencari gaduh. Kalau sehari tak gaduh tak sah! Tapi Qaseh Saffiya buat tidak tahu sahaja. Malas hendak melayan.
"Dah balik dah?" tegur Haji Othman sebaik sahaja ternampak kelibat cucunya itu di pangkin.
"Dah atuk. Tu ha ada buah mangga dengan durian, banyak juga luruh tadi" jawab Qaseh Saffiya sambil mengipas badannya dengan tangan.
"Ni kalau buat pulut sedap ni, kamu balik kejap lagi bagitahu mak ayah kamu suruh datang sini. Kita makan pulut durian" ujar Haji Othman. Dia sudah membayangkan keenakan pulut masakan isterinya yang sedap dan berlemak itu ditambah pula dengan buah durian yang kekuningan. Fuhh..
Qaseh Saffiya meminta diri untuk pulang ke rumah. 'Eh pompuan ni tak nampak ke aku kat sebelah dia?' getus hati kecil Zhafran Irfan. Biasanya ada sahaja percakpannya akan dibalas oleh gadis itu. Tetapi tidak kali ini.
Selesai sahaja makan malam bersama, Hajah Embun menyuruh Qaseh Saffiya menghantar pulut durian ke rumah Amier.
"Qaseh, tolong hantarkan pulut ni dekat rumah Amier" Hajah Embun menyua sebekas pulut dan sebekas durian kepada Qaseh Saffiya.
"Biar Epul je lah yang hantarkan" jawab Saiful. Hanya Saiful sahaja yang tahu bagaimana layanan keluarga Amier kepada adiknya itu. Dia sudah masak dengan perangai mereka apatah lagi mak si Amier tu. Sangat menyakitkan hati.
"Takpa lah. Qaseh ja yang hantarkan. Lagipun kan nenek yang suruh Qaseh, bukan abang" Qaseh Saffiya mengambil bekas tersebut lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.
"Kalau macam tu, abang ikut. Kita pergi sekali" laju sahaja Saiful membalas. Dia risaukan keselamatan adiknya, takut-takut emak si Amier memaki lagi.
"Takpayah lah. Rumah Amier selang beberapa buah rumah je" Qaseh Saffiya hanya mengangguk. Dia cuba untuk meyakinkan abangnya itu.
"Assalamualaikum" Qaseh Saffiya memberi salam.
"Waalaikumussalam" Amier menjawab salam yang diberi lalu berjalan keluar untuk melihat tetamu yang datang.
"Hai, Amier" sapa Qaseh Saffiya.
"Kau buat apa datang malam-malam ni? Tak malu ke kalau orang nampak?" tegur Amier. Dia memandang kiri dan kanan rumahnya. Takut-takut ada orang kampung yang memerhati kedatangan gadis itu ke rumahnya.
"Aku datang nak hantar pulut durian ni. Kau kan suka" Qaseh Saffiya tersenyum lalu menghulurkan bekas berisi pulut durian kepada Amier.
"Aku tak sukalah makan pulut durian. Busuklah" Amier menutup hidungnya. Huluran gadis itu tidak disambut.
"Tapi, dulu kau kan suka sangat dengan durian, aku ingat lagi.." belum sempat Qaseh Saffiya menyambung, Amier sudah memotong ayatnya "Tu dulu, ni sekarang. Sekarang aku dah tak suka makan buah-buah kampung ni"
"Nenek yang suruh aku hantarkan" Qaseh Saffiya cuba berlembut. "Ambillah, kalau kau tak nak makan bagi lah dekat mak ayah kau. Ayah kau suka kan pulut durian ni" pujuknya lagi.
"Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap aku tak nak, maksudnya aku tak nak lah!" marah Amier. Qaseh Saffiya tersentak tetapi cuba ditahan. Amier masuk ke rumahnya dan menutup pintu dengan kasarnya.
Sebaik sahaja dia ingin pulang, kelihatan emak dan ayah Amier baru pulang dari masjid.
"Eh, Qaseh. Buat apa dekat sini?" tegur ayah Amier,
Hassan.
"Qaseh datang nak hantar pulut durian ni. Nenek buatkan" balas Qaseh Saffiya.
"Oh, favourite pak cik ni. Kebetulan semalam pak cik ada cakap dekat mak cik kamu ni pak cik teringin sangat nak makan pulut durian, tup tup malam ni dah ada yang bagi. Alhamdulillah, rezeki" kata Hassan.
Qaseh Saffiya menghulurkan bekas yang berisi pulut durian tersebut kepada lalu meminta diri untuk pulang.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...