"Mummy oh mummy" laung Dora sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke rumahnya.'Mana mummy ni, kereta ada tapi orangnya tak ada' dia berjalan melangkah anak tangga banglo itu satu persatu. Dia terdengar gelak tawa dari atas. Dia memanggil mummynya lagi.
Dia berjalan menuju ke bilik mummynya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat mummynya sedang berselimut dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu.
"What are you doing, mummy?" tanya Dora.
"Dora" panggil mummynya, Maslina. Maslina memperbetulkan bajunya dan turun dari katil. Dia mengejar anaknya yang sudah turun ke bawah. "Dora, I can explain everything" jerit Maslina.
"Qaseh, kenapa Qaseh letak syarat macam tu semalam?" tanya Zulkifli saat mereka sedang bersarapan bersama pada pagi itu.
"Saja" balas Qaseh Saffiya sepatah.
"Saja?" tanya Kalsom pula.
"Qaseh nak ajar sikit diorang tu, ayah. Punyalah susah payah kita uruskan kebun tu, senang-senang je diorang nak?" tanya Qaseh Saffiya. "Maya tu dah 18 tahun ayah, maksudnya dah 18 tahun pak long tu tak balik kampung. Mana pak long masa mak call dia nak pinjam duit dulu? Mana pak long masa atuk sakit dulu? Mana pak long setiap kali atuk kena pergi check up setiap bulan dekat hospital tu? Mana pak long setiap kali raya nenek rindukan anak lelaki dia?" panjang lebar Qaseh Saffiya bertanya ayah dan emaknya. Dia penat dengan drama manusia yang bila tiada duit, baru ingat nak balik kampung.
"Tapi, Qaseh. Dia kan abang emak Qaseh ni?" tanya Saiful.
"Then, kenapa bukan abang yang gantikan tempat Qaseh? Kenapa Qaseh yang kena uruskan kebun tu? Kenapa abang boleh teruskan kerjaya abang tapi bukan Qaseh? Kenapa abang? Lama tau Qaseh dekat oversea tu untuk kejar cita-cita dan impian Qaseh untuk jadi fashion designer. Abang dah capai cita-cita abang untuk jadi cikgu, tapi tidak Qaseh. Baru dua tahun bang Qaseh jadi fashion designer, tapi Qaseh dipanggil balik ke sini semata-mata untuk uruskan kebun tu. Mana abang dan angah masa tu? Angah pun siap berkahwin duduk jauh lagi. Abang pun siap jadi cikgu lagi. Qaseh?" Qaseh menahan air matanya dari turun. "Qaseh tak minta banyak, tolonglah faham Qaseh. Qaseh buat macam ni bersebab. Bukan sekadar suka-suka" tambahnya lalu beredar dari dapur. Mereka semua terdiam mendengar kata-kata Qaseh.
"Arghhh!" Qaseh Saffiya menjerit kuat di dalam kebunnya sebagai melepaskan tekanan yang sedang dihadapinya. Burung-burung berterbangan dek jeritan gadis itu.
"Kau kenapa Qaseh?" tegur Zali. Terkejut dia saat terdengar jeritan gadis itu. Dia berlari laju ke arah gadis itu.
"Dah lama aku tak jerit. Tak sangka jeritan aku masih kuat seperti dulu" balas Qaseh Saffiya.
"Terkejut aku. Ingat kau kena apa-apa dalam kebun ni" Zali melepakan keluhannya. Qaseh Saffiya hanya tergelak kecil
"Macam mana? Kau ada tanya tak bila diorang boleh datang korek tanah dekat sini untuk buat kolam ikan tu?" tanya Qaseh Saffiya sambil memandang tanah lapang di hadapannya.
"Dah, petang ni diorang datang" balas Zali.
"Wah, cepatnya. Bagus. Nanti aku up gaji kau" balas Qaseh Saffiya. Dia tersenyum puas. Impiannya untuk membina sebuah kolam ikan bakal tercapai.
"Amier, you kat mana?" tanya Dora saat Amier menjawab panggilannya.
"Dekat office. I ada meeting ni, Dora. Nanti I call you" Amier terus meletakkan panggilan dan bergegas menuju ke bilik mesyuarat.
"Shit!" Dora menghempaskan telefon di kerusi penumpang kereta. Dia menjerit di dalam kerentanya sambil memukul stereng kereta miliknya itu.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...