"Mak, ayah. Epul nak cakap sikit" ujar Saiful sewaktu mereka sedang bersarapan bersama pada pagi itu. "Epul nak kahwin" tambahnya.Zulkifli dan Kalsom yang mendengar perkataan 'kahwin' keluar dari mulut anak mereka itu tersedak. Manakala Qaseh Saffiya mengucapkan alhamdulillah.
"Aik? Qaseh dah tahu ke?" tanya Zulkifli. Qaseh Saffiya mengangguk dan menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Bila kamu nak mak ayah masuk minang si dia?" tanya Kalsom.
"Secepatnya" balas Saiful. Dia sudah nekad untuk memperisterikan gadis idamannya itu.
"Cik, mama cik sedang tenat sekarang" satu ayat yang membuatkan Dora jatuh terduduk. Dia terkejut. Baru minggu lepas mamanya datang berjumpa dengannya untuk minta maaf.
"Mama" panggilan mama keluar dari mulut Dora.
"Aini, kau tahu tak kenapa Cikgu Tasya tak datang hari ni?" tanya Amirah. Mereka berdua sedang berjalan bersama menuju ke kelas itu.
"Entahlah aku pun tak tahu. Aku rasa minggu lepas pun Cikgu Tasya tak datang juga. Tak kan hari ni pun tak datang lagi?" tanya Aini semula.
"Itulah pasal. Haa tu Cikgu Saiful. Jom kita tanya dia" ajak Amirah. Dari jauh mereka sudah ternampak Saiful yang sedang membawa buku untuk menuju ke kelas Tingkatan 5 Sains.
"Cikgu, kejap" laung Aini.
"Ya. Ada apa?" tanya Saiful. Dia melepaskan senyuman kepada kedua-dua pelajarnya itu.
"Cikgu tahu tak kenapa Cikgu Tasya tak datang hari ni?" tanya Aini memulakan bicaranya.
"Patutlah Cikgu tak nampak pun Cikgu Tasya harini. Cikgu pun tak pastilah kenapa dia tak datang" jawab Saiful. Seingat dia semalam dia ada ternampak gadis itu di kedai runcit Pak Mat.
Jawapan Saiful membuatkan kedua gadis itu termenung. "Kamu berdua ni tak nak masuk kelas ke?" tanya Saiful. Dia menjongketkan keningnya.
"Nak, Cikgu" bagaikan lipas kudung Amirah dan Aini masuk ke kelas.
"Cik Dora, tak nak jumpa mama Cik untuk kali terakhir?" tanya nurse itu. Dora datang bersendirian ke hospital. Dia tidak boleh memberitahu sesiapapun tentang keadaan mamanya yang sedang tenat sekarang. Mamanya disahkan dijangkiti HIV kerana tidur dengan ramai lelaki.
Dora melangkah masuk menuju ke katil mamanya.
"Dora" panggil Zakiah. Dora mendekati mamanya.
"Dora, mama minta maaf sangat-sangat. Mama gagal menjadi ibu yang terbaik untuk Dora" kata Zakiah sambil menggenggam tangan anaknya itu. Dora tidak memberi sebarang reaksi. Akhirnya, Zakiah menghembuskan nafas yang terakhir. Dora masih seperti tadi. Terdiam seribu bahasa.
"Dora!" jerit Amier saat dia membuka pintu wad yang menempatkan Zakiah.
"Amier" panggil Dora perlahan. Amier terus memeluk gadis itu. Dia simpati akan nasib yang menimpa teman wanitanya.
Selesai bacaan yasin di tanah perkuburan, Amier menghampiri Dora dan memegang bahu gadis itu. "Jom kita balik" ajaknya. Dora menggeleng.
"You pergilah balik dulu Amier, I nak temankan mama I kejap" balas Dora. Dia memegang kuat batu nisan yang tertera nama Zakiah Binti Haji Saad itu.
"Jangan macam ni, Dora. Yang dah pergi, biarlah pergi. Kita ni kena teruskan hidup. Jom kita balik. Esok kita datang lagi" pujuk Amier. Dora mengikuti jejaka tersebut.
"Amier, jom kahwin" kata Dora saat mereka meletakkan punggung di kerusi halaman rumah Dora. "I dah tak dak sesiapa, Amier. Papa dah pergi lama dah. Mama pun baru je pergi. I tak dak adik beradik lain, Amier. I ada you sorang je sekarang ni" pujuk Dora. Dia memandang wajah jejaka di hadapanya itu dengan penuh kasih.
"So, macam mana? Setuju tak?" tanya Haji Othman. Semua mata memandang ke arah Azean dan suaminya, Maliki.
"Kami setuju je, Haji. Sekarang ni kita kena tanya pendapat tuan punya badan" balas Azean lalu menuju ke bilik anak gadisnya, Sumayyah yang sedang termenung di atas katil itu.
"Su macam mana?" tanya Azean sambil menggenggam tangan Sumayyah. Dia ingin memberi semangat kepada anaknya itu. Dia sangat yakin Saiful pasti akan membahagiakan anaknya. Sumayyah membalas dengan anggukan.
"Tuan punya badan setuju je, Haji" balas Azean.
"Alhamdulillah" balas Hajah Embun. "Kalau macam tu bila nak tunang?" tanya Hajah Embun.
"Yang tu kami serahkan kepada pihak lelakilah. Kami tak kisah bila-bila pun, tapi lagi cepat lagi bagus, kan bang?" balas Azean sambil menepuk paha Maliki.
"Betul betul" balas Maliki setuju dengan padangan dari isterinya itu.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...