BAB 20

4 0 0
                                    



"Kau ada dengar tak pasal kebun Haji Othman terbakar tu?" soal Amier pada petang itu. Dia sedang duduk bersembang dengan Natasya yang datang ke rumahnya. Tetapi tiada tindak balas dari Natasya. Muka gadis itu kelihatan agak pucat.

"Kau dah kenapa Tasya? Muka pucat macam nampak hantu" tanya Amier lagi. Dia memerhati muka Natasya.

"Hah? Kau cakap apa tadi?" tanya Natasya semula.

"Aku tanya, kau ada dengar tak pasal kebun Haji Othman yang terbakar tu?" ulang Amier.

"Oh.. terbakar. Kenapa?" tanya Natasya semula. Dia buat endah tidak endah sahaja. Nampaknya rancangannya berjaya. Tak sia-sia dia mengupah Halim. Dia tersenyum sinis.

"Kau ni kejap termenung, kejap senyum. Kau okay ke tak sebenarnya?" Amier mula risau melihat gadis itu. "Kalau tak okay, aku boleh bawakan kau ke klinik" tambahnya lagi.

"Aku okay je lah. Eh, btw kau balik KL bila?" tanya Natasya. Dia mula mengawal reaksi mukanya. Tidak mahu nampak terlalu ketara.

"Haah. Aku balik malam ni" jawab Amier.

Tiba-tiba..,

"Assalamualaikum" Qaseh Saffiya memberi salam. Dia berencana mahu ke rumah Natasya malam ini tetapi tidak menyangka dapat berjumpa gadia itu di rumah Amier dek kerana neneknya menyuruh dia menghantar pulut durian kepada ayah Amier.

"Waalaikumussalam. Ada apa datang rumah aku ni?" soal Amier.

"Aku datang nak hantar pulut durian ni dekat ayah kau" jawab Qaseh Saffiya malas. Matanya masih tajam memerhati Natasya yang duduk berhadapan dengan Amier itu.

"Kau apahal tengok aku sampai macam tu?" soal Natasya. Dia berasa tidak sedap hati.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula" balas Qaseh Saffiya. Dia tersenyum sinis. Natasya tidak senang duduk. "Kau okay ke Tasya? Apasal tengok aku macam nampak hantu je?" tambah Qaseh Saffiya lagi.

"Ayah aku ada dekat dapur tu haa, pergilah" halau Amier.

"Okay" Qaseh Saffiya berlalu pergi ke dapur rumah Amier. Amier pelik kerana gadis itu seperti tidak perasan akan kewujudannya di situ.

"Assalamualaikum, pak cik Hassan. Ni nenek ada bagi pulut durian" Qaseh Saffiya memberi salam dan masuk ke dapur melalui pintu belakang.

"Waalaikumussalam, wah pulut durian lagi. Sedapnya. Kenyanglah pak cik macam ni" balas Hassan. Dia membuka tupperware yang berisi pulut dan durian itu. "Pulut nenek kamu ni tak pernah menghampakan dari dulu sampai sekarang, memang terbaik" puji Hassan yang membuatkan gadis itu tersenyum. Dia pun akui masakan neneknya memang sedap-sedap belaka.

"Hah, kau buat apa dekat sini?" tegur Saidah.

"Qaseh datang hantar pulut durian ni, marilah makan" Hassan menjawab bagi pihak Qaseh Saffiya. Dia mencedok pulut ke dalam pinggannya.

"Bukannya kau datang sini nak jumpa Amier ke?" tanya Saidah. Dia menuang air sejuk ke dalam cawan dan menyerahkan kepada suaminya.

"Taklah, mak cik. Qaseh memang datang sini untuk bagi pulut ni je" Qaseh Saffiya menjawab dengan sopan. Dia melihat Hassan makan dengan berseleranya. "Sedap tak pak cik?" tegur Qaseh Saffiya.

"Mestilah sedap" jawab Hassan. Saidah menjeling.

"Kau masih sukakan Amier ke Qaseh?" tanya Saidah. Pertanyaan itu membuatkan suaminya tersedak.

"Kenapa awak tanya dia macam tu?" tanya Hassan. Dia mula risau jikalau isterinya membuat perangai lagi.

"Yelah, sajalah saya nak tahu sama ada si Qaseh ni suka atau tak lagi dekat anak kita tu" jawab Saidah malas.

"Kenapa mak cik?" tanya Qaseh Saffiya. Dia pelik.

"Jawab jelah soalan aku" desak Saidah.

"Saya suka Amier tu. Dia kan kawan saya dari zaman sekolah lagi" Qaseh Saffiya mengambil jawapan yang paling selamat.

"Tapi, aku tak suka dekat kau" jawab Amier yang tiba-tiba muncul di dapur selepas menghantar Natasya pulang.

"Apa maksud kau?" tanya Qaseh Saffiya.

"Kau kan suka dekat aku. Tapi aku tak suka dekat kau" jawab Amier lalu duduk di tangga dapur rumahnya.

"Tapi kita kan kawan?" jawab Qaseh Saffiya. Acap kali dia mendengar bahawa Amier tidak sukakannya jadi dia sudah mengambil keputusan untuk melupakan jejaka itu dan menganggap mereka sebagai kawan.

"Sebelum ni kan kau suka aku separuh mati?" tanya Amier. Dia musykil. Qaseh Saffiya yang dia kenal bukan seperti gadis di hadapannya ini. Qaseh Saffiya yang dia kenal adalah gadis yang separuh mati tergilakan dia.

"Itu sebelum. Ni sekarang, kau ingat aku nak suka kau sampai bila-bila ke?" Zass! Kata-kata Qaseh Saffiya itu bagaikan halilintar.

"Jadi, sekarang kau dah tak suka anak aku?" tanya Saidah pula. Hassan yang sudah selesai makan bergerak naik ke atas. Tidak mahu mencampuri urusan mereka.

"Tak, mak cik" jawab Qaseh Saffiya.

"Then, kau boleh balik. Dan jangan pernah datang ke sini lagi" halau Saidah. Qaseh Saffiya yang terkejut terus mengangkat punggunya dari kerusi dan berlalu pergi ke arah pintu yang dimasukinya tadi.

"Aku nak kau tahu something Qaseh, aku sampai mati pun takkan terima kau dalam hidup aku. Gadis kampung yang selekeh macam kau ni tak layak untuk aku. Cuba kau tengok diri kau" Amier menuding jarinya ke arah gadis itu. "Dengan kemeja kotak-kotak kau tu, rambut pendek macam lelaki, muka pun comot. Kau rasa ada ke lelaki yang nak dekat kau?" Amier menambah. "Lagipun dengan apa yang kau ada sekarang ni boleh ke pergi jauh? Kau belajar pun setakat SPM ja, hidup kau 24jam dekat kebun sekangkang kera tu lepastu tolong nenek kau buat kuih letak dekat kedai" kata-kata yang dilontar Amier masuk ke lubuk hati Qaseh Saffiya yang paling dalam.

Pang! Qaseh Saffiya menampar wajah Amier dengan sekuat hatinya. Dia sudah tidak tahan lagi dihina oleh jejaka itu. Dia tergopoh-gopoh menyarung seliparnya dan berlalu dari situ.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now