BAB 31

3 0 0
                                    



"Banyak pula cekadak kau, Qaseh. Bagi je lah" Maya pula mencelah.

"Maya" tegur Dato' Abdullah pula. Dia juga tidak mahu anaknya berkelakuan tidak sopan di hadapan ahli keluarganya. Maya yang mendengar papanya menyebut namanya, dia mendengus.

"Qaseh perlukan jawapan" balas Qaseh Saffiya. Dia memandang pak longnya.

"Senang je, Qaseh. Kau bagi je tanah kebun tu dekat pak long kau. Lepas pak long kau jual tanah tu, dapat duit then kita bahagilah sama rata" balas Datin Ainun pula. Qaseh Saffiya yang mendengar hanya ketawa.

"Apa jaminannya?" tanya Saiful pula. Dari tadi dia melihat mereka berbincang.

"Kita sign kontrak perjanjian, boleh?" Dato' Abdullah memberi cadangan.

"Macam ni lah, Qaseh ada penyelesaiannya. Seandainya pak long nak keseluruhan tanah tu, Qaseh boleh bagi" jawab Qaseh Saffiya lalu menghirup kopi yang masih berasap tu.

"Maksud Qaseh?" tanya Saiful. Dia tidak percaya. Tak kan adiknya sesenang tu nak bagi tanah kebun?

"Dengan beberapa syarat. Syarat pertama, sebelum surat pemilikan tanah kebun tu bertukar nama pemilik, pak long dan family pak long yang tercinta kena bayar keuntungan hasil jualan sayur dan buah dari kebun tu dekat Qaseh. Nanti Qaseh bagi akaun bank, syarat kedua pak long kena bayar bil elektrik dan air untuk rumah nenek dan rumah ayah" Qaseh Saffiya menerangkan dengan panjang lebar.

"What? Kau dah gila ke? Mana kitorang nak cari duit untuk bayar hasil jualan sayur dengan buah kebun kau tu?" Datin Ainun sudah naik angin.

"Qaseh tak habis lagi tau. Syarat ketiga, carikan Qaseh pekerjaan yang sesuai dekat KL dan tanggung makan minum sepanjang Qaseh kerja dekat sana, syarat keempat, tiap kali gaji pak long, 50% kena bagi dekat Qaseh. Setuju?" Qaseh Saffiya melepaskan senyumannya.

"Mak long tak setuju. Apa kejadahnya syarat kau tu?" Datin Ainun membantah.

"Maya pun tak setuju" balas Maya pula.

"Tak setuju? Then, settle lah. Qaseh tak perlu serahkan tanah kebun tu. Seperti yang diketahui semua, keuntungan yang Qaseh dapat setiap kali jual hasil kebun tu bukan sikit ye. Berpuluh ribu Qaseh boleh dapat dalam masa sebulan" Qaseh Saffiya menjelaskan. Sengaja nak mengapikan lagi ibu saudaranya yang tak sedari diri itu.

"Boleh pak long tahu kenapa Qaseh letak syarat macam tu?" tanya Dato' Abdullah.

"Sebab duit" senada sahaja Qaseh Saffiya membalas.

"Aku dah agak dah. Sebab duit kau jadi macam ni Qaseh. Patutlah tak belajar tinggi, duduk kampung ni je" hina Maya kepada Qaseh Saffiya. Semua orang tersentak mendengar kata-kata hinaan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Samalah dengan korang. Sebab duit baru korang balik kampung" balas Qaseh Saffiya. Dia tersenyum sinis. Maya menjeling tajam.

"Qaseh, kau jangan biadap dengan anak aku" tegur Datin Ainun.

'Ewah ewah, siapa biadap dengan siapa sekarang ni?' getus hati kecil Qaseh Saffiya.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now