"Kami bagi tempoh satu bulan untuk Dato' bayar hutang tu. Kalau tak.." Zack melihat Maya, anak gadis Dato' Abdullah dari atas sampai bawah. Maya yang ketakutan bersembunyi belakang papanya."Apa kau nak?" tanya Dato' Abdullah. Dia memegang kuat tangan anaknya.
"Kau pilih sama ada nak langsaikan hutang atau kitorang bawa anak kau" balas Zack. Dia bermain-main dengan pistolnya.
"Aku janji aku akan bayar dalam masa sebulan, tapi korang semua jangan datang sini selagi tak cukup sebulan" Dato' Abdullah berkata.
"Baiklah, aku bagi kau masa sebulan je. Tak lebih dan tak kurang. Ingat, kalau kau lari, aku dan orang-orang aku akan cari kau dan keluarga kau sampai ke lubang cacing" Zack memberi amaran dan berlalu dari situ.
"Apa ni you?" Datin Ainun bertanya. "I need an explanation" tambahnya lagi.
"Mama, i'm scared" Maya sudah mula menangis.
"It's okay sayang, take a deep breath and keep calm" Datin Ainun cuba menenangkan anak gadisnya itu.
"You tanya I apa jadi, Ainun? Ni semua untuk family kita. I pinjam Ah Long untuk mulakan bisnes plus untuk perbelanjaan you and anak you. Look at us now. Look at you. Look at your daughter. Berapa banyak wang ringgit dah dihabiskan?" keluh Dato' Abdullah. "I pun tak tahu nak cari mana lagi duit untuk bayar hutang Ah Long tu" tambahnya.
"Kita jual je lah rumah ni, papa mama. Kita pindah duduk rumah lama kita" Maya memberi cadangan.
"What? Are you kidding me, Maya? Mama tak nak balik rumah tu lagi" Datin Ainun menolak.
"You, why not you call mak ayah you?" cadang Datin Ainun.
"Mak ayah I?" tanya Dato' Abdullah.
"Haah, you tanyalah pasal tanah kebun yang parents you usahakan tu. Tak silap I boleh tahan luas jugak kawasan kebun tu" tambah Datin Ainun.
"Kalau macam tu, kita kena balik kampunglah. Susah nak pujuk mak ayah kalau benda macam ni" Dato' Abdullah membalas. "Esok kita balik kampung" tambahnya lagi.
"Qaseh, sini jap. Tolong abang" laung Saiful dari arah belakang rumah.
"Coming" Qaseh Saffiya membalas.
"Tolong angkat semua kelapa ni letak dekat pangkin sana" tunjuk Saiful ke arah pangkin bersebelahan dapur rumah mereka.
Tanpa banyak soal, Qaseh membantu abangnya mengangkut kelapa-kelapa sambil bernyanyi kecil. Kelihatan sebuah Honda City berwarna putih bergerak masuk ke halaman rumah.
'Siapa pulak ni' getus hati kecil Qaseh Saffiya.
"Abang, ada orang datanglah" Qaseh Saffiya memberitahu abangnya.
"Siapa?" tanya Saiful sambil meletakkan parang di sebelah pokok manggis.
"Entah, manalah Qaseh tahu" balas Qaseh Saffiya lalu mereka berjalan beriringan ke halaman rumah.
"Dah lama kamu tak balik kampung ni ada apa-apa ke?" Hajah Embun bersuara terlebih dahulu.
"Saja ja balik kampung, mak. Dah lama kitorang tak balik sini" balas Dato' Abdullah. "Semua sihat?" tanyanya sambil memerhati sekeliling.
"Ish, Qaseh. Pak long datanglah. Dia bawak sekali bini dia yang berlagak tu" Saiful berbisik kepada Qaseh Saffiya.
"Itulah, ni Qaseh tak berkenan ni. Cer intai tepi tu bang, diorang ada bawak beg tak?" Qaseh Saffiya mencuit bahu abangnya.
"Ada lah, Qaseh. Besar pulak tu luggage" balas Saiful sambil matanya melihat bagasi yang terletak bersebelahan Maya.
"Haa.. kamu berdua berbisik apa tu?" tegur Dato' Abdullah.
"Tak adalah pak long, saja je kami duk borak pasal anak kucing tadi haa.. comel betul anak kucing tadi kan abang, Qaseh rasa nak bela lah" Qaseh mencuit lengan abangnya.
"Betul tu betul. Jom, Qaseh. Kita pergi tengok anak kucing tu, tadi abang ada bagi ikan entah dia makan ke tidak" ajak Saiful lalu menarik tangan adiknya itu. Qaseh Saffiya hanya mengikut dan mereka sambung bergosip.
"Agak-agak diorang stay lama tak?" tanya Qaseh Saffiya. Masih dalam keadaan berbisik.
"Tak tahu. Tapi biasa sekejap je, manalah mak long Qaseh tu nak duduk sini lama-lama. Panaslah, banyak nyamuklah, air mandi sejuk sangatlah" rungut Saiful, juga masih dalam keadaan berbisik.
"Kenapa kita kena bisik ni abang? Diorang bukan dengar pun" kata Qaseh Saffiya.
"Biasalah, dik. Kalau nak mengutuk orang ni memang kena bisik" sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, mereka ketawa bersama.
YOU ARE READING
Oopss! Saranghae..
RomanceSaranghae! Satu perkataan yang membawa seribu makna dalam kehidupan Qaseh Saffiya. Kerana perkataan itulah, dia ditolak oleh jejaka idamannya. 'Kau tu dah la budak kampung nak cakap korea pulak, saranghae saranghae abah kau' Tetapi, Qaseh tidak pe...