BAB 44

2 0 0
                                    



Dengan sekali lafaz, Sumayyah sudah sah menjadi isteri Saiful. Semua orang yang hadir meluahkan rasa syukur. Ingat lagi mereka apabila Saiful yang tiba-tiba membuat keputusan bertunang pada waktu pagi manakala waktu petang pada hari yang sama menikah. Betul-betul ekspress perkahwinan mereka.

Saiful melepaskan senyuman yang paling manis pada wanita yang sudah sah menjadi isterinya itu. Sumayyah juga turut tersenyum kepada lelaki yang sudah lama bertakhta di hatinya itu.

"Qaseh" panggil Amier. Dia turut pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri Saiful. Qaseh Saffiya yang mendengar namanya disebut memalingkan wajahnya.

"Qaseh!" laung satu suara dari atas rumah Hajah Embun itu. Zhafran Irfan melambai memanggil Qaseh Saffiya untuk naik ke atas. Qaseh Saffiya terus bergegas pergi. 'Fuhh, nasib baik Zhaf panggil aku' getus hati kecilnya. Amier hanya mampu melihat gadis itu pergi.

"You buat apa kat sini? Puas I cari you" adu Dora. Amier membawa pulang gadis itu untuk diperkenalkan kepada emak dan ayahnya.

"Asal?" tanya Qaseh Saffiya sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.

"Jom nikah sekarang" ajak Zhafran Irfan.

"Kau gila ke?" tanya Qaseh Saffiya. Hana dan Zaleha yang turut berada di situ tergelak.

"Tu tok kadi ada dekat bawah tengah makan. Aku boleh panggilkan" Hana mencelah.

"Silakan, Hana. Aku mengalu-alukan" balas Zhafran Irfan. Tidak menunggu lama, Qaseh Saffiya memijak kuat kaki jejaka itu.

"Arghh!" jerit Zhafran Irfan kuat. Dia mengaduh kesakitan.

"Kenapa ni?" tanya Puan Maznah. Dia terdengar suara anaknya menjerit.

"Tadi tu haa ada tikus gatal, mak ngah" balas Qaseh Saffiya.

"Tikus?" tanya Puan Maznah.

"Haah, tikus. Besar gila. Gatal pulak tu" jawab Qaseh Saffiya.

"Ada ke tikus gatal?" tanya Puan Maznah sambil menggaru kepalanya yang dilapik tudung itu. Dia hairan.

"Ada, mak ngah. Dah lah, jom kita turun mak ngah. Tadi Qaseh ada nampak ABC dekat bawah. Mak ngah kan suka ABC" ajak Qaseh Saffiya. Dia menarik lengan Puan Maznah dan turun ke bawah. Mereka yang ada di situ melepaskan ketawa. Qaseh Qaseh..



"Aku ingatkan kenduri kau tadi" bisik Saidah di telinga Qaseh Saffiya. Qaseh Saffiya membalas dengan senyuman sahaja.

"Mak!" panggil Amier yang muncul di antara mereka berdua bersama Dora di sisi.

"Eh, Qaseh pun ada" tegur Amier.

"Alang-alang diorang pun ada dekat sini, aku nak kenalkan gadis dekat sebelah Amier tu. Nama dia Dora. Dora, ni Qaseh" Saidah memperkenalkan mereka berdua. "Dora ni bakal isteri Amier. Bakal isteri" dia menekan perkataan 'bakal isteri' sebanyak dua kali. "Cuba kau tengok cara pakaian Dora dengan kau dan bandingkan. Macam ni lah baru boleh menantu, dah lah cantik. Orang bandar pulak tu" tambahnya sambil memuji bakal menantunya itu.

"Mak cik pun orang kampung, nasib baik pak cik Hassan tu nak dekat mak cik" balas Qaseh Saffiya. 'Nak main sangat kan?' balas Qaseh Saffiya di dalam hatinya.

Amier menegur gadis itu. "Kenapa cakap dengan mak aku macam tu?"

"Kau" Saidah menudingkan jarinya ke wajah Qaseh Saffiya. "Jangan nak kurang ajar sangat dengan aku" tambahnya.

"Belajar hormat orang dulu kalau nak orang hormat kita, mak cik" balas Qaseh Saffiya sinis. "Okaylah, nenek dah panggil Qaseh, assalamualaikum" usai memberi salam, dia beredar dari situ.



"Qaseh borak apa dengan si Saidah tu?" tanya Hajah Embun. Dia nampak muka Saidah yang tengah menahan marah. Mesti cucunya ada mengatakan sesuatu.

"Borak kosong je nek" Qaseh Saffiya tersengih.

"Qaseh, belajar kawal kemarahan Qaseh tu. Walau jahah macam mana pun Saidah tu, dia tetap orang yang lebih tua dari Qaseh. Qaseh kena hormat dia. Jangan sampai perasaan marah yang ada dalam diri Qaseh membuatkan perasaan hormat tu hilang" panjang lebar Hajah Embun memberi nasihat. Qaseh Saffiya hanya menunduk. Dia sedar akan kesilapan dia.



"Panaslah dekat sini, Amier. Jomlah kita balik" ajak Dora.

"Amboi, cantiknya. Siapa ni, Amier?" tanya Senah.

"Hai, auntie. Nama I Dora, girlfriend Amier" belum sempat Amier hendak memperkenalkan Dora, gadis itu terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.

"Mak!" laung Natasya yang baru sahaja sampai itu. Dia terlewat bangun hari ini sedar-sedar dah jam 2 petang. Dia melihat jam di dinding dan terus bersiap.

"Mak, jom teman Tasya makan" ajak Natasya. "Eh, Amier. Bila kau balik? Ni siapa pulak ni?" tambah Natasya. Dia melihat gadis yang berkebaya pendek itu dari atas sampai bawah.

"Jom Tasya, kita pergi makan" ajak Senah. Dia tidak mahu anak gadisnya itu membuat hal di situ. Dia tahu anaknya sudah lama sukakan Amier.

"Kejap, mak" Natasya menarik kembali tangannya dari pegangan emaknya.

"Amier, who is this?" tanya Natasya tidak berpuas hati.

"Dora. Korang pernah jumpa dekat KL haritu" balas Amier.

"Oh haa.. aku ingat. So dia buat apa dekat sini?" tanya Natasya lagi.

"Saja, bawak dia datang makan kenduri" balas Amier acuh tidak acuh sahaja. Dia rimas. "Lupa pulak, nanti kitorang nak kahwin sebab tu aku bawak dia datang sini" tambahnya.

"What?" bagaikan dipanah petir, Natasya menjerit dengan kuat sekali. Dia terkejut mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut jejaka idamannya itu. Semua tetamu memandang mereka kini.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now