"Hujung minggu ni insha Allah kitorang balik semula ke sini" kata Encik Mustafa."Tak apa kalau tak sempat balik. Nanti Zul boleh tengokkan pembinaan masjid tu" balas Zulkifli pula.
"Kami memang nak balik pun hujung minggu ni untuk persiapan majlis pertunangan budak berdua ni" kata Encik Mustafa sambil melihat 'budak berdua yang dimaksudkan'
"Budak berdua?" tanya Zhafran Irfan. Dia pelik. Siapa pula nak tunang hujung minggu ni? Kenapa aku tak tahu pun?
"Kamu lah Zhaf. Kamu dengan Qaseh" balas Hajah Embun.
Qaseh Saffiya yang sedang menghirup teh o panas terus tersedak. Uhuk! Uhuk! Puan Maznah mengusap perlahan belakang badan gadis itu.
"Amboi tersedak nampak, dah tak sabar ke nak tunang dengan aku?" usik Zhafran Irfan. Qaseh Saffiya membuat muka menyampah sambil mengembangkan hidungnya. Mereka yang melihat ketawa kecil termasuk Zhafran Irfan. Suka sungguh dia mengusik gadis itu.
"Beg semua dah masukkan ke dalam kereta ke?" tanya Puan Maznah pula. Zhafran Irfan mengangguk.
"Fira sure tak nak ikut balik KL?" tanya Puan Maznah. Semalam anak gadisnya itu memberitahu tidak mahu turut serta pulang ke KL.
"Yes mama. Lagipun hujung minggu ni kan mama papa nak datang semula. Fira punya cuti semester panjang lagi" balas Zhafira.
"Okaylah kalau macam tu. Duduk baik-baik dekat sini. Kitorang minta diri dulu" pesan Puan Maznah sambil menuruni tangga. Mereka berpamitan dan bersalaman.
"Sayang, bila kita nak bertunang ni?" tanya Dora sambil mengelus lengan Amier.
"Tunang?" tanya Amier.
"Yelah, you tak nak ke tunang dengan I?" tanya Dora lagi. Dia sudah memasamkan mukanya.
"Nanti I discuss dengan parents I" Amier memberi jawapan selamat. Dia tidak mahu menghampakan perasaan gadis itu tetapi dalam masa yang sama satu perasaan halus hadir di dalam diri dia setiap kali dia teringatkan Qaseh Saffiya.
"Ali macam mana, Kak Leha? Dah lega ke demam dia?" tanya Qaseh Saffiya pada petang itu. Dia tidak boleh duduk diam di rumah walaupun lukanya belum sembuh. Lagipun Zhafran Irfan sudah tidak ada di kampung bermaksud tiada sesiapa yang akan menghalang dia turun ke kebun.
"Alhamdulillah dah sembuh" Zaleha menghembuskan nafas leganya. Dia kembali memetik cili merah yang tergantung di hadapannya.
"Baguslah kalau macam tu akak, lega Qaseh dengar" balas Qaseh Saffiya. Zaleha hanya membalas dengan senyuman. "Akak, kejap lagi kalau lori sampai bagitahu Qaseh ye. Qaseh nak masuk dalam kejap" Qaseh Saffiya berlalu ke sebuah pondok. Pangkin yang terbakar digantikan dengan sebuah rumah kecil atau dipanggil pondok. Qaseh Saffiya mengupah orang untuk membina sebuah pondok yang diperbuat daripada bata supaya kukuh dan tahan lama.
"Encik Zhaf, meeting jam 10 pagi" Cindy, setiausaha Zhafran Irfan mengingatkan bosnya untuk kesekian kali. Zhafran Ifran mengangguk.
"Hello, I nak jumpa dengan Zhaf" kata seorang gadis yang memakai skirt pendek itu di hadapan kaunter utama hotel.
"Cik ada buat appointment tak?" tanya Zetty, penyambut tetamu.
"Perlu ke I buat appointment? I ni girlfriend dia" kata gadis itu lagi.
"Ya perlu, cik" balas Zetty. Dia sudah muak melayan gadis itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari gadis itu pasti datang ke hotel untuk mencari Zhafran Irfan.
"I nak masuk" gadis itu terus menuju ke arah lift dan menekan punat lift dan menekan nombor 3, iaitu ruang pejabat milik Zhafran Irfan.
"Cindy, perempuan tu dah naik atas" Zetty menelefon Cindy untuk memberitahu tentang kedatangan tetamu yang tidak diundang itu.
Sebaik sahaja Cindy meletakkan telefonnya, suasana ruang pejabat menjadi riuh-rendah.
"Kenapa ni?" tanya Cindy.
"Ni dia datang lagi, Cindy. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh terlepas ke atas ni" adu Marsha.
"So, you PA Zhaf kan? Mana dia?" tanya gadis itu sambil melihat sekeliling ruang pejabat itu.
"Encik Zhaf tengah meeting sekarang ni. Kalau Cik tetap nak berjumpa dengan dia, boleh tunggu dekat sini" Cindy menyambut dengan mesra dan menunjukkan kerusi yang tersedia untuk tetamu di hadapan mereka itu.
"No. I tak nak tunggu dekat sini. I nak tunggu dalam bilik dia" balas gadis itu.
"Kalau macam tu, cik boleh buat pilihan. Cik nak tunggu dekat sini atau boleh keluar dari pejabat ni sekarang juga" Cindy berkata dengan tegasnya. "Marsha, awak tolong call security dekat bawah suruh naik atas sekarang" tambah Cindy lagi.
"What? No! I tetap nak tunggu dalam bilik dia. You tak kenal ke I siapa? I ni bakal wife bos korang tu" kata gadis itu dengan angkuhnya.
"Guys, jom kita heret perempuan ni keluar. Tiga orang kita pun dah cukup ni" ugut Cindy. Marsha, Calvin dan Cindy sudah berdiri di hadapan gadis itu. Marsha memegang tangan kirinya manakala Calvin memegang tangan kanannya.
"Okay! I tunggu dekat sini. Lepaskan tangan I" marah gadis itu. Dia menjeling mereka bertiga.
"Good job. You just wait here, kitorang semua ada kerja nak buat. Bye" Cindy melambai ke arah gadis itu dan mereka semua bersurai ke meja masing-masing.
"Kurang ajar punya staf dekat sini. Berlagak bukan main. Tunggulah korang nanti aku dah kahwin dengan Zhaf, aku pecat semua orang dekat sini" kata gadis itu dengan nekad.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...