"Hai Amier. Lama tak nampak kau. Bila balik?" tegur Hisham yang kebetulan lalu di hadapan rumah Amier. Tak sangka pula dia boleh terserempak dengan rakan sekolahnya itu. Hampir lima tahun Amier dekat tidak pulang ke kampung."Semalam" jawab Amier sambil membalas high-five dari Hisham.
"Kau dah jumpa dengan Qaseh?" tanya Hisham sebaik sahaja punggungnya diletakkan ke atas pangkin.
"Kenapa tu soalan first dari kau?" tanya Amier semula. Ni dah soalan ke berapa entah aku dapat harini, semua orang tanya aku dah jumpa Qaseh aka minah korea tu ke belum..
"Laa, Qaseh kan buah hati kau. Sebab tu aku tanya" Hisham ketawa sebaik sahaja melihat penumbuk yang ditunjukkan Amier.
"Banyaklah kau punya buah hati, bila masa aku suka dekat dia?" tanya Amier. Dia malas plus rimas. Dia tidak sukakan Qaseh Saffiya. Baginya, minah kampung itu tidak layak untuk dirinya. Sebaik sahaja menamatkan zaman sekolah, rata-rata antara mereka memilih untuk sambung belajar, tetapi tidak gadis itu. Dia lebih memilih untuk tolong emak dan ayahnya menguruskan kebun mereka yang sekangkang kera itu. Tengoklah sampai sekarang, Qaseh Saffiya masih sahaja selekeh, langsung tidak pandai bergaya. Lainlah dia, kacak bergaya.
"Eh, satu kampung dah tahulah macam mana si Qaseh tu sukakan kau. Tiap kali jumpa kau mesti dia akan cakap 'saranghae'" Hisham ketawa bila teringatkan wajah gadis itu setiap kali mengungkapkan perasaannya kepada Amier. Saranghae saranghae..
"Dia yang suka aku, bukan aku suka dia" Amier melepas pandang jauh ke jalan yang berada di hadapannya.
"Amier, Qaseh sukakan Amier. Saranghae" ucap Qaseh Saffiya semasa mereka pulang bersama-sama pada petang itu. "Amier, dengar tak ni?" tanya Qaseh Saffiya apabila jejaka di hadapannya tidak membalas kata-katanya.
"Tapi Amier tak suka Qaseh" jawab Amier tulus. Dia cuma menganggap Qaseh Saffiya tak lebih dari seorang rakan sekelas.
"Tapi, Amier kan banyak tolong Qaseh. Amier sentiasa ada untuk Qaseh tiap kali Qaseh perlukan pertolongan" kata Qaseh Saffiya dengan lembutnya.
"Tu cuma pertolongan sebagai seorang kawan, tak lebih dari tu" Amier cuba membetulkan keadaan semula. Dia tidak menyangka pertolongannya selama ini disalah ertikan oleh gadis tersebut.
"Tapi.." belum sempat Qaseh Saffiya menghabiskan ayatnya, Amier memotong "Dah, cepat sikit tolak basikal tu, nanti kita lambat sampai rumah" Amier sudah naik ke atas basikal dan mengayuh meninggalkan gadis itu jauh di belakang.
"Kau kenapa aku panggil tak dengar? Berangan ke?" tegur Hisham. Puas sudah dia memanggil rakannya itu tetapi tidak mendapat tindak balas.
"Zhaf, hujung minggu ni kita balik kampung" Puan Maznah memulakan bicara pada petang itu. Mereka sekeluarga sedang menikmati minum petang.
"Tak nak lah, ma. Rumah nenek tu panas" Zhafran Irfan membalas lalu menghirup teh o panas.
Papp! Laju sahaja tangan Puan Maznah memukul lengan anak lelakinya.
"Apa ni ma, sakitlah" Zhafran Irfan menyeringai kesakitan dek pukulan mamanya itu.
"Bawa je aircond tu balik kampung nanti" Zhafira mencelah. Dia menjelir lidah apabila melihat abangnya itu sudah menjegilkan mata ke arahnya.
"Haa, betul tu Zhaf. Kamu bawa je aircond tu, letak dekat ruang tamu rumah nenek nanti. Untung-untung semua boleh merasa" Encik Mustafa pula menyokong kata-kata anaknya, Zhafira. Semua ketawa geli hati melihat muka cemberut Zhafran Irfan.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...