"Amier, you buat apa dekat sini?" tanya Dora. Dia melihat Amier yang sedang termenung di pangkin bawah pohon mangga di hadapan rumah.Tanpa sebarang respon, Amier bangun dan mengorak langkah menuju ke suatu tempat. Dora yang tidak tahu apa-apa itu terus mengikut jejaka tersebut.
Sebaik sahaja sampai di tempat yang hendak ditujunya, dia memanggil nama seseorang. "Qaseh! Qaseh!"
"Kau buat apa datang sini?" soal Hana. Lain yang dipanggil lain pula yang keluar. Hana yang kebetulan datang ke kebun pada petang itu terdengar suara Amier memanggil sahabatnya.
"Qaseh mana?" tanya Amier.
"Tiada" balas Hana sepatah. Selang beberapa minit, Qaseh Saffiya muncul bersama Zhafran Irfan.
"Qaseh!" Amier menyebut nama Qaseh Saffiya dan memegang lengan gadis itu.
"Hoi, apa pegang-pegang orang ni?" marah Zhafran Irfan. Dia menolak Amier dengan kasarnya.
"Kau nak apa datang sini? Bukan kau tak suka ke datang kebun ni?" tanya Qaseh Saffiya dengan tegasnya.
"Aku nak kau Qaseh" Amier mula mendekati Qaseh Saffiya namun ditolak kembali oleh Zhafran Irfan.
"Kau siapa?" tanya Zhafran Irfan. Dadanya turun naik menahan marah.
"Aku boyfriend Qaseh" balas Amier. Dia tersenyum sinis.
"Jangan percaya, Zhaf" Hana mencelah. Dia terus menelefon Haji Othman. Dia takut sesuatu yang tidak diigini berlaku.
"Aku memang tak percaya pun dekat dia ni. Kau ke yang pernah tolak cinta Qaseh suatu ketika dahulu? Sekarang kau nak apa lagi?" tanya Zhafran Irfan.
"Aku nak kau putus tunang dengan dia, jantan tak guna! Qaseh milik aku! Selamanya milik aku!" marah Amier. Dia mula menarik lengan Qaseh Saffiya.
"Amier!" jerit Hassan yang tiba-tiba muncul di situ bersama Haji Othman. Mereka berlari ke arah Amier. Amier yang tidak tahu hendak berbuat apa, terus mengambil sebilah parang yang diletakkan di tepi pangkin kecil di sebelahnya.
"Kalau aku tak dapat Qaseh, orang lain pun tak boleh dapat!" kata Amier sambil mengangkat parang setinggi-tingginya dan hendak membunuh Qaseh Saffiya.
"Amier!" jerit satu suara. Dora berlari ke arah Amier dan parang yang diangkat itu terkena pada tubuh badan gadis itu. Dira jatuh tertiarap dan darah mula mengalir deras.
"Allah! Dora!" jerit Saidah yang muncul selepas ditelefon Hana. Hana menelefon semua orang untuk memberitahu apa yang sedang berlaku. Semua yang memandang terkejut dan beristighfar. Saidah mara ke arah Dora.
"Amier, sampai hati you tipu I. You cakap I sorang je perempuan yang you cinta. You cakap you nak kahwin dengan I, Amier" selesai meluahkan kata-katanya, dia menghembuskan nafas yang terakhir di situ.
Amier yang ketakutan hendak melarikan diri tetapi sempat ditahan oleh Hassan dan Haji Othman. Mereka memegangnya kuat.
"Amier, apa Amier dah buat ni? Ayah tak pernah ajar anak ayah jadi pembunuh!" jerkah Hassan lalu menampar pipi anaknya. Manakala Saidah meraung sekuat hatinya. Tidak menyangka bakal menantu pilihannya meninggal di dalam keadaan yang tragis. Dia mara ke arah Amier dan menampar pipi jejaka itu.
"Bawa bertenang, Saidah. Dengan pukul budak ni, takkan selesaikan masalah" tegur Haji Othman. "Kamu nak anak kamu pula yang mati?" tambah Haji Othman lagi. Barulah Saidah berhenti menampar anaknya itu.
"Ini semua salah kau Qaseh!" Saidah mara ke arah Qaseh Saffiya pula. Dia mahu menampar gadis itu tetapi sempat ditahan oleh Zhafran Irfan.
"Saidah!" jerkah Hassan. "Tak malu ke semua orang tengok?"
"Saya tak puas hati, bang. Ni semua salah budak pembawa sial ni!" Saidah sudah naik hantu.
"Saidah! Kau jangan nak cakap anak aku macam tu! Kau sedar sikit diri kau tu! Kau tu yang pembawa sial! Sebab kau mak kau mati. Kau tak ingat ke?" marah Kalsom. Dia yang sedari tadi hanya memerhati kini bersuara. Dia tidak dapat menerima anaknya dihina sedemikian rupa.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...