Qaseh Saffiya menyusun kuih-muih di atas meja sambil memerhati warga kampung sedang meruntuhkan masjid lama yang menjadi qariah antara beberapa buah kampung di situ."Banyak kuih kau hantar Qaseh" tegur Amier yang kebetulan baru sampai. Qaseh Saffiya tersenyum.
"Hai, Amier. Baru sampai?" tanya Qaseh Saffiya. Amier mengangguk dan berlalu pergi.
"Mangkuk betul dia ni. Tak boleh ke kalau senyum dekat aku? Kemain tegur aku mula-mula tapi hampeh" Qaseh Saffiya membebel.
"Mengumpat, mengumpat. Tercemar semua kuih tu nanti" tegur Zhafran Irfan. Dari tadi dia perasan mulut gadis itu terkumat-kamit seperti sedang mengumpat.
"Kau diam, aku potong mulut kau nanti" Qaseh Saffiya mengangkat pisau dan membuat gaya mahu memotong mulut jejaka itu. Zhafran Irfan tergelak. Pantang ditegur cepat sangat nak melenting.
"Kau mengumpat siapa tadi? Share lah sikit" Zhafran Irfan merapatkan dirinya dengan gadis itu.
"Oi apa dekat-dekat ni? Nanti orang tengok" Qaseh Saffiya hendak melarikan diri akan tetapi terdapat dinding di sebelahnya lalu dia memijak lelaki itu.
"Auch! Sakitlah gila" Zhafran Irfan meraung.
"Itulah siapa suruh dekat-dekat" kali ini giliran Qaseh Saffiya pula tergelak.
"Biarlah nak dekat pun, nanti kita kahwin kena duduk dekat jugak" kata Zhafran Irfan.
"Kau ni" laju sahaja tangan Qaseh Saffiya menutup mulut jejaka itu. "Kau nak semua orang dengar ke? Aku sepak kau kang" ugut gadis itu lagi sambil matanya memandang kiri dan kanan.
"Dah boleh lepas kot tangan kau tu, aku tak boleh bernafas dah ni" Zhafran Irfan menggigit tangan gadis itu.
"Woi, sakit!" giliran Qaseh Saffiya menjerit. Zhafran Irfan ketawa dengan kuat sekali.
"Yang kamu berdua ni kenapa? Kejap menjerit kejap ketawa" tegur Hajah Embun. Hajah Embun baru sahaja sampai bersama Zhafira. Zhafira sudah tersenyum nakal.
"Ni haa, dia gigit tangan Qaseh" Qaseh Saffiya mengadu kepada neneknya.
"Dah dia pi tutup mulut Zhaf, nek. Zhaf gigitlah. Wek" Zhafran Irfan menjelirkan lidahnya. Qaseh Saffiya membuat mimik muka geram.
"Sweetlah korang berdua ni. Main gigit-gigit pula" usik Zhafira. Hajah Embun hanya tergelak kecil lalu menyambung "dah tak sabar sangat ye nak kahwin? Sabar okay cucu-cucu nenek sekalian. Lepas kahwin nanti, gigitlah apa yang korang berdua nak gigit tu" Zhafira yang mendengar ketawa besar. Padan muka! Merah padam muka Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan. Tak sangka nenek mereka pun kaki menyakat juga.
"Ha.. kenapa diam pula? Dah habis modal?" soal Hajah Embun. Pelik dia melihat mereka berdua yang tidak membalas, kalau tidak ada sahaja perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka.
"Betullah apa yang nenek cakapkan tu. Lepas ni bolehlah kau nak gigit aku, Qaseh. I willing everything for you, sayang" kata Zhafran Irfan. Dia pun turut menyakat gadis itu.
"Kau memang nak kena dengan aku kan, Zhaf" Qaseh Saffiya mencubit kuat jejaka itu.
"Arghhh!" Zhafran Irfan menyeringai kesakitan. "Sakitlah gila, berbisa betul cubitan kau ni sampai berbekas" dia mengangkat sedikit baju t-shirtnya untuk melihat bekas cubitan gadis itu dan menggosok perlahan.
"Padan muka" Qaseh Saffiya ketawa puas hati.
"Ish, korang berdua ni. Ada yang bagi nikah sekarang kang, dah alang-alang kita dekat masjid ni" kata Hajah Embun.
"Nak nikah apa nenek? Mana ada masjid, tapak adalah" Zhafran Irfan membalas. "Betul betul" Qaseh Saffiya menyokong.
"Tapak pun tapaklah. Nanti masjid baru akan dibina dekat tapak tu jugak" Hajah Embun menambah. "Nak nikah sekarang?" ugutnya.
"Tak nak" mereka berdua menjawab serentak.
Tahu takut!
Amier yang kebetulan mahu ke motosikalnya untuk mengambil sesuatu secara tidak sengaja telah terdengar keluarga Qaseh Saffiya bersembang. "Nikah? Siapa nak nikah? Qaseh ke?" hatinya berkata.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...