"Assalamualaikum, nek" Qaseh Saffiya memberi salam sebaik sahaja tiba di hadapan rumah neneknya, Hajah Embun."Waalaikumussalam, nenek kat bilik belakang ni" laung Hajah Embun dari dalam rumah. Hajah Embun sedang mengemaskan bilik untuk anak cucunya yang akan datang hujung minggu ini.
"Nenek buat apa ni? Atuk mana?" tanya Qaseh Saffiya. Matanya melilau mencari kelibat atuknya, Haji Othman. Biasanya waktu begini atuknya ada sahaja di rumah.
"Atuk kamu ada tu ha dekat kolam ikan belakang rumah tu" muncung bibir Hajah Embun menunjukkan keberadaan suaminya. "Ni nenek tengah kemas bilik hujung minggu ni Mak Ngah Maznah sekeluarga nak datang tidur sini" tambah Hajah Embun lagi sambil menukar cadar.
"Nak Qaseh tolong apa-apa tak?" Qaseh Saffiya bertanya.
"Ha boleh juga. Kamu tolong pergi kemas bilik sebelah"
Qaseh Saffiya mengangguk.
"Dah balik?" tegur Puan Maznah apabila melihat kelibat anak terunanya itu masuk ke dalam rumah sambil melonggarkan tali lehernya.
Zhafran Irfan hanya mengangguk.
"Banyak sangat kerja dekat office tu ma, Zhaf rasa macam tak sempat je siap sebelum hujung minggu ni" dia mula mencari alasan untuk tidak pulang ke kampung. "Boleh tak kalau..." belum sempat Zhafran Irfan menyambung,
"Dah, tak payah nak cari alasan. Mama dah call nenek kamu dah bagitahu kita semua balik kampung. Siap atau tak kerja kamu tu, kita wajib balik kampung. Titik." Puan Maznah memberi amaran. Dia sudah masak dengan perangai anak terunanya itu. Beribu alasan akan dicari untuk tidak turut serta pulang ke kampung.
"Ala, mama ni.. please.." Zhafran Ifran mengedipkan matanya berkali-kali. Ingat comel lah tu!
"No means no, u must obey to your mom. Understand?" Puan Maznah malas hendak melayan lagi.
"Tapi, ma.." Zhafran Irfan masih memujuk.
"Nak cium bau syurga tak?" ugut Puan Maznah. Melihatkan muka seposen anaknya itu, dia tersenyum kemenangan.
Mama ni, tak aci betul! Huh.
Zhafira yang baru turun dari tangga melihat muka monyok abangnya menegur, "Bik, kenapa ada cekodok dekat sini?"
"Cekodok? Bibik enggak bikin cekodok sih" kata bibik Salma, pembantu rumah warga indonesia yang bekerja hampir 20 tahun dengan keluarga Puan Maznah.
"Itu bik, cekodok yang pakai kemeja" Zhafira menunjuk ke arah abangnya.
"Oh, kalau cekodok itu bibik enggan bikin, Fira. Itu mama Fira yang bikin tadi" Bibik Salma membalas. Dia ketawa kecil.
"Cekodok? Muka hensem macam ni dikatanya cekodok? Kurang asam kau, Fira"
Maka, bermulalah aksi kejar mengejar antara dua beradik itu. Naik pening bibik Salma dibuatnya.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...