"Som, dah tanya anak-anak Som?" bisik Dato' Abdullah kepada Kalsom ketika mereka semua sedang berkumpul di ruang tamu. Dia tidak mahu orang lain mendengar."Tanya apa?" Saiful bertanya. Dia terdengar bisikan pak longnya itu. 'Orang tua ni kot ye pun nak berbisik, bisik lah slow-slow. Aku yang duk sebatu ni pun boleh dengar' getus hati kecil Saiful.
"Hah?" tanya Dato' Abdullah kembali. Dia gugup apatah lagi semua mata sedang memandangnya saat ini.
"Kamu tanya je pandangan Saiful tu, Lah. Lagipun Som dah bagitahu kamu kan dia letak nama siapa?" Haji Othman mencelah. "Memandangkan semua dah ada dekat sini, tak salah kalau semua orang tahu. Lagipun ni semua adik-beradik kamu juga" tambah Haji Othman panjang lebar. Hajah Embun yang duduk di sebelah suaminya itu hanya mengangguk setuju dengan cadangan suaminya itu.
"Tapi, ayah.." belum sempat Dato' Abdullah meneruskan kata-katanya, Qaseh Saffiya dah Zhafira muncul sambil bergelak ketawa.
"Qaseh ni kelakarlah, ma. Haha" Zhafira masih tidak berhenti ketawa. Qaseh Saffiya mencuitnya. Semua mata memandang mereka berdua. "Dah kenapa semua orang pandang Fira macam tu? Fira pakai baju terbalik ke?" tanyanya. Dia memandang bajunya. Qaseh Saffiya meletakkan kopi panas manakala Zhafira meletakkan pisang goreng di atas meja.
"Fira, shuhhh" Zhafran Irfan membuat isyarat menyuruh adiknya senyap.
"Kenapa?" tanya Zhafira perlahan selepas melabuhkan punggung di sebelah abangnya itu. Qaseh Saffiya pula duduk di sebelah Zhafira. Zhafran Irfan hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Macam ni, boleh tak kalau Kalsom serahkan tanah kebun tu dekat abang Lah? Kalau tak boleh, Som pajak je dekat abang Lah" Datin Ainun memulakan bicaranya.
"Tanah kebun?" tanya Saiful. "Kalau serahkan dekat pak long, kami nak makan apa?" tanyanya lagi.
"Kalau perlukan duit, bagitahu je dekat pak long Epul ni, nanti pak long transfer lah" balas Datin Ainun.
"Kenapa nak tanah kebun tu? Bukannya pak long ada bisnes ke?" tanya Saiful lagi.
"Bisnes pak long tengah teruk sekarang, Epul. Sebab tu pak long nak minta tanah kebun tu" balas Dato' Abdullah. "Lagipun tanah kebun tu kan luas, mesti banyak hasilnya" Dato' Abdullah menambah.
"Maksudnya pak long nak keseluruhan? Bukan sebahagian?" tanya Saiful. Dia inginkan penjelasan.
"Kalau boleh tu nak keseluruhanlah. Sebahagian mana cukup. Lagipun kamu kan cikgu, Epul. Tak kan kamu tak dak duit?" tanya Datin Ainun.
"Macam mana, Epul? Som? Zul?" Dia menyebut semua nama mereka anak-beranak. Dia berharap mereka bersetuju.
"Macam yang Som cakapkan dekat abang dengan akak. Som memang tiada apa-apa hak ke atas tanah kebun tu. Abang Zul pun sama. Seratus peratus kami serahkan dekat anak-anak" Kalsom menjawab. Dia mengenggam kuat tangan suaminya.
"Epul setuju?" Pandangannya kini beralih kepada anak saudaranya yang duduk di sebelah Hajah Embun.
"Epul cuma ada 30% je hak atas tanah tu pak long" balas Saiful. Dia menghirup kopi panas.
"Lagi 70%?" tanya Datin Ainun pula. Semua mata memandang Qaseh Saffiya. Qaseh Saffiya yang sedang mengunya pisang goreng terdesak. Cepat-cepat Zhafran Irfan menghulurkan air.
"70% atas nama Qaseh. Qaseh Saffiya Binti Zulkifli" Qaseh Saffiya menyebut nama penuhnya. "So, sekarang ni semua orang nak tahu keputusan Qaseh?" tanyanya. Mereka semua mengangguk.
"Qaseh nak tanya pak long. Boleh Qaseh tahu sebab pak long nak keseluruhan tanah kebun tu?" tanyanya.
"Kan mak long dah cakap tadi. Untuk selamatkan bisnes pak long" balas Datin Ainun geram. Dia menjeling anak saudaranya itu.
"Apa benefit yang Qaseh akan dapat seandainya Qaseh setuju?" soalnya. "Dan kenapa pak long nak keseluruhan tanah kebun tu sedangkan bukan atas usaha pak long?" tambahnya lagi.
"Maksud kau?" tanya Datin Ainun. "Kau nak cakap yang pak long kau ni tiada hak atas tanah kebun tu?" tambah Datin Ainun pula.
"Haah" balas Qaseh Saffiya sepatah.
"Kenapa? Kau takut kau tak kan dapat duit? Kau takut hidup susah? Apa susahnya, kau pergi cari kerja dekat bandar" balas Datin Ainun.
"Apa kata mak long yang buat macam tu? Asyik pak long je kan cari nafkah untuk mak long dengan Maya? Mak long buat apa? Bisnes? Mana bisnes tu? Tak nampak pun" balas Qaseh Saffiya dingin.
"Qaseh" tegur Zulkifli. Dia tak nak anaknya berkelakuan biadap.
"It's okay, ayah. I know my limit. I'm just asking them" balas Qaseh Saffiya lalu tersenyum kepada Zulkifli.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...