BAB 15

3 0 0
                                    



"Esok kita dah boleh start runtuhkan masjid yang lama tu" kata Haji Othman kepada ketua kampung selepas selesai solat isyak berjemaah di masjid malam itu.

"Boleh. Jadinya esok kita kumpulkan beberapa orang anak muda untuk tolong apa yang patut lah ye" kata imam, Haji Ismail. Yang lain hanya menangguk setuju. "Kalau macam tu saya serahkan tugas ni kepada kamu Zali, esok kamu kumpulkan kawan-kawan kamu suruh datang dekat masjid lama kita tu" tambahnya lagi.

"Baik imam" Zali mengiyakan.

"Alhamdulillah, dapat juga kita bina masjid baru ni untuk kampung dekat sini ya, papa" kata Zhafran Irfan saat mereka berjalan pulang ke rumah.

"Betul tu, dapatlah tolong apa yang patut. Lagipun ini kan kampung kelahiran mama kamu" balas Encik Mustafa. Dia teringat macam mana dia bertemu dengan isterinya, Puan Maznah di kampung ini. Ketika itu mereka masing-masing berusia belasan tahun. Dia tersenyum.

"Papa ni kenapa tiba-tiba senyum?" tanya Zhafira. Dari tadi dia perasan papanya itu tersenyum.

"Papa teringat macam mana papa berjumpa dengan mama korang dekat kampung ni" kata Encik Mustafa.

"Ha.. dia mula dah" kata Puan Maznah. Mereka semua tertawa.

"Qaseh, kamu tak nak kahwin ke?" tanya Puan Maznah secara tiba-tiba. Qaseh Saffiya yang berjalan bersama Zhafira di belakang tersentak. Kahwin? Oh no! "Qaseh, mak ngah tanya ni" tambah Puan Maznah lagi kerana gadis itu tidak memberikan sebarang tindak balas.

"Hah, apa mak ngah?" Qaseh Saffiya yang terkejut bertanya semula kepada mak ngahnya.

"Mama tanya Qaseh tak nak kahwin ke?" Zhafira mewakili mamanya. Dia melihat gadis itu masih seperti tadi, tiada respon.

"Tak kot" jawab Qaseh Saffiya.

"Tak?" Puan Maznah dan Encik Mustafa bertanya serentak.

"Kenapa kau tak nak kahwin? Tak laku ke?" tanya Zhafran Irfan. Saja nak cari gaduh.

"Amboi mulut kau, aku cili kang" jawab Qaseh Saffiya. "Aku laku okay, aku je yang tak nak kahwin" tambahnya lagi dengan penuh yakin.

"Yeke? Tengok macam tak laku je" Zhafran Irfan mengecilkan matanya.

"Mana kau tahu aku tak laku?" tanya Qaseh Saffiya.

"Tengok pun dah tahu. Boyfriend pun kau takde pastu asyik busy je memanjang dengan kebun tu" jawab Zhafran Irfan. Dia yakin gadis itu tiada teman lelaki. Hal ini kerana dia tidak pernah ternampak gadis itu bergayut di telefon seperti adiknya, tambahan pula cara berpakaian gadis itu yang sangat santai tanpa berfikir langsung untuk kelihatan cantik!

"Tak semestinya tak dak pasangan tak boleh kahwin, yang ada pasangan boleh kahwin, kot-kot tak dak jodoh. Mana tahu, ada orang tengah jaga jodoh aku ke" jawab Qaseh Saffiya. Tak nak kalah.

"Siapalah nak jaga jodoh kau. Entah-entah jodoh kau belum lahir?" usik jejaka itu lagi.

"Ayam kau. Kau ingat aku suka pucuk muda ke?" balas Qaseh Saffiya geram. "Tunggu kau, Zhaf. Aku cekik kau" tambahnya lagi apabila melihat jejaka itu seolah-olah hendak melarikan diri.

Zhafran Irfan yang mendengar terus melarikan diri. Maka, bermulalah aksi kejar mengejar antara mereka berdua. Nasib baiklah dah malam tau! Tak ada orang yang nampak dan sudah hampir dekat dengan rumah.

"Apa kata kita jodohkan je mereka berdua tu?" tanya Puan Maznah memecahkan kesunyian antara mereka yang sedari tadi menjadi penonton drama pergaduhan anak-anak mereka.

"Nice! Fira suka" jawab Zhafira laju. Dia tersengih.

"Papa tak dak masalah, kalau Zul dengan Kalsom macam mana?" Encik Mustafa menjawab. Puan Maznah, Encik Mustafa dan Zhafira memandang Kalsom dan Zulkifli.

"Kami pun okay saja. Tapi masalah sekarang ni budak berdua tu lah. Nak ke?" Kalsom mengusap dagunya perlahan. Masing-masing sedang berfikir. Pantang berjumpa ada sahaja benda yang nak digaduhkan apatah lagi kalau dah berkahwin nanti, mau dibalingnya periuk belanga nanti. Haha..

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now