BAB 36

2 0 0
                                    



Dengan penuh hati-hati, Zhafran Irfan meletakkan Qaseh Saffiya ke atas sofa di ruang tamu. Dia bergegas mengambil tuala dan air untuk mengelap darah di lutut gadis itu.

"Aku selak tau kau punya kaki seluar ni" Zhafran Irfan meminta izin. Takut-takut dia ketika memegang kaki seluar milik gadis itu. Qaseh Saffiya hanya mengangguk.

"Banyaknya darah kau ni Qaseh. Luka pun boleh tahan besar ni. Lutut kau ni dah terluka ke sebelum ni?" tanya Zhafran Irfan sambil mengelap darah.

"Haah" jawab Qaseh Saffiya sepatah.

"Bila? Asal aku tak tahu?" tanyanya lagi.

"Perlu ke kau tahu?" tanya Qaseh Saffiya kembali.

Zhafran Irfan yang mendengar soalan sarkastik dari mulut gadis itu menekan bekas luka gadis tersebut.

"Woi sakit!" jerit Qaseh Saffiya. Dia menampar bahu jejaka itu.

"Hah, melawan melawan. Aku cubit bekas luka kau ni japgi" ugut Zhafran Irfan.

"Korang ni tak habis-habis gaduh"'tegur Kalsom. Dia membawa minyak angin dan meletakkan di atas meja. "Nah, kejap lagi letak minyak angin pula"

"Mak je lah yang sapu minyak angin tu" kata Qaseh Saffiya. Dia membuat muka sedih.

"Kan Zhaf ni ada? Biar je lah Zhaf yang buatkan" balas Kalsom dan pergi dari situ.

"Mak nak pergi mana pulak tu?" laung Qaseh Saffiya. Tetapi tidak dihiraukan emaknya.

"Pekak telinga aku" Zhafran Irfan menjeling. Qaseh Saffiya membalas jelingan tersebut dan menggerakan sedikit kakinya kerana lenguh.

"Ish, duduk diam-diamlah. Aku nak letak minyak angin pula ni" Zhafran Irfan menampar lembut betis gadis itu.

"Lenguhlah" Qaseh Saffiya berkata.

"Lenguh? Jap kita ubah posisi. Okay lagi tak ni?" Zhafran Irfan memerhati gadis itu sambil tangannya mengambil minyak angin di meja. Mereka saling berbalas pandangan.

"Ehem!" Saiful berdehem. Dia yang baru pulang dari sekolah menyaksikan drama romantis adik dan sepupunya itu. Saling berbalas pandangan lagi.

"Ehem!" 'Amboi kemain diorang ni. Dah kali kedua dah ni, budak-budak ni tak dengar aku ke?' "Ehem!" Untuk kesekian kalinya Saiful berdehem.

"Eh!" Dek kerana terkejut, minyak angin yang dah dibuka penutupnya dituang dengan laju ke atas lutut Qaseh Saffiya.

"Oi" tegur Qaseh Saffiya. "Kau sengaja tuang ke apa ni? Habis bau minyak angin" rungutnya.

"Allah, sorry sorry. Tak sengaja" dengan kalutnya Zhafran Irfan mengelap minyak angin yang tertumpah itu.

"Itulah, ralit sangat duk lawan usya satu sama lain ye" tegur Saiful lalu melepaskan ketawanya.

Qaseh Saffiya dan Zhafran Irfan menjeling tajam ke arah Saiful.



"Susah betullah nak jumpa you sekarang ni, Amier" kata Dora yang menerobos masuk ke pejabat Amier.

"Macam mana you boleh ada dekat sini?" tanya Amier kehairanan.

"Boleh pula you tanya I macam tu? I rindu dekat you tau Amier" Dora memintal hujung rambutnya dengan gaya yang penuh menggoda. "Bila kita nak keluar dating ni Amier? You tak rindu I ke?" tanyanya lagi.

"I busy lah, Dora. Hujung minggu ni je lah kita keluar, okay sayang?" pujuk Amier. Dia tak nak gadis itu buat hal yang bukan-bukan. Dora tersenyum panjang mendengar jawapan dari mulut teman lelaki kesayangannya itu.



"Pak Mat, minyak masak dah habis ke?" tanya Saiful sambil membelek-belek rempah kari ikan yang terdapat di rak.

"Dah habislah Epul, petang nanti baru lori datang hantar" jawab Pak Mat.

Rempah kari yang dipegang Saiful terjatuh ke atas lantai. Di saat Saiful hendak membongkok mengambilnya, ada satu tangan lain yang sudah mengambil dan menghulur kepadanya.

"Terima kasih" jawab Saiful. Gadis itu hanya membalas dengan senyuman.

"Eh kejap, Su kan ni? Sumayyah?" tanya Saiful. Dia kenal gadis itu.

"Awak kenal saya ke?" tanya Sumayyah.

"Saya lah Saiful. Dulu kan kita satu kelas" jawab Saiful.

Oopss! Saranghae.. Where stories live. Discover now