BAB 48

5 0 0
                                    



Tiga puluh lima tahun yang lepas...

"Abang Zul, saya dah bunuh mak saya, abang. Sekarang ni dah tak ada sesiapa yang akan menghalang hubungan kita berdua, bang" kata Saidah. Dia datang dengan keadaan tangan yang dilumuri darah emaknya.

"Apa yang awak cakapkan ni Saidah?" tanya Zulkifli. "Kenapa awak bunuh mak awak? Awak dah jadi pembunuh Saidah" tambah Zulkifli lagi.

"Tapi saya bunuh mak saya demi abang Zul" kata Saidah. "Mak kan dah jadi penghalang hubungan kita berdua"

"Hubungan? Hubungan apa, Saidah?" tanya Zulkifli lagi.

"Hubungan kita, abang. Kita kan sepasang kekasih" kata Saidah pula.

"Apa yang awak mengarut ni? Saya tak pernah cintakan awak, Saidah" kata Zulkifli memandang ke tepi.

"Tapi, yang selama ni abang Zul baik dengan saya tu apa?" tanya Saidah polos.

"Saya baik dengan semua orang, Saidah. Saya anggap awak sebagai jiran saya je, Saidah. Lagipun saya dah cintakan orang lain" balas Zulkifli.

"Abang Zul cintakan siapa, bang?" dada Saidah sudah turun naik. Dia sedang menahan marah.

"Kalsom" jawab Zulkifli sepatah.



"Dah ingat?" tanya Kalsom. Kini, Kalsom sedang berdiri tegak di hadapan Saidah yang sedang duduk di bawah.

"Kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku, Kalsom?" tanya Saidah berang.

"Itu semua takdir yang tertulis, Saidah. Kita ni dulu berkawan baik, tapi disebabkan kau yang terlalu buta akan cinta dan salahkan takdir, kau dah tak nampak apa yang baik apa yang buruk. Anak aku tak salah, Saidah. Yang salah tu, kau" kata Kalsom. "Kau terlalu taksub akan kesempurnaan, kau cintakan abang Zul sebab dia ada segalanya, Saidah. Dan kau berkahwin dengan abang Hassan pun sebab wajah diorang berdua hampir sama. Kau didik anak kau supaya jatuh cinta dekat seorang perempuan yang sama macam kau. Kau bencikan anak aku sebab anak aku mirip aku kan, Saidah? Sedangkan kau tahu dari dulu lagi anak kau cintakan anak aku. Sebab dendam kau lupa diri dan musnahkan harapan anak kau. Kau tengok sekarang apa dah jadi, bakal menantu pilihan anak kau dah meninggal. Polis boleh tiba bila-bila masa sahaja dekat sini, Saidah. Polis akan bawa Amier pergi. Dan kau? Masih nak salahkan takdir? Berubahlah, Saidah. Dendam kau tu akan musnahkan diri kau nanti" panjang lebar Kalsom berkata.

Saidah yang tidak dapat menerima kenyataan itu bangkit dan menuju ke arah Kalsom. Dia mengambil parang yang dilempar anaknya tadi dan mahu menetak Kalsom yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Saidah!" jerit Hassan dengan sekuat hatinya. Parang itu mengenai Hassan, suaminya sendiri. Saidah terkejut. Semua orang terpana.



Dengan dua kali lafaz, Qaseh Saffiya sudah sah menjadi milik Zhafran Irfan. Pada saat Zhafran Irfan mahu menyarung cincin, Qaseh Saffiya berkata "buat malu je lafaz sampai dua kali"

"Aip" Hana menampar lembut lengan sahabatnya itu. 'Budak Qaseh ni sampai ke nikah pun nak cari gaduh dengan si Zhaf lagi'

"Betullah. Haritu abang Epul sekali je lafaz. Tok laki aku ni sampai dua kali" bisik Qaseh Saffiya.

"Abang dengar tu Fiya. Tak baik kutuk abang" tegur Zhafran Irfan lalu menyarungkan cincin ke jari manis isterinya itu. Cantik sungguh gadis yang sudah sah menjadi isterinya ini. Warna putih sangat sesuai digayakan oleh isterinya, berseri-seri.

"Fiya?" tanya Qaseh Saffiya. Zhafran Irfan hanya mengangguk. 'Ekk, Fiya? Oh my God!'

"Okay semua tengok sini, kita nak ambil gambar" kata jurugambar tersebut. Dia sudah bersedia dengan kamera di tangannya.

"Asal macam aku kenal je suara ni?" Hana berbisik di telinga Qaseh Saffiya.

"Kau kenal ke pemilik suara ni?" tanya Qaseh Saffiya. Dia tersenyum penuh makna.

"Okay semua, sedia ye" kata jurugambar itu lagi.

Hana yang penuh tanda tanya sedang termenung. Cuba mengingat di mana dia pernah mendengar suara itu.

"Cik yang sebelah pengantin tu, boleh pandang sini tak?" kata jurugambar tersebut. Semua mata memandang Hana. Hana tersengih malu.

Selesai bergambar, mereka pun berjalan ke arah bawah khemah untuk menjamu selera.

"Okay, kita akan ambil gambar pengantin sedang makn pulak ye" kata jurugambar itu lagi.

"Nak ambil posisi macam mana?" tanya Qaseh Saffiya. Dia sengaja bertanya kerana mahu jurugambar tersebut menurunkan kamera yang dipegangnya tadi.

Hana yang sedang minum air hampir tersedak apabila melihat jurugambar itu menurukan kameranya.

"Ikhwan?" tanya Hana. Dia terkejut.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now