Sebuah kereta saga diparkir tepat di perkarangan rumah Zaleha. Mereka bergegas masuk ke dalam rumah dan kelihatan Jamal, bekas suami Zaleh sedang duduk di atas sofa bersama isterinya, Jamilah."Abang nak apa datang sini?" tanya Zaleha. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya. Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan terus mara ke arah anak-anak Zaleha untuk mententeramkan mereka. Jelas terpancar riak ketakutan di wajah masing-masing. Terkejut dengan kedatangan ayah mereka barangkali.
"Aku nak tanah rumah ni" kata Jamal. Dia memerhati sekeliling ruang tamu rumah tersebut. Masih sama seperti dahulu pada saat dia mula menikah dengan wanita itu.
"Kenapa abang nak tanah rumah ni? Tak cukup dengan apa yang abang dah buat pada Leha, pada anak-anak?" tanya Zaleha. "Lagipun tanah ni bukan tanah Leha, tanah ni atas nama arwah ayah" tambahnya.
"Mana geran tanah rumah ni, mak? Aku nak korang berdua sign dan serahkan kepada aku sekarang juga" arah Jamal.
"Abang tak dak hak atas rumah ni, bang. Ni rumah keluarga Leha, bukan rumah abang" bantah Zaleha.
"Bagi je lah, banyak bunyilah kau ni" celah Jamilah pula.
"Kalau kau tak nak bagi, serahkan anak-anak kau dekat aku" ugut Jamal. Dia memandang ke arah anak-anak dia dengan Zaleha yang sedang duduk di sebelah televisyen bersama Qaseh Saffiya.
"Ni anak-anak Leha, bang. Abang tak boleh ambil diorang macam tu je" kata Zaleha.
"Kau tamak, Zaleha. Aku minta tanah kau tak nak bagi, aku minta anak pun kau tak bagi. Baik, kalau macam tu kita jumpa dekat mahkamah" ugutnya lagi.
"Mahkamah?" celah Qaseh Saffiya. "Abang Jamal rasa abang boleh menang ke kes ni?" tanyanya lalu tersenyum sinis.
"Apa maksud kau? Ni kan anak-anak diorang, mestilah Jamal ni ada hak" balas Jamilah.
"Memang ni anak diorang, tapi siapa yang jaga diorang ni semua selama ni? Siapa yang besarkan diorang? Dan, seperti yg Kak Leha cakapkan tadi, tanah ni atas nama arwah ayah dia. Abang ni siapa? Bekas menantu je. Apa hak abang?" tanya Qaseh Saffiya. "Kelakar sangat" tambahnya lalu tergelak.
"Kau main-mainkan aku ke, Qaseh?" tanya Jamal. Dia mencerlung tajam ke arah gadis itu.
"And one more, kalau abang nak failkan hak penjagaan anak-anak ni atas nama abang, silakan. Kak Leha pun akan failkan kes atas abang, iaitu tidak pernah memberi nafkah zahir kepada Kak Leha sedangkan nafkah batin abang mampu bagi. Anak-anak ni semua dibesarkan atas titik peluh Kak Leha seorang diri" kata Qaseh Saffiya. "Eh, sebelum Qaseh terlupa Kak Leha pun boleh cakap dekat mahkamah nanti "suami saya curang dengan isteri orang" tambahnya.
"Kau jangan nak buat fitnah, Qaseh!" kata Jamal. Dia menahan marah.
"Ops! Salah ek? Tapi abang pernah tanya status perempuan ni tak? Kalau tak silap Qaseh, kak Jamilah ni isteri ketiga Pak Ayob. Kesian Pak Ayob, kena tipu hidup-hidup. Tapi lagi kesian dekat abang, sanggup tinggal anak bini sebab perempuan ni" Qaseh Saffiya membuat muka jijik. Dia membalas jelingan Jamilah itu.
"Kau" Jamal mengangkat tangannya untuk menampar muka gadis itu tetapi ditahan oleh Zhafran Irfan.
"Benda boleh settle baik-baik, bang" Zhafran Irfan melepaskan tangan Jamal.
"Kak!" jerit Zali yang muncul di muka pintu rumah itu. Dia melepaskan sebiji tumbukan ke wajah Jamal. Kemudian dia menggenggam kolar kemeja Jamal sambil berkata "Kalau kau datang sini lagi aku bunuh kau"
"Zali!" jerit emak mereka. "Dah lah, Zali" dia menarik lengan anaknya. "Kamu pergilah balik, Jamal. Bawa isteri kamu sekali. Jangan kamu jejak kaki ke sini lagi" halaunya.
Jamilah yang tidak tahan dihina itu mara ke arah anak-anak Zaleha. Dia menarik rambut Syuhadah iaitu anak ketiga Zaleha. Pada saat dia ingin mengangkat tapak tangannya untuk menampar Syuhadah, Qaseh Saffiya menahan. Qaseh Saffiya menarik tangan wanita itu ke belakang.
"Zhaf, call polis sekarang!" jerit Qaseh Saffiya. Zhafran Irfan hanya mengangguk.
"Polis?" tanya Jamilah. "Lepaskan aku! Lepas!" jeritnya.
"Qaseh, baik kau lepas Jamilah" pinta Jamal. Qaseh Saffiya megetatkan lagi pegangannya di tangan wanita itu. Jamilah menjerit kesakitan.
"Perempuan macam ni abang jadikan isteri?" tanya Qaseh Saffiya. Dia menolak belakang tubuh wanita itu. "Pergi kau, jangan datang lagi" tambahnya. Mereka bergegas keluar dari rumah itu lalu menyarungkan selipar.
"Ingat ni, kalau aku nampak bayang kau orang berdua dekat sini lagi, siap korang aku kerjakan" ugut Qaseh Saffiya. Dia membuat isyarat memotong leher menggunakan pisau.
Kereta yang dipandu Jamal itu pun berlalu pergi.
"Ibu! Syuhadah pengsan!" jerit Arash.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...